GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN

9/05/2015 10:08:00 AM

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulilah akhirnya dapat juga masakkan untuk diri sendiri dan makan puas puas hingga licin periuk hehehe..
Memang nak kata peberet tu jugalah gulai tempoyak ni, tambah tambah lagi ikan patin tu, jarang sangatlah membelinya kat pasar kalau tak beriya. Tapi sejak dua menjak ni, tekak ni asyik laa terasa terasa nak makannya, sampaikan ngikut incik suami ke PD sana pun duk mencari gulai tempoyak. Tapi kalau mana mana singgah makan lunch, kalau ada patin tempoyak ni, memang ini menu utama Lin serbu, hehehe tak tau kenapa, memang menggila sikit kalau nampak ...
Nak jadi cerita, mimpi apa ntah incik suami ke pasar bole belikan Lin sekor ikan patin ni, fresh lagi, dah siap bersih di nyiangkan dah. Apalagi suka tak terkata le, dan mulalah misi mencari tempoyak heheh.
Nasib bak juga dalam Geng Setaman tu ada seorang tu ada menyimpan tempoyak, alhamdulilah dapatlah merasa nak masak Gulai Tempoyak Ikan Patin..




Ok ini dia bahan utamanya.
*Ikut resepi aku la ye, ada tu aku tambah tambah sikit..

- Seekor ikan patin
- 2/3 sudu tempyak (lagi banyak lagi sedap)
- 10 batang cili padi merah (nak pedas tambah lagi)
- Segenggam daum kesum
- Sebiji bawang besar (ada orang tak letak, tapi aku letak nakkan rasa manisnya sikit kuah tu)
- 2 bijik bawang putih (Pun ada orang tak letak, tapi aku letak untuk tambah perasa dalam kuah)
- Secubit belacan
- 2 keping asam keping.
-Air (untuk kuahnya)
- Garam dan serbuk perasa
*Ikan tu korang cuci dengan asam jawa dan garam, lumur dan biarkan sekejap, pastu cuci, untuk hilangkan hanyir ikan.




Cara caranya..

- Belender halus tempoyak, cili padi, bawang besar, bawang putih dan belacan.
- Masukkan ikan patin yang telah di cuci tadi kedalam periuk.
- Tuangkan bahan blender tu ke dalam periuk, dan masukkan asam keping juga daun kesum dan masukkan air (air agak agak korang ye, jangan terlalu banyak air, nanti cair pulak gulai tu)
- Masukkan garam dan serbuk perasa dan didihkan atas api sederhana.
- Jangan terlalu kacau ikannya, takut hancur.
- Mendidih saja, bau pun dah semerbak satu rumah, tutup api dan hidangkan..
*kompom makan tak toleh kanan kiri hehehe




Tadaaa...Gulai Tempoyak Ikan Patin versi aku..heheh
PUas makan seperiuk ! Kalau makan kedai, mahal juga sekeping tu tau...
Dah pandai masak ni, lepas ni bole masak lagi, cuma nak cari tempoyak tu kemain susah huhuhu..
Ok selamat mencuba ye korang !..

Kalau nak cuba versi Gulai Tempoyak lain bole try menu istimewa dari Mat Gebu ni.







P/S: Lepas ni beli durian buat tempoyak simpan stok setahun hahahaha


You Might Also Like

0 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.