Thursday, October 30, 2014

PIALA MALAYSIA AKHIR: JOHOR (JDT) vs PAHANG

Assalamualaikum wbt..


Kali terakhir Johor Darul Takzim (ketika itu pasukan Johor) menjulang Piala Malaysia ialah pada tahun 1991 selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 pada perlawanan akhir. Selepas 23 tahun, skuad dari Selatan tanah air itu kembali mewarnai kancah Piala Malaysia apabila melangkah ke final menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini 1 November 2014.

Kejayaan itu diperoleh selepas menewaskan Felda United 3-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin Johor Bahru malam kelmarin. Walaupun tewas 3-4 pada aksi pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu, namun Johor DT mara dengan kelebihan agregat 6-5.

Pahang pula mara ke final selepas mengecewakan Kedah dengan kelebihan agregat 6-3. Pada perlawanan separuh akhir pertama, Pahang tumpas kepada Kedah 4-3 di Stadium Darul Aman. Namun kebangkitan Pahang pada separuh akhir kedua amat mengejutkan. Kejayaan membenam Kedah 5-0 sudah tentu memberikan bayangan bahawa Pahang juga tidak kurang hebatnya berbanding pasukan dibarisi pemain ternama seperti JDT.




Final Piala Malaysia 2014 – Apapun, semuanya bergantung pada perlawanan akhir Johor Darul Takzim (JDT) lawan Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu (1 November 2014) ini. 
Siapa bakal bergelar juara Piala Malaysia 2014? Pasukan mana pilihan anda? 
Sama-sama kita saksikan….

*Aku sokong mana? Lin tak kesah pun, mana-mana yang menang, dia memang Juara, tapi Lin lebih kepada bagi sokongan pada JDT leee..sebab Lin anak Johor jati hehehehe
Yang penting main tak moh ganeh-ganeh eaaa...tengok tak moh gaduh-gaduh ea..
Tahniah buat Johor, Tahniah buat Pahang!..
Luaskan Kuasamu Johor Darul Takzim!!!


**Lin nampaknya saksikan perlawanan akhir ni di Melaka yo!! Bercuti ke sana 3 hari..(Jumaat, Sabtu & Ahad).




P/S: Yang ke Stadium tu hati ye, bawak anak tu pegang elok2, bawak bini tu jangan lupe ada bawak bini, kang nampak padang lupa anak bini.huhuhu

1 comment:

  1. Alhamdulillah dapat Jemputan KHAS ke VIP Box Final Piala Malaysia :)
    www.mrjocko.com

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com