Wednesday, January 28, 2015

SELAMAT TINGGAL MALAYSIA !

Assalamualaikum wbt..


Annyeonghaseyo?
Syukur alhamdulilah, tak di duga tak di sangka akhirnya jika Allah mengizinkan aku akan jejak kaki ke Bumi Korea..syukurr Ya Allah!
Buat semua kawan2, doakan perjalanan aku dan 2 orang lagi kawan yang akan sama2 pergi secara backpackers ke Korea pada 29hb Jan selama 6 hari 5 malam ke sana. Dan aku akan pulang ke Malaysia dengan izinNya pada 3hb Feb..
Flight kami pada hari Khamis seawal jam 1am..So sewaktu korang baca entri ini aku dah berada di KLIA-1 dulu untuk hantar Mak tercinta pergi menunaikan Umrah pada harini yang mana penerbangannya jam 7.30pm. Dan setelah selesai urusan Mak, baru aku ke KLIA-2 untuk teruskan perjalanan aku.
Moga Allah permudahkan perjalanan kami semua dan Allah berikan kesihatan yang baik buat kami..
InsyaAllah..




Doa sebelum memulakan perjalanan..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga  serta para sahabat baginda.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  Engkaulah teman dalam perjalanan ini agar kami selamat sampai ke destinasi. Kurniakanlah kami  kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan ini. Permudahkanlah perjalanan kami  dan berikanlah kami sepanjang perjalanan ini tubuh badan yang sihat. Sampaikanlah kami ke tempat yang kami tujui sehingga sempurna hajat kami.

Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat. Permudahkanlah  kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisiMu dan jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu.

Berikanlah pengajaran yang berguna, agar kami dapat memanfaatkannya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Teguhkanlah hati kami dalam menerima apa jua ujianMu dalam perjalanan ini.

Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan ini dan sesungguhnya kepada Engkaulah kami mengadu dan memohon pertolongan.

_Aamiinn_



Buat Mak, Puan Rosnah Wong Abdullah, owang Dolly, Lily, Sally, Julie, menantu dan cucu dan sahabat2 saudara mara semua doakan Mak di berikan kesihatan yang baik, kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menunaikan Umrah di sana, dan juga moga Allah lindungi Mak sepanjang di sana agar dapat sempurnakan ibadah dengan mabrurnya...Moga selamat pergi dan selamat kembali Mak. Kami akan merindui Mak !
InsyaALLAH..





P/S: Terima kasih awak !!!! Hadiah harijadi yang tidak akan aku lupakan !!! Sayang awak selamanya du nia akhirat..
#KeKoreaKita 


0 Orang Komen:

Post a Comment

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com