KERABU MANGGA PETAI

1/26/2015 12:22:00 PM

Assalamualaikum wbt...


Annyeonghaseyo? ...
Fuuhh berhabuk blog sekejap, hampir seminggu takde update, hehehe bukan malas tapi laptop tenet buat hal, so faham2 aje la ye kalau sonyap..
Tapi terima kasih pada yang sudi, hari2 datang jengah nunggu entri baru dari sini hehehe *sapo le orang tu ye :p
Ok harini nak mulakan entri nak share satu resepi cipta sendiri hahaha, jangan main2 aaa, ini resepi sekali makan, memang licin terus, takyah tunggu nasi panas, dapat je terus licin je ratah. Tak caya ? Oooo tak caya cubalah try ye, memang tak cukup nanti semangkuk...
Kebetulan ada kawan bagi mangga, dan juga kebetulan baru balik dari Melaka hantar anak, singgah di tepi jalan tu, beli petai, sana petai murah, 3 ikat rm10, kalau kat Jb tak dapat harga tu, seikat je dah rm4.50, tu pun alaaa kecik bebeno, kadang2 kecik satu hal, kecut dah..tapi kalau petai Melaka tu, besau mata dia, rasanya pun, perghhh lepas kencing kena jirus sebaldi air ye..hehehehe..
Ok la, jom laa kita tengok resepi kot2 ada yang berkenan selera nak mencubanya...
**bahan2nya Lin guna secara kasar je ye, sebab ikut masing2 la nak letak banyak mana..




Kerabu Mangga Petai..

Bahan-bahannya..
-2 biji mangga separuh matang
-Dua biji labu bawang besar
-Segenggam ikan bilis.
-3 biji limau kasturi
-10 batang cli padi
-Garam 
-Gula.
-Lada sulah


Cara membuatnya:
-Mangga di kopek dan di hiris mengikut selera masing2
-Ikan bilis di goreng
-Bawang besar di hiris
-Cili padi di hiris
*Masukkan mangga dan bawang besar kedalam mangkuk
**Masukkan juga cili padi, gula, garam dan lada sulah
**Gaul sebati.
**Perahkan air asam limau kasturi.
**Masukkan akhir sekali ikan bilis yang telah di goreng dan gaul..
-Sedia di hidang.


Senangkan ? Mudah je kan ? Haaa cer  buat ! hehehehee
Selamat mencuba...







P/S: Sekali kalau buat memang aku ratah je, takde makan dengan nasi, terangkat wa cakap luu...apa yang terangkat ? Lu fikirlah sendiri hahahaha


You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.