ASAM PEDAS IKAN DURI

10/03/2014 08:00:00 AM

Assalamualaikum wbt...

Asam pedas ni kalau dalam seminggu tak masak, rasa lain beno rasa, kita orang Johor ni memang tak bole lepas nak makan lauk asam pedas ni. Betul tak?
Tak taulah kalau kowang ada yang tak suka makan asam pedas, ada ke??? Rasanya tak kiralah orang Johor ke orang mana ke, mesti suka makan asam pedas ni, kan kann..
Kat rumah Lin ni, kalau hantu makan asam pedas, Lin dan anak yang yang sulung, lagi2 kalau asam pedas ayam, memang berselera sungguh, nasi tu jadi merah dengan banjir kuah asam tu..heheh. Tapi bila anak dara tu takde, rasa macam takde geng nak makan, anak yang no 2 gan no 3 tu makan juga, tapi tak sesuka yang no 1, kalau asyik masak asam pedas je, mulalah yang no 2 dan no 3 tu bising..huhuhu

Dan semalam Lin teringin nak makan ikan duri, hubby gi pasar borong Lin kirim suruh belikan ikan duri, alhamdulilah ada rezki, ikan baru dan rezki juga, ada telur lagi, apalagi kita asam pedaskannya la, sebab ikan duri memang sinonim dengan masakan asam pedas, masakan lain Lin tak pernah cuba pulak, ada ke?? masak kari? lemak? ermmm takut salah masak, tekak tak leh terima lak..
Ada yang kata masak asam pedas ni, masakan orang kampung, ermm dia tak tau, masakan orang kampung ni le yang bukak selera tau, lagi pulak simpan semalam, esok panaskan, makan dengan lempeng ke cecah dengan roti, perghhh terangkat kening wa cakap luuu... 

Kali ni Lin masak asam pedas Lin letak sawi jeruk, terasa2 masam2 da, sedap seyy, asyik mandang je kat respi orang, kala ni kita cuba, dan macam biasa respi Lin tiru dari jiran sebelah sana tu, hehehe sapa lagi kalau bukan Mat Gebu..
Matt!! Aku copy respi ye, paste sini..hehehe


*Maaf le gambo comot, guna kamera hengpong je hehehe



BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan duri putih saiz sederhana
3 kelopak sawi jeruk
3/4 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
3/4 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1 (Lin tak letak)
3 biji bawang merah kecil. hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut (Lin tak letak)
Garam dan gula secukup rasa

*Lin tambah tomato kecik...

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
10 biji halba

CARA MEMBUATNYA :

Ikan duri disiang, kemudian kerat ikut suka, cuci dan perap sama jus limau nipis selama 20 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Cuci sawi jeruk dan potong kecil, kemudian rendam. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan, sawi jeruk (toskan dan perah) dan bunga kantan. *Lin guna tomato*. Kacau perlahan dan biar mendidih.
Perasakan dengan lada hitam tumbuk, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..


Resepi asalnya di SINI 





P/S: Cubalah sedap...kebetulan Mak datang masa tu, pun kata sedap..hehehe


2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com