Thursday, October 30, 2014

PIALA MALAYSIA AKHIR: JOHOR (JDT) vs PAHANG

2:26 PM 1
Assalamualaikum wbt..


Kali terakhir Johor Darul Takzim (ketika itu pasukan Johor) menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun 1991 selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan akhir. Selepas 23 tahun, skuad dari Selatan tanah air itu kembali mewarnai kancah Piala Malaysia apabila melangkah ke final menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini 1 November 2014.

Kejayaan itu diperoleh selepas menewaskan Felda United 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin Johor Bahru malam kelmarin. Walaupun tewas 3-4 pada aksi pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu, namun Johor DT mara dengan kelebihan agregat 6-5.

Pahang pula mara ke final selepas mengecewakan Kedah dengan kelebihan agregat 6-3. Pada perlawanan separuh akhir pertama, Pahang tumpas kepada Kedah 4-3 di Stadium Darul Aman. Namun kebangkitan Pahang pada separuh akhir kedua amat mengejutkan. Kejayaan membenam Kedah 5-0 sudah tentu memberikan bayangan bahawa Pahang juga tidak kurang hebatnya berbanding pasukan dibarisi pemain ternama seperti JDT.




Final Piala Malaysia 2014 – Apapun, semuanya bergantung pada perlawanan akhir Johor Darul Takzim (JDT) lawan Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu (1 November 2014) ini. 
Siapa bakal bergelar juara Piala Malaysia 2014? Pasukan mana pilihan anda? 
Sama-sama kita saksikan….

*Aku sokong mana? Lin tak kesah pun, mana-mana yang menang, dia memang Juara, tapi Lin lebih kepada bagi sokongan pada JDT leee..sebab Lin anak Johor jati hehehehe
Yang penting main tak moh ganeh-ganeh eaaa...tengok tak moh gaduh-gaduh ea..
Tahniah buat Johor, Tahniah buat Pahang!..
Luaskan Kuasamu Johor Darul Takzim!!!


**Lin nampaknya saksikan perlawanan akhir ni di Melaka yo!! Bercuti ke sana 3 hari..(Jumaat, Sabtu & Ahad).




P/S: Yang ke Stadium tu hati ye, bawak anak tu pegang elok2, bawak bini tu jangan lupe ada bawak bini, kang nampak padang lupa anak bini.huhuhu

Wednesday, October 29, 2014

AWAK KAT MANA? - TAUFIK BATISAH

7:30 AM 3
Assalamualaikum wbt..


Taufik Batisah - Awak kat mana

Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya-tanya lagi)

(Rap)
Awak kat mane, awak awak kat mane
Asik awak kat mane macam budak darjah dua
Awak sudah kenapa sikit-sikit nak call saya
Nanti bingit saya tinggalkan baru kepadan muka

Buat apa? Di mana? Ku selalu di tanya
Kau ni dah kenapa? Nak mengada-ngada
Ini bukan namanya manja
Meluatku dibuatnya

You nak pergi mane? Dia bunyi lagi
I call you tak answer, nak dekat seribu kali
Kenapa selalu curiga

Sikit-sikit dia mesti tanya di mana
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya-tanya lagi)

(Rap)
Awak kat mane, awak awak kat mane
Aku di dalam studio rakam lagu lepak gila

Tak suka aku tak paksa, lagu ballad pun aku ada
Kau bukan budak-budak sudah dewasa, jangan nak mengada-ngada

Tak kira di mana pun aku berada
Dah macam orang gila dia bertanya
Awak dah kat mane awak buat apa
Jadi begini jalan ceritanya (Kau dengar ni)
Lain kali coba berdikari
Bererti tak perlu call aku lagi
Cobalah kau fikir sendiri

Jangan sikit-sikit pulak engkau tanya di mana
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya)
Awak kat mane, awak awak kat mane (Di tanya-tanya lagi)



*Kalau dengar lagu ni eeee rasa annoying gileee tapi ayat dan lirik dia tu buat kita jadi sebut2 aje selalu hahahaha 'awak kat mana, awak kat mana' kekekeke (jangan banyak tanya kang kena penampau!) hahahahaahha...






P/S: Lirik macam tu pun bole buat lagu ek...aku nak cipta lirik gak laaa..tajuk 'saya di sini' hahahahaha


Tuesday, October 28, 2014

RESEPI YONG TAU FU KERING

7:00 AM 1
Assalamualaikum wbt..


Sebenarnya dah hampir 5 hari masakan ni, tapi duk dalam draft tak publish lagi, asyik duk terlupa je nak masukkan gambarnya, lain2 dah taip dan edit, gambar dari hengpong je tak tranfer lagi ke laptop hehehe. Tapi takpe, janji akhirnya dapat juga dikongsikan di sini kan..
Resepi ni Lin belek2 gugel, search sana search sini tapi mana2 resepi suka plak dengan resepi dari blog Jintan Manis, baca dan faham betul2, ok kita cuba..dan akhirnya tak menghampakan, menjadi pekat, likat dan rasa lazat sangat kuahnya...cuma kowang kena baca betul2 tips dan cara derhaka kak Ros tu buat hahahaha, Lin buat pun mana yang sempat je, main belasah je, teringin tetiba sebab biasa makan yang bersup, kali ni nak cuba versi yong tau fu kuah kering ni hehehe tapi ok laah, alhamdulilah anak dan suami pun suka..nanti boleh buat lagi..
Ok kat sini Lin share resepi kuahnya dari blog Jintan Manis ye, tapi kowang kena klik dan baca tips dan cara berbeza yang kak Ros tu buat..kalau taknak, dan nak buat yang simple, resepi bawah n dah ok sangat dah..hehehe selamat mencuba!




