Tuesday, October 07, 2014

MENU RAYA: BONESTEAK BEREMPAH

Assalamualaikum wbt..

Jap2 nak sorak gembira, horrayyyyy!! Yehaaaa yabedabeduuuuuu...
Hahaha buang tebiat ke hape ni kan..hahaha. Ok2 maaf ye, bukannya apa, Lin ni excited sangat, sebabnya percubaan pertama buat bonesteak atau panggilan glamer dia 'gearbox' tu menjadi, tak di sangka2 pandai juga aku masak ye hahaahaha *kununn :p
Tahun ni raya Aidiladha Lin agak takde mood nak masak raya, sebab anak2 dara semua tak balik, masing2 tengah final exam dan Lin nak masak jadi sayu hati, tapi sebab yang ada kat rumah pun hubby dan anak yang bujang tu, nak taknak kena jugalah masak. Cuma kali ni Lin tukar menu, cakap kat hubby nak try masak gearbox, suruh dia beli gearbox tu 2kg, sebab Lin ada dapat resepi dari FB tu, respinya kena 2kg gearbox..
Dah lama simpan print skrin respi tu, cuma belum ada gearbox je nak memasaknya, dek kerana hubby pulak percaya Lin bole masak, so rasa tercabar gak bila hubby dah beli gearbox tu hehehe..
Dan tidak menghampakan, Lin ikut betul2 respi yang di beri, akhirnya menjadi juga Bonesteak berempah tu, memang sedap pekat dan terasa2 sangat2 rempah bonesteak tu...kowang cubalah ye kalau nak cuba, respinya senang sangat..Lin pun nak share dengan kawan2 semua..
Serius memang sedap kalau kowang betul2 ikut resepi tu..



Ok ni resepinya yer..


Bonesteak Ummi Abdullah.

Bahan-bahannya:
2kg Tulang Kambing (mintak bonesteak)
Bawang 4 biji - di blend
Bawang putih 6 ulas- di blend
Halia 5 inci - di blend
Air dlm 2 litre (bila merebus kalau jadi kurang boleh tambah)
Rempah bonesteak $2 (boleh beli di kedai achi rempah) kalau tak suka pedas boleh bilang achi kurang kan cili powder.
Tomato sauce Maggi 1/2 dari botol besar (please use maggi brand)
Kicap 6 sudu (Kicap Manis cap kipas udang) 
Garam
Gula
Kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sikit ..


Cara Menyediakanya: 
Rebus kan tulang bersama air dan bahan2 yg di blend
Bila sudah hampir empok atau dalam sejam, masuk kan bahan bahan lain (rempah, sos, kicap, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga) dan mendidih kan lagi sehingga pekat dan empuk daging di tulang itu.
Letak garam dan gula ikut citarasa

**NOTA: Bila nak masuk kan rempah mesti check air, kalau air dalam rebusan daging banyak, boleh buang kan, kerana kalau tidak nanti kuah bonesteak cair. so agak agak... kita nak pekatkan.


Resepi asal di SINI 






P/S: Kowang cuba, resepinya senangkan? Memang sedap! Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com