LEMON ROASTED CHICKEN

10/19/2014 12:44:00 PM

Assalamualaikum wbt..


Taraaaa menu ala-ala western seyy, hehehe. tapi kalau lihat betul-betul, bukan menu western, tapi menu orang malas hahahaha, ye la takat bakar ayam bogel je, takde letak apa-apa cuma bahan-bahan perap jer tu, senang je kan..hehehe
Sebenarnya menu ni permintaan dari anak bujang Lin, dia nak makan kenny rogers, tapi sebab Maknya malas nak keluar dan berjalan dalam Jusco tu (takut tersampuk sale), jadinya masakkan ajelah ala-ala kenny rogers tu kat uma jer, jadilahkan, habis juga semua, berselera sungguh dia makan..alhamdulilah!
Tu pun resepinya Lin main agak-agak2 jer, ala macam biasa bakar dan perap ayam bbq tu je..tak yah pening-pening le buat resepi lain..hehehe
Yeee saya bukan chef! Tapi janji saya gembira jadi chef untuk anak-anak dan suami saya.. 
Ok dah makan, dah kenyang, jomm lepak depan tv yok!
Sapa nak mencuba, silalah..




LEMON ROASTED CHICKEN

Bahan-bahan:
3 bahagian paha beserta thigh (ikut suka kowang la)
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1/4 bawang besar
1 sudu besar gula
1/2 sudu garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
Serbuk perasa secukupnya
Sedikit marjerin



Cara-cara:
Kisar bawang besar, halia, bawang putih dan gula. 
Kemudian campurkan bahan kisar dengan serbuk lada hitam, garam, gula, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit dan serbuk perasa.
Kemudian lumurkan pada ayam sehingga rata dan perapkan lebih kurang 1-2 jam. Lebih lama, lebih baik untuk bahan perapan meresap ke dalam isi ayam.
Alas pemanggang ajaib dengan kertas foil.
Selepas itu, boleh masukkan ayam ke dalam pemanggang ajaib dan bakar balik-balikkan selama 30-40 minit.
Bila ayam sudah agak-agak kering sapukan dengan marjerin pada ayam supaya kelihatan berkilat. Panggang lagi sehingga ayam kelihatan perang sedikit dan masak sepenuhnya.
Siap dan boleh dihidangkan.






P/S: Dah siap masak legaaa, macam rasa batu lepas dari kepala..erkkk :p


5 Comments

  1. ternampak gmbo ayam nih trus singgah sini ;) best2 ade resipi sx..boleh la nur cuba, terliuq plak..hehehe btw thanks sharing this!

    ReplyDelete
  2. Wah tengok gambar ayam nie sedapnya. Heeee. Kena cuba nie. Tq sis sebab share resepi.

    Sis jemput baca entry blog yanie pulak.
    http://mommyelzavitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tengok ayam tu mcm sedap jer...tq sertakan sekali resepi.


    Jom singgah sini.

    http://vitalicious2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Hiiii...bernas idea si ibu ye...malas nk keluar ke kenny rogers sbb takut tersampuk dek sales....hahahah....idea yg sama en.suami sy buat bila saya berhajat sesuatu mcm ni...

    ReplyDelete
  5. unlce ni nak cuba-cuba buat tu, tak la...

    beli yg dah siap je kot?

    haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com