Kuah Yong Tau Fu - Resepi asal oleh Kak Minami Myresipi

Bahan-bahanya

10 tangkai cili kering 
gula melaka atau gula merah 
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air 
sedikit ajinomoto

**BAHAN-BAHAN UNTUK YONG TAU FU TU, TERPULANG PADA MASING-MASING YE..
(Lin punya seperti yang kowang nampak le dalam gambar tu, banyak fishball ajee hehehehe)



Cara-caranya membuat kuah yong tau fu

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

Selamat mencuba ..







P/S: Memang tak cukup sekali buat, percayalah sedap sangat!


Monday, October 27, 2014

HATI SEORANG WANITA

7:00 AM 1
Assalamualaikum wbt..


Hati Seorang Wanita..

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja kepada insan yang bernama LELAKI iaitu SUAMI.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Kredit info dari Pakar Hati @FB



Yer..aku selalu buat seperti dalam gambar ni...Diam, nangis dan tidur, selesai masaalah...esok hari bukak buku baru.. :)






P/S: Susah ke jadi PEREMPUAN? dan senang ke jadi LELAKI?


Sunday, October 26, 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI

7:30 AM 1
Assalamualaikum wbt..


Haaaaa memang betul2 tengah hotz ni jeruk mangga asam boi ni, sampaikan haritu Lin tengah sakit kepala, duk scroll fb, semuanya tayang jeruk mangga ni, makin sakit kepala di buatnya selagi tak dapat.
Gara2 dah nampak dan menjejess air liuq, nasib baik juga hari Rabu, ada pasar malam kat rumah Lin ni, jadi misi mencari mangga muda je la yang pentingnya, tongkeng2 ayam tak pandang dah, dalam kepala ni buah mangga dan asam boi hahahaha gileee tak?
Nasib juga rezki orang kata, jumpa dan dapat laa mangga muda yang tak berapa muda, luar hijau dalam agak kuning juga, dah tu bukan musim, harga pun mahal giloss, 3 bijik rm10 gulp! beli plak asam boi 100gm rm3..peeerh nasib baik sebab nak layan tekak juga, redha aje lee, jangan merungutt...hehehehe
Malam tu jam juga Lin godek kopek dan buat, tak tahan seyyy nengok jeee, beli buat sendiri puashati! Ye dak..
Kowang dah cuba? Cubalah! Sedap woooo...




Resepi Jeruk Mangga Asam Boi 


Bahan-bahan:

3 Biji mangga muda
100gm asam boi
Cili api (ikut suka kowang nak pedas)
Gula pasir (ikut suke kowang juga nak letak banyak mana)

Potong2 mangga
Masuk asam boi, cili api yang di hiris, gula, gaul sebati
Masuk dalam bekas, simpan peti sejuk semalam..
Esok makan.







P/S: Sakit perut sendiri tanggung sendiri cangkung hahahahaha.. 
*jaga2 yer bg mereka yang perut tahan tu, makan beringat!


Saturday, October 25, 2014

TAHNIAH TUNKU MAHKOTA JOHOR!

7:30 AM 1
Assalamualaikum wbt..


TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, selamat menjalani istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, 21, dengan sekali lafaz di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru semalam.
Istiadat pernikahan yang menyusul selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu, disaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris.




Istiadat perkahwinan akan disempurnakan mengikut istiadat Diraja Johor serta ketenteraan pada 8 November ini.

Sumber  dan gambar di petik dari SINI 


Menjunjung kasih sekalung Tahniah dari saya buat TMJ & Cik Puan Khaleeda!! 
Moga kebahagiaan berpanjangan hingga ke Jannah..aamiinn..
Daulat Tunku!


**They will be having the istiadat persandingan and a royal banquet on 8th Nov. The public will be able to watch the wedding proceedings via large screens placed at Dataran Bandaraya Johor Bahru, including the couple's ride in an open-top car from Istana Bukit Serene to the Istana Besar!
Info dari SINI 





P/S: Sama cantik sama padan..sweet sangat, simple je kann...


Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H

8:09 PM 0
Assalamualaikum wbt..


Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. 
Semoga ketibaan tahun baru ini akan menjadikan kita Ummah yang dapat mentransformasikan minda dan pemikiran kita untuk maju dalam dunia sains dan teknologi yang mencabar ini.




Selamat tahun baru 1436H .. 
"Perpaduan Nadi Transformasi Negara"..






P/S: Selamat tahun baru semua..Maaf salah silap saya sepanjang 1435H.. 


Sunday, October 19, 2014

LEMON ROASTED CHICKEN

12:44 PM 5
Assalamualaikum wbt..


