JERUK MANGGA ASAM BOI

10/26/2014 07:30:00 AM

Assalamualaikum wbt..


Haaaaa memang betul2 tengah hotz ni jeruk mangga asam boi ni, sampaikan haritu Lin tengah sakit kepala, duk scroll fb, semuanya tayang jeruk mangga ni, makin sakit kepala di buatnya selagi tak dapat.
Gara2 dah nampak dan menjejess air liuq, nasib baik juga hari Rabu, ada pasar malam kat rumah Lin ni, jadi misi mencari mangga muda je la yang pentingnya, tongkeng2 ayam tak pandang dah, dalam kepala ni buah mangga dan asam boi hahahaha gileee tak?
Nasib juga rezki orang kata, jumpa dan dapat laa mangga muda yang tak berapa muda, luar hijau dalam agak kuning juga, dah tu bukan musim, harga pun mahal giloss, 3 bijik rm10 gulp! beli plak asam boi 100gm rm3..peeerh nasib baik sebab nak layan tekak juga, redha aje lee, jangan merungutt...hehehehe
Malam tu jam juga Lin godek kopek dan buat, tak tahan seyyy nengok jeee, beli buat sendiri puashati! Ye dak..
Kowang dah cuba? Cubalah! Sedap woooo...




Resepi Jeruk Mangga Asam Boi 


Bahan-bahan:

3 Biji mangga muda
100gm asam boi
Cili api (ikut suka kowang nak pedas)
Gula pasir (ikut suke kowang juga nak letak banyak mana)

Potong2 mangga
Masuk asam boi, cili api yang di hiris, gula, gaul sebati
Masuk dalam bekas, simpan peti sejuk semalam..
Esok makan.







P/S: Sakit perut sendiri tanggung sendiri cangkung hahahahaha.. 
*jaga2 yer bg mereka yang perut tahan tu, makan beringat!


You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. saya pun sis...dah ler tgh mengandung tgk kat fb org dok tayang2..nak beli siap tak suka..nak jugak buat sendiri tapi baru semalam jumpa mangga cuma asam boi je belom beli lagi...

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.