Saturday, October 18, 2014

EXSPO BUKU ISLAM JOHOR 2014

Assalamualaikum wbt..


Jom jom kita serbu Plaza Angsana Johor ! Ada exspo buku wooo, yang berlangsung dari 16 - 19 hb ni je,  rugi tak gi ni, dan lebih menarik, exspo kali ni bertemakan buku2 islam, mesti banyak buku2 yang boleh kita beli dan jadikan bacaan kan, bukan senang nak dapatkan harga diskaun dan pilihan yang banyak. 
Lin insyaAllah nak pergi nanti, walaupun tengah2 bulan ni belum gaji, tapi takpe, kita korek sikit2 janji dapat juga beli mana2 buku yang berkemampuan.
Kowang yang duduk berhampiran apalagi, jom kita pi!!..kalau tak beli pun takpe lah, wash2 eye je pun ok..tapi kalau dah sampai, maunya takde membeli kan, sebab cakap2 dengan tengok depan mata ni lain, dah tengok dan belek, mesti ada yang sangkut kan..hehehe
Selain jualan buku, ada juga aktiviti2 yang berlangsung. Haa apalagi, bawak la mak pak, atuk nenek, sedara mara dan semua keluarga yer, mesti seronok kan, sambil lepak, sambil baca buku..




EKSPO BUKU & PENDIDIKAN ISLAM JOHOR 2014 

Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dengan kerjasama Telaga Biru Training & Consultancy (TBTC) akan menganjurkan Ekspo Buku & Pendidikan Islam Negeri Johor 2014 !


Tarikh: 16-19 Oktober 2014
Lokasi: Plaza Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru. 


Antara aktiviti yang diadakan adalah :
1. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 4-6 & 9-12 tahun
2. Pameran dan Jualan Buku, 
4. Forum Ad-Deen, Kerjaya Penulisan, 
5. Bedah Buku 
6. Pertandingan Mewarna 
7. Nasyid On Stage, 
8. Halaqah Remaja & lain-lain!





P/S: Rugi tak gi..jommm!! Lin dah siap tulis senarai nama2 buku yang Lin nak cari, senang macamtu kan..hehe


No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com