Taraaaa menu ala-ala western seyy, hehehe. tapi kalau lihat betul-betul, bukan menu western, tapi menu orang malas hahahaha, ye la takat bakar ayam bogel je, takde letak apa-apa cuma bahan-bahan perap jer tu, senang je kan..hehehe
Sebenarnya menu ni permintaan dari anak bujang Lin, dia nak makan kenny rogers, tapi sebab Maknya malas nak keluar dan berjalan dalam Jusco tu (takut tersampuk sale), jadinya masakkan ajelah ala-ala kenny rogers tu kat uma jer, jadilahkan, habis juga semua, berselera sungguh dia makan..alhamdulilah!
Tu pun resepinya Lin main agak-agak2 jer, ala macam biasa bakar dan perap ayam bbq tu je..tak yah pening-pening le buat resepi lain..hehehe
Yeee saya bukan chef! Tapi janji saya gembira jadi chef untuk anak-anak dan suami saya.. 
Ok dah makan, dah kenyang, jomm lepak depan tv yok!
Sapa nak mencuba, silalah..




LEMON ROASTED CHICKEN

Bahan-bahan:
3 bahagian paha beserta thigh (ikut suka kowang la)
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1/4 bawang besar
1 sudu besar gula
1/2 sudu garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit marjerin



Cara-cara:
Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan gula. 
Kemudian campurkan bahan kisar dengan serbuk lada hitam, garam, gula, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk perasa.
Kemudian lumurkan pada ayam sehingga rata dan perapkan lebih kurang 1-2 jam. Lebih lama, lebih baik untuk bahan perapan meresap ke dalam isi ayam.
Alas pemanggang ajaib dengan kertas foil.
Selepas itu, boleh masukkan ayam ke dalam pemanggang ajaib dan bakar balik-balikkan selama 30-40 minit.
Bila ayam sudah agak-agak kering sapukan dengan marjerin pada ayam supaya kelihatan berkilat. Panggang lagi sehingga ayam kelihatan perang sedikit dan masak sepenuhnya.
Siap dan boleh dihidangkan.






P/S: Dah siap masak legaaa, macam rasa batu lepas dari kepala..erkkk :p


Saturday, October 18, 2014

EXSPO BUKU ISLAM JOHOR 2014

9:20 AM 0
Assalamualaikum wbt..


Jom jom kita serbu Plaza Angsana Johor ! Ada exspo buku wooo, yang berlangsung dari 16 - 19 hb ni je,  rugi tak gi ni, dan lebih menarik, exspo kali ni bertemakan buku2 islam, mesti banyak buku2 yang boleh kita beli dan jadikan bacaan kan, bukan senang nak dapatkan harga diskaun dan pilihan yang banyak. 
Lin insyaAllah nak pergi nanti, walaupun tengah2 bulan ni belum gaji, tapi takpe, kita korek sikit2 janji dapat juga beli mana2 buku yang berkemampuan.
Kowang yang duduk berhampiran apalagi, jom kita pi!!..kalau tak beli pun takpe lah, wash2 eye je pun ok..tapi kalau dah sampai, maunya takde membeli kan, sebab cakap2 dengan tengok depan mata ni lain, dah tengok dan belek, mesti ada yang sangkut kan..hehehe
Selain jualan buku, ada juga aktiviti2 yang berlangsung. Haa apalagi, bawak la mak pak, atuk nenek, sedara mara dan semua keluarga yer, mesti seronok kan, sambil lepak, sambil baca buku..




EKSPO BUKU & PENDIDIKAN ISLAM JOHOR 2014 

Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dengan kerjasama Telaga Biru Training & Consultancy (TBTC) akan menganjurkan Ekspo Buku & Pendidikan Islam Negeri Johor 2014 !


Tarikh: 16-19 Oktober 2014
Lokasi: Plaza Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru. 


Antara aktiviti yang diadakan adalah :
1. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 4-6 & 9-12 tahun
2. Pameran dan Jualan Buku, 
4. Forum Ad-Deen, Kerjaya Penulisan, 
5. Bedah Buku 
6. Pertandingan Mewarna 
7. Nasyid On Stage, 
8. Halaqah Remaja & lain-lain!





P/S: Rugi tak gi..jommm!! Lin dah siap tulis senarai nama2 buku yang Lin nak cari, senang macamtu kan..hehe


Friday, October 17, 2014

MENEGANGKAN PAYUDARA

7:30 AM 1
Assalamualaikum wbt...


Menegangkan payudara
Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Mari kita cuba petua2 ni, mudah2an ianya berkesan..
Dengan izin dariNya...InsyaAllah ..


Petua 1
Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. 
Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. 
Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. 
Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. 
Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'. 
Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. 
Bersama-samalah kita amalkan.

Petua 2
Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. 
Ramas labu tersebut tika masih suam. 
Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. 
Lakukan 2 kali seminggu.

Petua 3 
Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. 
Buat 3 kali seminggu.

Petua 4 :
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. 
Insyaallah mujarab.


Image dari Google

Selamat mencuba menegangkannya..hehehe
Info kredit dari SINI 






P/S: Kalau rutin aku senang jer, amalkan selalu exercise kembang kuncup lengan tu..*alaa ntah apa namanya tu..huhuhuh* tu je amalkan..heheh


Thursday, October 16, 2014

KUIH LAPIS MAK CIK ROSNAH

7:30 AM 2
Assalamualaikum wbt..


