Wednesday, August 26, 2015

OIC 'OH! ICE CREAM'

9:54 AM 0
Assalamualaikum wbt...


Yess akhirnya dapat juga merasa makan eskrem berasap asap gitu, hehehehe 
Mengalahkan kanak kanak aje kan, mak budak yang excited gitu ..
Mulanya nampak adik aku yang makan tempat tu, so apalagi jenis memang tak nak ngalah, nak juga, orang lain makan, kita pun nak juga. lalalalala
Bertempat di KSL City Johor, tingkat 1 sebelah dengan Subway, ala senang je nak cari, cari Subway, haa sebelah dia je. Tak tahu tanya orang kerja kerja situ, memang femes dah tu eskrem tu...



Dia tak banyak set, cuma ada 2 set aje. 1 set tu hanya 1 scoop rm12.90, dan lagi 1 set ada 3 scoop rm28. 
Semua set datangnya berasap dan semua set disertakan dengan magkuk sudu dan 1 free wafer. 
Eskremnya pun ada macam macam choice flavour, dan free 2 topping. Kalau susah susah, korang mintak je top 3 eskrem, nanti dia bagi le ko top 3 eskrem yang selalu pelanggan amik..
Kreatif kan ! Memang berasap gilee masa sampai tu, anak sedara aku yang kecik tu kemain excited suka, hehehe apalagi mak mak bapak bapak kan, excited nak bergambo sebelum asap hilang hahahah...
Sudu dan magkuk nya pun cute je, nice color kan, comel..




Haritu aku amik perisa coklat, orea dan mango, sedap cuma mango tu agak masam hehehe..
Yang ni wafer dia bagi free memang datang dalam satu set tu. Shedap jugaa ! 
Lagi satu korang jangan tamak, korang beli aje yang 3 scoop tu share 3 orang, alaa lagipun bukan korang nak makan sangat kan, saja duduk borak borak layan eskrem dan selfie welfie je kan hahaha whoopps ! :p
So sapa belum try bole pi try, buat basah basah tekak..hehehe




LG-10 KSL CITY MALL 33, Jalan Seladang, Taman Abad
Johor Bahru
016-757 5331





P/S: Aku memang suka cuba cuba benda makan ke tempat pelik pelik ni, hehehehe 


Wednesday, August 19, 2015

HANYA NAMAMU - CALIPH BUSKERS

10:15 AM 0
Assalamualaikum wbt..


Hanya NamaMu – Caliph Buskers

Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukmu
Ku doa agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukmu
Ku doa agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti



Tiap tiap malam layan lagu ni...kekadang sampai tertidur berulang ulang mendengar... 






P/S: Korang faham betul betul lirik lagunya.. :(


Monday, August 17, 2015

MSJBOX RAYA 2015

12:43 PM 0
Assalamualaikum wbt..


Cakkkk...hehehe selamat hari raya semua.
Hehehe diam diam tak update tiba tiba masuk pulak update pasal raya hujung hujung ni hehehe..
Apa nak buat bizi dengan beraya dan marhaban juga openhouse sana sini, sori ye kalau takde cite raya di sini, apa apa pun maaf zahir batin dari Lin ye buat semua pembaca yang datang berkunjung baca tanpa jemu jemu. *ada ke ? hehehe
Ok harini nak cite update pasal raya, walaupun dah habis Syawal dah pun, tapi takpe sebab masih baru segar lagi citenya so kita cite cecepat okay sebelum jadi cite basi hahahaha. 




16/8/2015, sekali lagi setiap tahun kami semua Geng Msjbox akan buat makan makan beraya bersama, tak kisah la di mana dan siapa aja yang datang, majlis tetap berlangsung dan di teruskan. Cuma agak berlainan dan kurang meriahnya sikit, sebab incik Junaidi & isteri,Karni tiada bersama kami, hanya kek lapis sarawak sebagai penganti diri..hehehe
Malam sebelumnya Sabtu 15/8, aku bertolak dari Jb jam 9pm, follow incik suami hingga ke PD, dia tak dapat join bersama sebab ada kerja urgent di sana, so aku dengan anak bujang berdua saja yang drive ke KL. Dalam jam 12am aku sampai KL bermalam di rumah Retna. TQ Ret !
Tahun ni kita adakan majlis di rumah Sodep & Izu, sempena house warming juga la sebab derang baru pindah ke situ di PPR Permai Raya,Sg Besi. Tema untuk tahun ni Merdeka Raya, so konsep pakaian tu warna warna bendera Malaysia laa, hehehe dan juga konsep suasana raya, ofkos la baju kurung/Jubah/melayu dan lagu raya juga kuih kuih raya hehehe..




See meriah gituuu ! Seawal jam 1pm dah ada tetamu datang, sapa lagi kalau tak aku gan Retna la paling awal hehehe kemudian yang lain lain menyusul sorang demi sorang hehe... Semua sporting, ada yang berbaju melayu datang, betul betul ikut konsep beraya ..syabas!
Gelak tawa dan juga karenah anak anak jadi pemecah di setiap ruang kecil, macam macam cerita kami borak walaupun ada juga yang jadi pemalu sebab pestime berjumpa, heheheh...tapi semua memang sporting !




Makan apa ? Ooo tema pun konsep potluck so makanan sememangnya murah rezki, banyak makanan yang derang bawa dan semuanya sedap sedap belaka...

Main Dish:-
1. Laksa utara (Asri Mat Ali)
2. Nasi impit + kuah kacang ayam (Iju Nije)
3. Sandwiches ( Sis Lin )
4. Roti jala + kuah durian (Aishah Mohd & yatt)
5. Nasi impit + rendang ayam (Sue Suraya)
6. Mi goreng (chik & Yatt Yatt's)
7. Pizza (Ethan Hunt)

Pemanis mulut:-
1. Caramel (retna)
2. Tembikai (Diella Diella)
3. Koktel jelly puding (ch@)
4. Cream puff (Lily Rahmat)
5. Kek red velvet (Che Ct)
6. Kek batik sarawak (Junaidi Musa)
7. Popia simpul/snek (retna)
8. Kuih raya 2 jenis (cha)
9. Coklat crunchy (Taufik Jabir)

Minuman:-
1. Air Coke (Shaizhar Abu Bakar)
2. Air mineral (Nazuha Waharp)

Alatan:- (sis lin)
1. Sudu/garfu
2. Cawan/pinggan polestrin
3. Tisu

Nampak banyakkan makanan, dengarnya tuan rumah kata licin habiss dengan jayanya. Memang jujur kata, main dish tu memang lazat sangat! Laksa utara tu sedap sampai terbawak bawak ke mimpi huhuhu nak lagi bole tak Farah (adiknya Asri masak) !!!




Dan inilah dia tuan rumah yang jadi mangsa potluck raya kita tahun ni, tengok muka tu, dah keletihan sangat kan hehehehe siann dia hahahahaha...
Apa apa pun syabas korang semua, tahun ni paling happening semua, yang lama yang baru semua berkumpul mesra, makanan pun sedap sedap semua, tempat pun selesa, ekon lagi, servis tiptop, dan semuanya under control hehehe...
TQ juta juta !!! InsyaAllah ada umur jumpa lagi di Syawal akan datang..aamiinn...
#MsjBoxRaya2015 






P/S: Love u semua...berbaloi drive jauh jauh dari Jb ke Kl, sangat menghargai nilai persahabatan kita sangat sangat !!!..