CINTA DAN PENGORBANAN

12/11/2014 12:17:00 PM

Assalamualaikum wbt..


Semua manusia pasti akan merasai nikmat bercinta, biarpun sekejap ataupun berkekalan hingga ke hayat. Tapi tak ramai yang nak faham apa itu cinta. Cinta perlukan pengorbanan, tidak ada sesuatu yang tidak memerlukan sesaorang itu tidak berkorban, termasuklah jika ingin kecapi kebahagiaan. 
Cuma ada masa cinta dan pengorbanan itu terlalu banyak dugaan dan cobaannya, kita perlu pandai bertindak dan sabar dalam menempuhnya..
Setiap pengorbanan itu pasti akan ada hikmahnya, di situ Allah dah sediakan kebahagiaan masing-masing..
*apa aku bebel ni haaaa...hahahahaha
Jom kita fahami sedikit sebanyak apa itu Cinta Dan Pengorbanan dalam pelbagai situasi..
Layannnnzzz..hehehe




Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.
Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.


Firman Allah: “Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun pada hamba-hamba-Nya.”
- (QS. alBaqarah: 207).






P/S: Pengorbanan Lin, LIn korbankan masa zaman remaja Lin, keluarga Lin, kawan-kawan Lin untuk berkahwin dengan orang yang Lin cintai, dan kami bahagia hingga sekarang, 20tahun sudah...Alhamdulilah !


You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.