Yerr Kuih Lapis Mak Cik Rosnah (Mak aku) bukan kuih lapis Mat Gebu hehehehe..
Dek kerana anak dara Lin si Naz tu tengah cuti sem, makanya dia dera mintak atuknya dengan ngidam2nya nak makan kuih tu la, nak makan itu la, nak makan ini lah, macam2 ajee dia order gan atuknya, dan atuknya layankan ajer...
Kelmarin tengah hari lepas hantar anak aku, Amat tu ke sekolah, terus ke rumah Mak, siap2 beli tepung gandum dan santan kelapa mak pesan, sebab nak buat kuih lapis tu..ermm
Mak aku ni kalau buat sesuatu, pantas kilat cepat aje siap, kowang order hari ini, kalau bahan2 semua cukup, terus macam lipas kudung dia ke dapur buat keje. Aku pun salute kat Mak aku taww! dia tak suke kerja tangguh2 ni, katanya kerja tangguh2 ni buat semak kepala jerr...lembab! *terasa i tau!!

Bancuh2 godak2 lapis2 kukus2, taraaaa siap sudah..erkkkk, tak sempat nak nengok salin resepi, tau2 dah siap jekk, so kowang jangan mintak resepi yer, memang takde resepi..
Lagipun memang aku dapat tengok Mak buat kuih ni sekejap je, sebab hubby col aku suruh ke hospital (KPJ JB) dia nak buat check up, dah berapa hari dia rasa tak selesa dadanya sakit, tu yang aku kelam kabut terus je siap, dan terus menuju ke hospital teman hubby kat sana. Dalam jam 6pm baru settle semua, dan aku patah balik ke rumah Mak amik anak aku,Naz, tau2 Mak dah siap dan siap bekalkan lagi bawak balik kuih lapis ni..sayanggg Mak...
Lagipun dia bekalkan sekali untuk anak aku,Amat dan juga hubby aku..
Sapa suka makan kuih lapis? Sila komen..hehehehe




Sapa yang nak cuba resepi KUIH LAPIS, bole cuba resepi kat blog yang INI yer..ada macam2 respi kuih lapis kat situ hehehe..kalau nak resepi Mak Cik Rosnah ni, nanti2 la yer aku mintak dan salinkan.. :p







P/S: Suka makan kopek selai selai kuih lapis tu hahahaha *sapa buat macam tu juga? Baik ngakuuuu!


Wednesday, October 15, 2014

KENAPA HATI KITA MATI?

10:39 AM 1
Assalamualaikum wbt...


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.




Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.” (Surah al-Syura ayat 88-89)


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

*Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.


Kredit info C&P dari SINI  







P/S: Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Hati-hati dengan HATI .


Monday, October 13, 2014

OKT 13: NO BRA DAY!

9:13 AM 3
Assalamualaikum wbt...


Senyum tak perlu kata apa2...
Saya juga sedang senyum membacanya, tapi sebagai seorang wanita, tiada peliknya dengan kenyataan di bawah. Cuma segolongan yang berfikiran terlalu 'kotor', mereka akan fikir lain.
Tak kelakarnya wanita 'tanpa coli', apa yang kelakar? Gebeh? Londeh? Nampak punat? Sapa suruh tengok? Sapa suruh fikir ke arah itu?..
Bagi aku la kann, wanita tanpa coli itulah wanita yang ada payudara, dan wanita itulah yang sayangkan payudaranya. Cuma kat Malaysia ni dan sebagai Islam, tu semua aurat, wajib tutup dan cover, kalau jadi bahan tonton owang yang bukan muhrim, dah dapat dosa. 
Lagi satu, kadang2 aku fikir, artis ke wanita yang perabiskan duit beribu2 riban tu nak cantikkan payudara, buat apa??? Sebab dah pakai coli, dah di tutup, sapa yang nak nengok?? so bazir jeee...baik lee simpan duit tu, lain le memang buat cantik2 nak tayang tanpa coli..kann kannn..takat tayang jalan mendada besor gitu, buat apa, berat timbang dosa je adaaa...huhuhu *peringatan buat diri sendiri*


Kempen ni sempena bulan kanser sedunia iaitu bulan Oktober..
Sebab itulah di Amerika mereka memang tetapkan 13 OKT ni sebagai 'NO Bra Today' sekali dengan bulan kanser..Kalau kowang kat Amerika, haaa mesti nampak le ramai wanita2 tak berjalan tak pakai baju dalam hehehehe...




Tapi selagi ada jual coli aka baju dalam kat dunia ni, selagi tu lah aku pakai hehehehe
Kalau tiba masa semua wanita memang tak di wajibkan pakai coli, barulah aku pun sama tak pakai...
Time tu memang ramai le wanita duk rumah, rasa janggal beno nak berjalan tak pakai coli hahahahaa...


Side note:  The ACTUAL National No Bra Day is July 9th annually.  Someone had the great idea to do a braless day during October — Breast Cancer Awareness Month — to support “the cause.”  Adding insult to injury, the day they chose — October 13th — is actually the one day out of the whole year designated for Metastatic Breast Cancer Awareness.  







P/S: Entri ni sekadar peringatan, bukan tulisan 'lucah' yek...sila faham..
Lain2 info kowang search le gugel sendiri ye... :p


Saturday, October 11, 2014

JOM BANTU "SHELTER KASSEH"!

12:30 AM 0
Assalamualaikum wbt..


