Tuesday, December 02, 2014

PUDING SAGO

Assalamualaikum wbt.


Salam pagi semua..Moga semuanya sihat-sihat hendaknya. Lin alhamdulilah baik-baik aja di sini.
Hari ini nak kongsi resepi pulak, ye la maklum cuti sekolah, asyik le kejenya ke dapur je, tak kering tangan di buatnya, lagi pulak anak dara sorang yang di KUIM tu masih ada kat uma, belum balik Kolej lagi, macam-macam menu yang dia mintak, itu la, ini lah, yang Mak nya tak sampai hati pulak, layankan aje laaa..
Rasanya dah dua kali buat Puding Sago ni dalam tempoh sebulan, sekali dulu, sagonya color pink, kali ni kita buat color hijau, hehehe yee ada macam-macam color sago jual, meriah sikit kann..Kowang suka tak ? Lin gan anak-anak juga hubby suka, lagi-lagi makan bila sago dan kuahnya sejuk, sedappp nikmatt!
Resepi senang, caranya pun mudah, Lin ikut resepi dar Buku 1 Hari 1 Resipi Kak Hanieliza. Memang mabelesss...




Ok yang nak mencuba, bole cuba ye, ni Lin kongsikan resipinya yer..

Puding Sagu..

2 cawan sagu biji
5 cawan air 
*cuci & tos biji sagu, kemudian masak sagu dgn air hingga kental. Masukkn ke dlm loyang, biarkan suam dan simpan dlm pt ais.

1 cawan gula melaka (ikut kemanisan masing2)
1 cawan air
1 tin susu cair
*didihkan gula melaka bersama air hingga cair
*keluarkan sagu tadi, masuk ke dalam bekas hidang, tuang susu cair & gula melaka.
Sedia utk di makan. Makan sejuk2 sedap !

Selamat mencuba!..






P/S: Kalau belek buku resipi tu, macam-macam nak cuba, gerammm pun ada selagi tak cuba..huhuhu


1 comment:

  1. Salam singgah dari ig ke sini..suka tgk ada resipi makanan kegemaran anak-anak pcl juga..

    Hanis anak kedua/bongsu sy tu memang fav dia lah puding sago.

    tq

    www.nazlee.com

    ReplyDelete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com