Breaking

Monday, August 17, 2015

MSJBOX RAYA 2015

Assalamualaikum wbt..


Cakkkk...hehehe selamat hari raya semua.
Hehehe diam diam tak update tiba tiba masuk pulak update pasal raya hujung hujung ni hehehe..
Apa nak buat bizi dengan beraya dan marhaban juga openhouse sana sini, sori ye kalau takde cite raya di sini, apa apa pun maaf zahir batin dari Lin ye buat semua pembaca yang datang berkunjung baca tanpa jemu jemu. *ada ke ? hehehe
Ok harini nak cite update pasal raya, walaupun dah habis Syawal dah pun, tapi takpe sebab masih baru segar lagi citenya so kita cite cecepat okay sebelum jadi cite basi hahahaha. 




16/8/2015, sekali lagi setiap tahun kami semua Geng Msjbox akan buat makan makan beraya bersama, tak kisah la di mana dan siapa aja yang datang, majlis tetap berlangsung dan di teruskan. Cuma agak berlainan dan kurang meriahnya sikit, sebab incik Junaidi & isteri,Karni tiada bersama kami, hanya kek lapis sarawak sebagai penganti diri..hehehe
Malam sebelumnya Sabtu 15/8, aku bertolak dari Jb jam 9pm, follow incik suami hingga ke PD, dia tak dapat join bersama sebab ada kerja urgent di sana, so aku dengan anak bujang berdua saja yang drive ke KL. Dalam jam 12am aku sampai KL bermalam di rumah Retna. TQ Ret !
Tahun ni kita adakan majlis di rumah Sodep & Izu, sempena house warming juga la sebab derang baru pindah ke situ di PPR Permai Raya,Sg Besi. Tema untuk tahun ni Merdeka Raya, so konsep pakaian tu warna warna bendera Malaysia laa, hehehe dan juga konsep suasana raya, ofkos la baju kurung/Jubah/melayu dan lagu raya juga kuih kuih raya hehehe..




See meriah gituuu ! Seawal jam 1pm dah ada tetamu datang, sapa lagi kalau tak aku gan Retna la paling awal hehehe kemudian yang lain lain menyusul sorang demi sorang hehe... Semua sporting, ada yang berbaju melayu datang, betul betul ikut konsep beraya ..syabas!
Gelak tawa dan juga karenah anak anak jadi pemecah di setiap ruang kecil, macam macam cerita kami borak walaupun ada juga yang jadi pemalu sebab pestime berjumpa, heheheh...tapi semua memang sporting !




Makan apa ? Ooo tema pun konsep potluck so makanan sememangnya murah rezki, banyak makanan yang derang bawa dan semuanya sedap sedap belaka...

Main Dish:-
1. Laksa utara (Asri Mat Ali)
2. Nasi impit + kuah kacang ayam (Iju Nije)
3. Sandwiches ( Sis Lin )
4. Roti jala + kuah durian (Aishah Mohd & yatt)
5. Nasi impit + rendang ayam (Sue Suraya)
6. Mi goreng (chik & Yatt Yatt's)
7. Pizza (Ethan Hunt)

Pemanis mulut:-
1. Caramel (retna)
2. Tembikai (Diella Diella)
3. Koktel jelly puding (ch@)
4. Cream puff (Lily Rahmat)
5. Kek red velvet (Che Ct)
6. Kek batik sarawak (Junaidi Musa)
7. Popia simpul/snek (retna)
8. Kuih raya 2 jenis (cha)
9. Coklat crunchy (Taufik Jabir)

Minuman:-
1. Air Coke (Shaizhar Abu Bakar)
2. Air mineral (Nazuha Waharp)

Alatan:- (sis lin)
1. Sudu/garfu
2. Cawan/pinggan polestrin
3. Tisu

Nampak banyakkan makanan, dengarnya tuan rumah kata licin habiss dengan jayanya. Memang jujur kata, main dish tu memang lazat sangat! Laksa utara tu sedap sampai terbawak bawak ke mimpi huhuhu nak lagi bole tak Farah (adiknya Asri masak) !!!




Dan inilah dia tuan rumah yang jadi mangsa potluck raya kita tahun ni, tengok muka tu, dah keletihan sangat kan hehehehe siann dia hahahahaha...
Apa apa pun syabas korang semua, tahun ni paling happening semua, yang lama yang baru semua berkumpul mesra, makanan pun sedap sedap semua, tempat pun selesa, ekon lagi, servis tiptop, dan semuanya under control hehehe...
TQ juta juta !!! InsyaAllah ada umur jumpa lagi di Syawal akan datang..aamiinn...
#MsjBoxRaya2015 






P/S: Love u semua...berbaloi drive jauh jauh dari Jb ke Kl, sangat menghargai nilai persahabatan kita sangat sangat !!!..


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..