Shelter Kasseh adalah shelter yang beroperasi 100% dari derma orang ramai. Hasil dari derma orang ramai inilah kami gunakan utk membeli makanan dan ubat-ubatan. Kucing-kucing shelter makan makanan kering (kibbles) atau makanan basah dalam tin. Jika anda ingin menderma makanan kering atau makanan basah, kami amat berbesar hati utk menerimanya. Kami terima apa jua jenis jenama makanan kucing untuk shelter kami. Jika anda ingin menderma shelter kami makanan kucing basah atau kering, anda boleh private message (pm) kami. Anda juga boleh serahkan kepada volunteer kami yang berada disekitar Johor Bahru.




Shelter Kasseh yang terletak di JB adalah 100% bergantung kepada sumbangan orang ramai. 

Shelter KaSSeH sangat memerlukan bantuan anda semua. Bantuan dari segi kewangan boleh disalurkan ke akaun semasa persatuan WIRA FANS CLUB bagi memudahkan proses audit setiap tahun. Selain itu sumbangan berbentuk makanan, supplement, keperluan kucing & surat khabar lama, tisu tandas & lain-lain lagi boleh juga diberikan. sumbangan barangan boleh deal terus dengan open group ini.

Akaun Semasa Shelter KaSSeH :
MAYBANK (Malaysia)
Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar JB
No akaun : 5513-3353-1549
Email : wira20112012@gmail.com
Penerima : Shelter KaSSeH
Hubungi: 017-7615242




Cantik tak gmbr2 yg tergantung ni? Ni gambar2 kucing yg di sponsor di Shelter Kasseh. Kalau anda tak sponsor kucing, anda boleh mrnyumbang ke shelter ini. Sumbangan walaupun RM1 pun amat bermakna utk kucing2 di shelter ini. Kalau tak nak sumbangan dalam bentuk wang, anda boleh sumbang dgn memberi wetfood, selain itu boleh derma surat khabar lama, pasir kucing dan apa2 barang yg berkaitan utk kucing ke shelter kami. Shelter ini beroperasi 100% dari hasil sumbangan anda semua.

Text dan gambar C&P dari FaceBook Wira Fans Club 





P/S: Anda buat anda dapat...TQ ..


Friday, October 10, 2014

ORION'S FLIGHT TEST

7:30 AM 0
Assalamualaikum wbt..


Send Your Name on NASA’s Journey to Mars, Starting with Orion’s First Flight..

Perghh tajukk, dah rasa macam nak terbang ke bulan je..
Terbaca update dari blog Amanz, terus klik dan mencuba, hehehe. Kot nanti tersenarai juga nama aku kat planet tu kan...
Kowang cubalah!!..
*Takde isi IC, cuma masuk nama, warganegara, line code dan email je..Lin pakai nama penuh, sebab nak bagi owang planet tu sebut tergeliat sikit lidah hahahaha..


Image from Nasa
Kalau kowang dah summited nama kowang, nanti kowang dapat le boarding pass macamtu..hehehe


If only your name could collect frequent flyer miles. NASA is inviting the public to send their names on a microchip to destinations beyond low-Earth orbit, including Mars.

Your name will begin its journey on a dime-sized microchip when the agency’s Orion spacecraft launches Dec. 4 on its first flight, designated Exploration Flight Test-1. After a 4.5 hour, two-orbit mission around Earth to test Orion’s systems, the spacecraft will travel back through the atmosphere at speeds approaching 20,000 mph and temperatures near 4,000 degrees Fahrenheit, before splashing down in the Pacific Ocean.
But the journey for your name doesn’t end there. After returning to Earth, the names will fly on future NASA exploration flights and missions to Mars. With each flight, selected individuals will accrue more miles as members of a global space-faring society.

"NASA is pushing the boundaries of exploration and working hard to send people to Mars in the future,” said Mark Geyer, Orion Program manager. "When we set foot on the Red Planet, we’ll be exploring for all of humanity. Flying these names will enable people to be part of our journey."
The deadline for receiving a personal “boarding pass” on Orion’s test flight closes Friday Oct. 31. The public will have an opportunity to keep submitting names beyond Oct. 31 to be included on future test flights and future NASA missions to Mars.

To submit your name to fly on Orion’s flight test, visit:


**Kalau kowang tak faham bahasa omputeh ni, bole baca bahasa melayu di SINI 






P/S: Tak dapat ke Planet, dapat letak hantar nama pun jadi laa kann..mana tau ada owang bulan suka kat nama aku, dia ajak naik ke sana hahahahaha


Thursday, October 09, 2014

MADAH JENAKA USTAZ LOVE

12:30 AM 0
Assalamualaikum wbt...


Hahaha tergelak2 sengsorang bila baca tulisan madah dari Ustaz Love ni, adoiii laa, biarpun agak jenaka tapi mesej yang di sampaikan tu memang ada benarnya, ada yang baca tu makan dalam tu hahahaha
Ustaz Love ni memang suka berjenaka, buat madah pun bunyi kelakar hahaha..
Lin memang suka baca tulisan dia..dan kal ni Lin copy paste untuk kongsi di blog Lin..
Kowang bacalah, mesti kowang gelak sendiri hahahaha.. 


