TIPS MEMILIH GAUN MAXI

10/08/2015 02:57:00 PM

Assalamualaikum wbt...


Tahukah anda terutama kaum hawa diluar sana bahawa kita mempunyai bentuk badan yang berbeza? 
Untuk mendapatkan ukuran baju yang menarik dan 'kena' dengan tubuh badan amat menjadi kepentingan untuk kita terlebih dahulu mengetahui dan mengenali jenis bagaimana bentuk tubuh kta. 
Sejak akhir-akhir ini, ramai wanita lebih gemar tampil bergaya dengan mengenakan koleksi gaun maxi atau juga dikenali sebagai dress Muslimah. Apa yang menarik, gaun maxi seperti ini boleh digayakan untuk ke mana sahaja dan kini sering dilihat dipakai oleh ramai wanita ketika ingin menghadiri majlis-majlis istimewa. Jika dahulu, kaum wanita biasa nya memakai baju kurung untuk menghadiri majlis perkahwinan atau menyambut Hari Raya, namun kini mereka juga dilihat memilih untuk menggayakan koleksi gaun seumpama ini ketika majlis-majlis tersebut. Bukan itu sahaja, koleksi gaun maxi ini juga boleh dipakai sebagai pakaian ke pejabat dan pakaian kasual di hujung minggu. Namun, tahukah anda bahawa setiap rekaan dan potongan gaun Maxi adalah berlainan dan ia harus dipadankan dengan bentuk badan si pemakai untuk kelihatan cantik dipakai. 




Menyentuh mengenai bentuk badan wanita, berikut merupakan 4 jenis bentuk badan yang berlainan. Ada wanita yang mempunyai bentuk badan seperti jam pasir, ada juga seperti buah pear dan epal dan segelintir wanita mempunyai bentuk badan yang lurus. Oleh itu, apakah rekaan gaun Maxi yang sesuai dipakai berdasarkan bentuk badan di atas?




Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan bagaikan jam pasir, ia merupakan suatu bonus! Ramai wanita mengidamkan bentuk badan seperti ini kerana ia tampak menawan dengan apa jua jenis potongan pakaian! Untuk menyerlahkan lagi bentuk yang sempurna ini, tampil bergaya dengan rekaan gaun Maxi potongan mermaid seperti berikut.




Untuk gaun Muslimah berpotongan payung seperti di atas, ia adalah pilihan ideal untuk wanita yang bertubuh pear. Potongan skirt yang kembang dapat menyembunyikan bahagian pinggul yang lebar. 




Seterusnya, bagi pemilik tubuh badan yang berbentuk epal, sarungkan gaun Maxi dengan potongan kaftan atau Jubah seperti berikut untuk penampilan yang lebih sopan dan menawan.




Seterusnya pula adalah rekaan flowy maxi dress seperti berikut yang sememangnya pilihan terbaik untuk wanita yang bertubuh petite atau lurus.






P/S: Aku pun tengah duk fikir ni, apa bentuk tubuh badan aku ek ..huhuhuhu


0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com