REDHA ALLAH 'KUN FA YA KUN'

1/04/2015 07:30:00 AM

Assalamualaikum wbt..


Sejak kejadian banjir yang melanda di Malaysia ni, tiap kali buka FB, IG atau mana2 laman sosial hati Lin mewakili sebagai seorang masyarakat, ibu, anak juga kawan terasa amat menyentuh hati sekali, cuma rasa sebak tu tak dapat Lin luahkan macam mana, Lin rasa kowang pun sama juga kan..
Bukan nak kata tak prihatin dengan keadaan sekarang, walaupun ada kata2 sinis yang duk kata masih lagi tayang gambar makanan, tayang pi holiday, tayang segala benda, tapi ingat, prihatin kita hanya Allah yang Maha Tahu. Jadi jangan suka mengadili orang dan fitnah orang jika tak tahu apa mereka buat. Sangat sedih dengan orang2 yang demikian (keyborad warrior), kesiannnnn...

Moga mereka mangsa2 banjir semua tabah sabar dan redha dengan ketentuanNya. Kun Fa Ya Kun, kalau Allah kata jadi maka terjadilah ia..sekelip mata tak kira yang kaya miskin, putih gelap bila semuanya berlaku, kita sama saja di sisiNya...


Gambar ini yang paling menyentuh hati aku sebagai seorang anak, kalaulah saya terdaya, saya pelawa mak cik pak cik tinggal bersama saya..tapi apakan daya ku..Moga Allah prermudahkan urusan pak cik dan mak cik ini..huhuhuhu

Redha Allah..
Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : 
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : 

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Wallahukalam...






P/S: Salam takziah buat semua..MOga Allah permudahkan semua urusan semua mangsa banjir..


1 Comments

  1. beratnya dugaan yg ditanggung mereka...
    redha adalah jalan terbaik utk teruskan hidup....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com