1. “Jika anda melihat wajah pontianak di dalam cermin, ketahuilah itu adalah wajah anda sendiri”.. maksudnya : gambaran orang sekeliling terhadap kita biasanya lebih tepat berbanding penilaian kita terhadap diri sendiri.

2. “Sehebat2 ibu jari, ia tak mampu digunakan untuk mengorek hidung sedalamnya”.. maksudnya : orang yg hebat juga tak mampu melakukan semua perkara bersendirian.

3. “Masalah tidak menyebabkan keguguran rambut, tetapi keguguran rambut itu sendiri merupakan satu masalah”.. maksudnya : kenalpasti masalah dan punca masalah sebelum menyelesaikan masalah.

4. “Hingus itu perlu dihembus, sekalipun selsema itu belum terhapus”.. maksudnya : selesaikan dulu masalah2 kecil walaupun ia belum tentu dapat menghapuskan masalah besar.. sekurang2nya masalah kecil itu tidak menambahkan bebanan.

5. “Walaupun bulu hidung itu merimaskan, tetapi ia berfungsi sebagai penghalang habuk daripada terus masuk ke dalam lobang hidung”.. – maksudnya : ada kalanya, benda2 yg merimaskan kita itu adalah penyelamat diri kita sewaktu kita terleka.

6. “Ayat selepas TAPI itu menafikan ayat sebelumnya”.. maksudnya : ayat selepas TAPI itu memberi maksud yg lebih tepat bagi sesuatu kenyataan.

7. “Orang buncit tak semestinya mengandung, tapi orang mengandung mesti berperut buncit”.. maksudnya : hanya wanita saja yang mengalami proses kehamilan.

8. “Dalam kerajinan, ada kemalasan.. dalam kemalasan, jarang ada kerajinan”.. maksudnya : belum tentu kita rajin untuk melakukan semua perkara, tapi kalau kita dah malas, semua benda kita tak nak buat.

9. “Mandi sehari sekali tiap2 hari itu lebih baik daripada mandi 7 kali sehari tetapi bukan tiap2 hari”.. maksudnya – kualiti itu lebih baik berbanding kuantiti, dan amalan yg istiqamah (walaupun sikit) itu lebih baik daripada amalan yg banyak, tapi dilakukan jarang2.

10. “Ketahuilah, sekuat mana pun bunyi dan bau sesebuah kentut, sesungguhnya ia telah melalui perjalanan yang berliku”.. maksudnya – di sebalik kejayaan seseorang itu, tersembunyi seribu satu kesusahan dan kepayahan serta pengorbanan.

11. “Walaupun lobang hidung besar, jika diserang selsema tetap akan menyumbat salurannya”.. maksudnya – walaupun longkang di luar rumah itu besar, tetapi jika penuh dengan sampah ia akan menyebabkan longkang tersumbat.. longkang tersumbat akan menyebabkan air berbau busuk dan dipenuhi nyamuk dan jentik2.. maksudnya untuk memudahkan urusan, segala halangan perlu dibuang dahulu.

12. “Kain berlipat boleh disimpan, perut berlipat jalan ke depan”.. maksudnya – kain yang sudah selesai dilipat boleh disimpan dalam almari, tapi perut berlipat memang susah nak cover.

13. “Gigi yang kuning mampu diputihkan menggunakan arang, tapi hati yang hitam tak mampu disucikan dengan susu lembu”.. Maksudnya – ada kalanya benda yang zahir itu tidak mampu untuk difahami secara zahir juga.

14. “Makan nasik tanpa lauk, ibarat makan nasik kosong”.. maksudnya – kalau nak makan nasik, kena ada lauk.. baru laju nak menyuapnya.

15. “Daki hanyalah sel kulit yang mati.. mendengar namanya terasa geli”.. maksudnya – Nama panggilan juga memainkan peranan penting, walaupun sebenarnya sama je bendanya.. french fries lebih menyelerakan berbanding kentang goreng.

16. “Walaupun berak itu menyakitkan, ketahuilah, nikmat selepasnya lebih besar daripada rasa sakitnya”.. maksudnya – Nikmat itu lebih dirasai bila sebelumnya diuji dan diduga dengan kesusahan dan kesakitan.

17. “Sehelai bulu hidung yang terkeluar, bisa menghancurkan kejelitaan sang wanita”.. maksudnya – hanya dengan sedikit keburukan walaupun yang tak disengajakan, akan menghalang pandangan orang daripada melihat kebaikan dan kecantikan yang lain pada seseorang.

18. “Kopi jenama yang sama, air sukatan yang sama, gula yang sama, cawan yang sama.. tapi lain tempat, lain harga dan rasanya”.. maksudnya – setiap penjual ada justifikasi sendiri berkenaan harga dan setiap pelanggan mempunyai pandangan sendiri berkenaan rasa.

19. “Batu marmar yang dibuat lantai masjid menjadi tempat sujud bagi manusia, tidak seperti batu marmar yang dibuat lantai tandas”.. – maksudnya – seseorang itu boleh dipandang mulia sekiranya berada di tempat yg mulia, tetapi orang yg sama, jika berada di tempat yang hina, maka dia juga akan dihina.

20. “Mangga yang masam mampu ditelan, ketiak yang masam tak mampu ditahan”.. maksudnya – Suatu perasaan yang sama, tak semestinya dihasilkan daripada bahan yang serupa.. dan natijah penerimaan juga akan berbeza.

