IKAN MERAH MASAK TIGA RASA

1/19/2015 07:00:00 AM

Assalamualaikum wbt...


Annyeonghaseyo?...
Hehehe demam Korea datang lagi...layannn
Ok, selamat pagi Isnin buat kowang semua, dah masak ke tu ? Masak apa ? Mesti masak sedap2 kan...
Harini aku nak masak lemak pucuk ubi bersama ikan kurau , pucuk ubi tu aku petik kat rumah kelmarin, tengah meroyan daun pucuk dia, muda2 gitu, memang kalau merimbun takde sapa nak makan, kecuali Mak sorang je, so kebetulan gi rumah Mak, aku petik le..hehe
Tapi untuk entri harni, menu semalam semalam punya, hehehehe, cuma baru post harini, terlupa nak publish sebab belum masukkan gambonya...so harini baru sempat edit..
Kowang suka tak masak tiga rasa ? Tak kisah la ayam ke ikan ke, suka ? Anak2 aku termasuk bapaknya memang suka, asal beli je ikan merah atau siakap, mesti masak tiga rasa atau pun ayam pun sedap, tapi jarang la masak ayam tiga rasa tu, lebih kepada ikan je.
Lagi kalau dapat ikan mancing, fresh, perghh lagi sedap ko..maniss masamm semua cukup..
Resepi kali ni, aku tiru bolat2 dari resepi Mat Gebu, cuma aku derhaka tukar ikannya, Mat guna ikan siakap, aku guna ikan merah, tapi rasa tetap tiga rasa hehehehe...
Sedap sangat, betul2 macam rasa kedai makan punya...ermmm cubalah ye !




Resepi asalnya di SINI 

BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan siakap saiz sederhana (aku gantikan dengan ikan merah)
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
2 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 camca besar sos cili Thai
1 camca besar cili kisar
Sos ikan dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :

Ikan siakap dibuang sisiknya, disiang dan cuci bersih.
Perap dengan jus limau kasturi selama 15 minit.
Cuci hingga bersih dan ketepikan. Lap ikan tadi dengan tissue dapur hingga kering, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung rata2.
Kemudian goreng ikan tadi hingga masak dan garing kedua2 bahagian. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing.
Masukkan  sos cili Thai, kacau dan masak sekejap.
Masukkan air dan biar mendidih.
Tambah cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi.
Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang.
Hidangkan segera..


Mabelesss sungguh...cuba dulu baru tau rasa sedapnya...






P/S: Banyak resepi memang aku banyak ikut resepi Mat Gebu tu, sebab asal cuba je menjadi, tak yah pening2 kepala nk gugel hehehehe


0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com