Monday, April 27, 2015

RESEPI KERABU MENTAH PERIA KATAK

6:31 PM 0
Assalamualaikum wbt ..


Alhamdulilah datang juga idea nak update post entri terbaru di sini hehehe
Bukannya malas tapi no idea laaa, padahal cerita macam-macam ada dalam kepala ni tapi nak menulis tu adeii satu hal jadi kaku jari..
Tapi semalam sebab ramai sangat yang PM kat FB nakkan resepi kerabu mentah peria katak tu, so dapat idea Lin update menulis di sini supaya senang siapa-siapa yang nakkan resepinya Lin suruh aje ke sini baca dan salin, adilkan hehehe...
Untuk makluman, resepi ni Lin copy aje ye dari dalam buku resepi Kak Hanieliza 1 Hari 1 Resepi (m/s170) cuma, ada sedikit bahannya aje yang Lin tambah dan ada yang Lin tak guna, kira lebih kurang aje la resepinya tapi rasa tetap sama.
Serius memang sedap, buat makan dengan nasi ok, meratah pun ok, rangup sangatt!
So jom kita tengok resepinya yee...


RESEPI KERABU MENTAH PERIS KATAK..




BAHAN-BAHANNYA..
5 Bijik peria katak
5 biji lada merah (Lin tak letak)
3 biji cili hijau (Lin tak letak)
5 biji cili merah 
1/2 batang lobak merah (Lin tak guna)
1 biji labu bawang merah
1 pokok daun ketumbar (Lin gantikan dengan daun bunga kantan)
3 biji limau kasturi 
1 sudu makan gula (Lin tak guna)
Garam (Lin tambah serbuk lada hitam sedikit)
**Lin tambah ikan bilis goreng..


CARA-CARANYA..
Peria dihiris bipis dan direndam ke dalam air garam buat seketika
Kemudian toskan
Semua bahan di atas di hiris halus nipis
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati..
Perahkan air asam limau dan tambahkan garam dan serbuk perasa..
Gaul dan siap di hidang..

Nampak enak sedapkan, memang sedap...cubalah !






P/S: Kenapa ye panggil peria katak ??? Erkkkk 


Wednesday, April 08, 2015

PESANAN BUAT SUAMI

9:04 AM 0
Assalamualaikum wbt ...

Perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah masjid. Mempertahankan ikatan suami isteri supaya kekal bahagia bukan sekadar hubungan seksual sahaja. Kebahagiaan itu merangkumi banyak perkara. Bagi isteri yang baru berkahwin, di awal perkahwinan kekurangan diri dapat dimaafkan. Tetapi selepas beberapa tahun berkahwin kenalah cari formula bagaimana hendak menambat hati sang suami supaya tetap menyayangi anda.
Begitu juga bagi suami, carilah formula bagaimana kasih sayang yang di bina yang datang dari awal bercinta itu kekal hingga ke Jannah, biarpun muka dan badan si isteri kedut seribu hehehe


**Just sharing**
Pesanan BuatSuami.

1- Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3- Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4- Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5- Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6- Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7- Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8- Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9- Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11- Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12- Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13- Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14- Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15- Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.




Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah 
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Kredit: Rahsa Hawa




P/S: Sama-sama pesan memesan, tak dia tak kita juga .. :) 


Thursday, April 02, 2015

ASSALAMUALAIKUM - FAIZAL TAHIR

9:05 AM 0
Assalamualaikum wbt...


 Assalamualaikum – Faizal Tahir

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua




“Mengawali hari dengan doa, menutup hari dengan Bersyukur”. Itu adalah ungkapan hati saya saat ini. Hati yang penuh rasa syukur, akan menimbulkan kekuatan yang positif, 'Positive Thingking, Positive Feeling'. 
Hati yang penuh rasa syukur, tidak akan pernah merasa kekurangan apa pun, akan tetapi selalu mengucapkan “Terima Kasih…” atas apa yang diterima, atas apa yang diberikan oleh-NYA.






P/S: Mood nak mengupdate ke lauttt...TQ  pada yang sudi singgah dan membaca di sini, insyaAllah nanti mood datang panjang lebar entri masuk hehehe ..