21. “Bila kentut sudah berbunyi, kemut tidak berguna lagi, yang ada hanyalah i’m sorry”.. maksudnya – bila terlepas cakap atau terlajak melakukan sesuatu perbuatan, tiada apa lagi yang mampu membersihkannya kecuali dengan permohonan maaf.

22. “Asal tahi daripada makanan, tetapi tahi tak boleh dimakan”.. maksudnya – kebaikan itu bisa saja berubah sifatnya menjadi keburukan, namun perkara yg sememangnya buruk tak mungkin boleh menjadi baik.


C&P dr Ustaz Love 









P/S: Adoiilah tak tahan gelak bila scroll baca banyak kali ni..hahahahaha


Wednesday, October 08, 2014

CARA MENGERJAKAN SOLAT GERHANA

3:00 PM 0
Assalamualaikum wbt..


Gerhana dan Cara mengerjakan solat gerhana

1. Gerhana berlaku apabila hilang atau berkurang cahaya. Ia terjadi apabila ada matahari, bumi dan bulan dalam perjalananya sama-sama terletak pada aras lurus.

2. Secara teorinya bumi itu bergerak di sekeliling matahari, dan bulan pun bergerak di keliling bumi, dan perjalanan bumi dan bulan itu kedua-duanya mengelilingi matahari.

3. Gerhana matahari berlaku pada siang hari dan ia berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari , yang menyebabkan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bulan dan berlakulah kegelapan (gerhana) di bahagian yang setentang dengan sinar matahari yang tertutup dari dataran bumi.

4. Gerhana bulan terjadi di waktu malam iaitu apabila bumi berada di antara bulan dan matahari, menjadikan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bumi, terjadilah gelap ketika itu. Gerhana ynag terjadi itu ada kalanya hanya sebahagian sahaja yang tertutup dan ada kalanya seluruhnya.

5. Tempuh gerhana itu adalah tempuh masa kegelapan hingga datang semula cahaya. Biasanya gerhana terjadi di awal atau di akhir bulan qamariah/Islam. Apabila berlakunya gerhana kita disunatkan melihat gerhana tersebut dan mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan niat solat gerhana.Hukum solat sunat gerhana ialah sunat Muakad. Solat ni boleh dikerjakan bersendirian tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah

6. Cara mengerjakan solat gerhana, 

1. Niat solat gerhana.
2. Membaca al fatihah sesudah takbiratul ihram.
3. Ruku' dan Iktidal. Membaca al fatihah sekali lagi
6. Ruku' dan iktidal
7. Sujud dan kemudian berdiri ke rakaat yang kedua. 
8. Dan lakukanlah seperti yang dilakukan di rakaat yang pertama tadi.

Gerhana bulan: khusuf alqamari
gerhana matahari:kusuf alshamsi..

7. Khutbah sesudah solat gerhana.

Apabila selesai solat gerhana , maka disunatkan pula berkhutbah iaitu dengan 2 kali khutbah yang berisi pesan agar para hadirin membanyakkan taubat, membuat amal kebaikan, membanyakkan amalan sunat seperti bersedekah, solat, puasa sunat, menjauhi dosa dan maksiat serta kemungkaran, bertaqwa kepada Allah, meningkatkan ketaatan dan didorong agar mensyukuri nikmat Allah dan mengingatkan agar tidak lalai dan tertipu. Wallahu'alam.

Dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu dua tanda hari sekian banyak tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana sebab kematian seseorang dan tidak pula sebab hidup ( lahir) seseorang. Apabila kamu ,melihat gerhana itu berdoalah kepada Allah swt, bertakbir dan bersedekah".
-(HR Bukhari dan Muslim)

( Hadis ini berpunca dari peristiwa kewafatan saidina ibrahim, anak Rasulullaha saw dan berlaku kejadian gerhana matahari. Para manusia ketika itu mengatakan berlakunya gerhana matahari kerana kewafatan anak Rasulullah saw. Untuk mengelakkan kejadian tersebut menjadi keparcayaan Rasulullah saw bersabda seperti hadis di atas).

Dari Abdur Rahman bin Samurah ra ia berkata:

" Aku datang mngadapa Nabi saw, ketika itu sedang gerhana matahari. Nabi saw berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya. Ia bertasbih, bertpai selesai gerhana, manakla sudah terang kembali ia membaca dua buah surah al Quran dan solat dua rakaat"

-(HR Muslim)

8. Selain solat sunat gerhana, disunatkan juga mandi sunat gerhana dan bersolat berjemaah di masjid.



Kredit info di SINI 






P/S: Sama2 kita renungkan..anda buat anda dapat.. :)


GERHANA BULAN PENUH HARI INI

7:00 AM 0
Assalamualaikum wbt..


Pada hari ini waktu Maghrib,  Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.


Semenanjung Malaysia
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.


Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.

4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).


*Gambar dari en.google.

Kredit info dari SINI 





P/S: Owang tua dolu2 kata, owang pompuan tengah mengandung jangan nak sebuk nengok.. 
Kenapa? Hurmm susah nak kata, takut salah cakap, di kata syirik pulak..*cuba tanya mak atau neneknya yer.. :)


Tuesday, October 07, 2014

MENU RAYA: BONESTEAK BEREMPAH

8:00 AM 0
Assalamualaikum wbt..

