Breaking

Sunday, September 28, 2014

SAMBAL KICAP PISANG GORENG

Assalamualaikum wbt...

Yee...tajuk di atas tu kalau siapa orang Johor mesti biasa dengar dan biasa makan kan? Tapi kalau luar dari Johor agak pelik la sikit dengarnya, sebab di Johor aje yang pandai makan pisang goreng dengan sambal kicap..betul tak?
Kalau makan pisang goreng memang tak lengkap rasanya kalau tak cecah dengan sambal kicap, lagi pedas lagi meletop selera, ermm tak caya cubalah! Tapi kalau malas nak tumbuk dan buat sendiri, jangan susah, sekarang dah ada jual yang dah siap dah dalam botol, tinggal tuang makan cecah aje..hehehe
Lin terjumpa sambal kicap ni waktu teman adik Lin ke Klinik Kesihatan Kampung Melayu, depan Klinik tu ada warung jual goreng pisang, Lin bole ternampak pulak ada jual sos sambal kicap ni dalam botol, apalagi terus aje la beli..heheh nak cuba dulu, ermm not bad, dah cuba memang mabelesss...
Sebotol rm3 je, ok lah, dari ko nak menumbuk, kecah dapur tu nak ngemas, haa beli dah siap ni haa, nak pedas kowang tambah cili potong2 lagi..perghh memang sedap arr...thorbaekkkk!!




Buat masa ni tak nampak lagi tempat mana2 ada jual, ni baru pertama kali nampak ni..cubalah kowang tengok2 tempat kowang kalau ada, atau ada cuma lain brand je, dan kalau nak cuba yang ni, kowang col aje le no tertera kat botol tu yer..hehehe
Mudah sungguh sekarang kan, janji ada duit, semua beressss...huhuhu







P/S: Makan dengan cekodok ikan bilis pun sodap ni..ermm nanti nak coba laaa.. heheheh


5 comments:

  1. Best sambal kicap ni. Xsah makan pisang goreng klu xde sambal kicap. Terbaik.

    www.mysecretvitamin.blogspot.com.my

    ReplyDelete
  2. Sesetengah tempat kat Melaka pon ada kicap cili ni.. memang meletop..;)

    http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sis lin klinik kg melayu yg dkt pejabat pos tu ker?
    klu ada sng nk g beli skg gak...hihihihi

    ReplyDelete
  4. sis lin klinik kg melayu yg dkt pejabat pos tu ker?
    klu ada sng nk g beli skg gak...hihihihi

    ReplyDelete
  5. @qisya qasmira bukan Qisya, Klinik kesihatan ibu dan anak tu, sebelah sek agama Dato Abdullah Esa tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..