RESEPI APAM KAMPUNG @ APONG

11/11/2014 07:30:00 AM

Assalamualaikum wbt..


Apam banyak apam, kalau sebut je apam mesti semua tau, sejenis makanan yang orang dolu2 buat menu minuman petang atau sarapan. Cuma sekarang dah macam2 pelbagai apam ada, termasuk yang terbaru apam polka dot, haaa yang tu lain yer..hehehe
Semalam Lin ngajin terlebih, kekeke tekak rasa nak makan apam, belek2 buku resepi ada pulak resepi apam kampung yang bahannya sangat mudah. Tengok stok dalam lemari, semua bahan ada, kebetulan yis mauripan pun ada juga, so apalagi, projek dapur berjalan dengan baik..hehehehe lagi satu yang buat Lin suka, sebab kukus, tak perlu bakar2..
Tak susah pun nak buatnya, adun, perap, kukus, siap...makan sejuk2 pun sodap, makan panas2 pun sedap, bilas dengan air kopi..perghh terangkat kening..hehehe
Tapi dalam banyak apam, memang apam kampong juga lah yang sedap, tak sempat makan dengan kelapa, makan begitu saja dah sedap...betul tak? ..
Kowang nak cuba ? Ok Lin bagi resepinya ye..




Bahan-bahannya:

- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula pasir
- sepeket yis segera (mauripan)
- 1 1/2 cawan air suam.
**Sebiji kelapa parut putih di gaul dgn garam.


Cara membuatnya:

*Gaul tepung, gula dan mauripan sebati. 
*Masukkan air perlahan-lahan sambil kacau adunan.
*Perap selama 3 jam.
*Kukus selama 20-30 minit (panaskan kukus dahulu).
*Siap dan hidang dgn kelapa parut yg telah di gaul bersama sedikit garam.


*Sori ye apam dah potong takde gambo, tadi panas2 keluar kukus, terus amik gambo, dah sejuk dah potong nak amik gambo, dah tinggal setengah dan cuaca pun mendung, amik gambo pakai hengpong ada kang gulap je..hahahahah...






P/S: Kalau dah rajin, memang macam2 la menu menjadi, ni tekak dah rasa nak buat onde-onde dan bu bur pulut hitam hehehe...


You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.