Monday, January 12, 2015

PENGANGKUTAN DI SEOUL KOREA

Assalamualaikum wbt...


Annyeonghaseyo ?


Pengangkutan di Seoul
Bergerak di sekitar Seoul sangat mudah kerana Seoul mempunyai sistem pengangkutan yang cekap. Dengan kos yang rendah, selesa dan menepati masa, sistem pengangkutan Seoul diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Disini disertakan beberapa tips untuk menggunakan pengangkutan awam di seoul.



Subway ( keretapi bawah tanah)

Sistem subway di Seoul sangat cekap dan efektif. laluannya meliputi hampir segenap kawasan penting yang menjadi tarikan pelancong di Seoul. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu berbahasa korea kerana sistem subway di seoul mesra pelancong dengan panduan interaktif dalam bahasa Inggeris. Setiap arahan dan pengumuman ketibaan di hentian diumum dalam bahasa Inggeris. Dengan kabin yang bersih dan selesa serta masa menunggu yang singkat, subway merupakan pilihan pengangkutan yang mudah dan murah. 

Tambang basic subway ialah 1000 won (lebih kurang RM 3)...harga boleh jadi lebih mengikut jarak perjalanan. Setiap pembelian tiket akan dikenakan deposit  500 won dan boleh diambil semula dengan memasukkan tiket ke dalam refund machine di akhir destinasi. Untuk memudahkan anda, sebaiknya anda membeli T-Money card di stesyen subway dan 7 eleven dengan harga 2500 won.

T-Money card berfungsi seperti kad touch n go dan memberikan anda rebet untuk tambang perjalanan. Juga terdapat dalam bentu key chain.


Teksi

Jika anda bergerak dalam kumpulan 3 hingga 4 orang, adalah lebih mudah dan murah menaiki teksi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain sekitar Seoul.  Hal ini kerana tiket subway ialah per individu manakala bayaran teksi adalah mengikut perjalanan. Terdapat lebih dari 70000 teksi berlesen di Seoul dan mudah didapati di mana sahaja kecuali pada lewat malam. Tambang basic ialah 2500 won dan boleh dibuat melalui tunai dan T-Money card. Sesetengah teksi menerima kad kredit. Terdapat banyak jenis teksi antaranya standard, duluxe(sedikit mahal) dan jumbo(boleh memuatkan hingga 9 penumpang. Seoul juga menyediakan International Taxi dimana pemandunya mempunyai sijil bertutur bahasa Inggeris. International Taxi boleh dikenali dengan warna oren. International taxi boleh ditempah melalui telefon di nombor 1644-2255 atau melalui internet di www.internationaltaxi.co.kr.  Bayaran tambahan sebanyak 20% dikenakan jika anda membuat tempahan.


international taxi boleh dikenali dengan warna oren


Bas

Seoul mempunyai sistem bas yang baik tetapi saya tidak mencadangkan anda menaiki bas biasa di jika tidak boleh membaca tulisan korea atau bertutur dalam bahasa korea kerana kebanyakan hentian bas ditulis dalam bahasa korea. Kelebihan menaiki bas ialah anda boleh menikmati pemandangan Seoul sepanjang perjalanan . Sistem bas seoul dikelaskan mengikut warna. Bas hijau dan kuning bergerak antara hentian bas dan stesyen subway. Bas biru menghubungkan Seoul dengan pinggir bandar dan bas merah merupakan bas ekspres untuk perjalanan jauh dan ke lapangan terbang. Peta laluan bas dalam bahasa Inggeris boleh didapati di http://english.seoul.go.kr 




Tapi jangan risau, sesuai dengan statusnya sebagai bandar mesra pelancong, Seoul turut menyediakan bas untuk pengunjung dari negara luar. Anda boleh menggunakan perkhidmatan Seoul City Tour bas yang bergerak antara destinasi pelancongan sekitar Seoul. Dengan tambang harian 10000 won, anda boleh naik dan turun di destinasi menarik Seoul bila-bila masa anda suka. Kemudian anda boleh naik semula bas Seoul City Tour yang lain untuk ke destinasi berikutnya dengan tiket yang sama. Bas ini juga menyediakan pemandu pelancong berbahasa Inggeris. Tiket bas boleh dibeli di melalui tourist guide dalam bas.


Bus Seoul City Tour

eta laluan Seoul City Tour Bus, anda boleh naik dan turun di mana2 perhentian yang anda suka dalam peta ni, bila dah selesai melawat satu tempat, boleh naik bas Seoul City Tour yang lain, sangat mudah dan efektif. Sela masa antara bas ialah 30 minit


Berbasikal

Berbasikal di sekeliling Seoul sangat menyeronokan dan mudah kerana korea menyediakan laluan basikal hampir di semua tempat. Selain menjimatkan, berbasikal boleh membuang lemak yang terkumpul di perut. Basikal juga boleh dibawa masuk ke dalam bas dan subway di Seoul jika anda bergerak antara 2 tempat yang agak jauh di Seoul...



Hurmm biasa rata2 orang memilih naik subway ya ng senang, cuma jarak berjalannya tu agak panjang dan tempatnya besar, so kena banyak guna stamina kalau nak bergerak sana sini.
Takpe, jomm kita jogging, tambah stamina dalam badan hehehehe


Kredit to MyFir2U





P/S: Kena turunkan berat badan sebelum sampai masanya ni, takut semput di tengah jalan, kang ada +retna yusof  tinggalkan aku...hahahahaha


1 comment:

  1. Oitt apa kesss nama aii disebut2 plak ni haha... rindu eh

    ReplyDelete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com