Jap2 nak sorak gembira, horrayyyyy!! Yehaaaa yabedabeduuuuuu...
Hahaha buang tebiat ke hape ni kan..hahaha. Ok2 maaf ye, bukannya apa, Lin ni excited sangat, sebabnya percubaan pertama buat bonesteak atau panggilan glamer dia 'gearbox' tu menjadi, tak di sangka2 pandai juga aku masak ye hahaahaha *kununn :p
Tahun ni raya Aidiladha Lin agak takde mood nak masak raya, sebab anak2 dara semua tak balik, masing2 tengah final exam dan Lin nak masak jadi sayu hati, tapi sebab yang ada kat rumah pun hubby dan anak yang bujang tu, nak taknak kena jugalah masak. Cuma kali ni Lin tukar menu, cakap kat hubby nak try masak gearbox, suruh dia beli gearbox tu 2kg, sebab Lin ada dapat resepi dari FB tu, respinya kena 2kg gearbox..
Dah lama simpan print skrin respi tu, cuma belum ada gearbox je nak memasaknya, dek kerana hubby pulak percaya Lin bole masak, so rasa tercabar gak bila hubby dah beli gearbox tu hehehe..
Dan tidak menghampakan, Lin ikut betul2 respi yang di beri, akhirnya menjadi juga Bonesteak berempah tu, memang sedap pekat dan terasa2 sangat2 rempah bonesteak tu...kowang cubalah ye kalau nak cuba, respinya senang sangat..Lin pun nak share dengan kawan2 semua..
Serius memang sedap kalau kowang betul2 ikut resepi tu..



Ok ni resepinya yer..


Bonesteak Ummi Abdullah.

Bahan-bahannya:
2kg Tulang Kambing (mintak bonesteak)
Bawang 4 biji - di blend
Bawang putih 6 ulas- di blend
Halia 5 inci - di blend
Air dlm 2 litre (bila merebus kalau jadi kurang boleh tambah)
Rempah bonesteak $2 (boleh beli di kedai achi rempah) kalau tak suka pedas boleh bilang achi kurang kan cili powder.
Tomato sauce Maggi 1/2 dari botol besar (please use maggi brand)
Kicap 6 sudu (Kicap Manis cap kipas udang) 
Garam
Gula
Kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sikit ..


Cara Menyediakanya: 
Rebus kan tulang bersama air dan bahan2 yg di blend
Bila sudah hampir empok atau dalam sejam, masuk kan bahan bahan lain (rempah, sos, kicap, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga) dan mendidih kan lagi sehingga pekat dan empuk daging di tulang itu.
Letak garam dan gula ikut citarasa

**NOTA: Bila nak masuk kan rempah mesti check air, kalau air dalam rebusan daging banyak, boleh buang kan, kerana kalau tidak nanti kuah bonesteak cair. so agak agak... kita nak pekatkan.


Resepi asal di SINI 






P/S: Kowang cuba, resepinya senangkan? Memang sedap! Selamat mencuba...


Monday, October 06, 2014

CINTA TAK PERGI

7:00 AM 0
Assalamualaikum wbt..


Cinta Tak Pergi oleh Tomok ft Yana Samsudin


Sudah sampai tika dan waktu
Untuk aku berterus terang
Adakah kau, adakah kau kan terima
Cincin ku beri tanda bermula
Kisah cinta yang sejati

Jangan kau ragu cinta dariku
Ku terima adanya kamu
Walau apa yang terjadi
Hatiku ini telah terkunci
Oleh hantaran hatimu

Bertahun lamanya kita melalui segala
Suka dan duka
Kini masa sudah tiba membina istana
Kita kan bersama

Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu

Bertahun lamanya kita melalui segala
Kita kan bersama

Menempuh segala cinta dan rindu
Kasih dan syahdu diam dan membisu
Jangan biarkan terus begitu
Inilah cubaan inilah dugaan
Insan yang bersatu

Semoga ikatan yang kita bina terus membara
Sampai akhir waktu jadi penentu pemisah kita
Inilah cerita kisah paling indah jika
Cinta tak pergi

Cinta tak pergi
Cinta tak pergi









P/S: Tiba2 TERsuka pulak lagu ni..hehehehe 


Sunday, October 05, 2014

SALAM AIDILADHA 1435H

6:00 AM 0
Assalamualaikum wbt..


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. 

Parang diasah tajam berkilau, 
Lembu ditambat menjadi korban, 
Takbir bergema di masjid & surau, 
Menyambut AidilAdha penuh keimanan.
Smoga kehadiranya meningkatkn pengorbanan kita kepada agama, ummah & negara





Salam Aidiladha buat semua pembaca blog Bisikan Hati. 
Moga Aidiladha ini menghadirkan segala kebahagiaan, mendatangkan segala ketenangan & mengukuh talian persahabatan antara kita.
Juga moga aidiladha ini membawa rahmat ALLAH kesekelian umat islam yang wukuf di arafah dan umat islam di seluruh alam.






P/S: Pagi ni Lin turut serta merewang kurban di Mesjid Taman Bukit Indah untuk sama2 membantu mengagihkan kepada yang berhak menerimanya..alhamdulilah!!