BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK SYRIA

11/30/2015 07:30:00 AM

Assalamualaikum wbt..


Syria.
Kesejukan tidak membezakan miskin atau kaya,tua atau muda.
Musim sejuk terus menghantui penduduk Syria.
Gantikan kesejukan mereka dengan kehangatan. Jangan biarkan kesejukan membunuh mereka. 
Jangan biarkan mereka mati kebuluran dalam kesejukan.
Anda boleh salurkan sumbangan bagi membiayai Winter Project yang bakal membekalkan pek makanan dan tong gas buat memanaskan badan.
Suhu sudah semakin rendah.
Tanpa alat pemanas dan makanan yang mencukupi adalah sangat-sangat sukar bagi mereka melalui musim ini. 
Yang lebih dikhuatiri ialah kematian yang bisa menjemput mereka akibat kebuluran mahupun kesejukan yang melampau.
Kami yakin anda prihatin terhadap nasib rakyat Syria!
Dan bersama-sama Syria Care, kita mampu memberi harapan bagi mereka untuk melalui hari-hari getir ini!

Hulurkan sumbangan anda melalui kami bagi penyediaan dan agihan pek-pek makanan dan tong-tong gas yang boleh digunakan untuk memasak dan juga memanaskan badan bagi mereka dalam musim sejuk kali ini.

Sumbangan anda mampu mengukirkan senyuman di wajah lesu mereka!


No akaun Syria Care:
CIMB BANK
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL
Maybank
No. Akaun : 5621 0665 3575
RHB
No. Akaun : 2622 5000 0217 75

Alamat Pejabat NGO Syria Care:
No. 43A, Jalan Bola Jaring,
13/15, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
No. Tel : 01128809820 Finance Exec ( Whatsapp)

‪#‎Care4Syria‬
‪#‎SyriaCare‬
‪#‎WinterProject‬
‪#‎Food4Syria‬




Keluarkan aku daripada ketakutan dunia,
Jauhkan aku daripada ketua yang kejam,
Mereka itu meragut nyawa kawan-kawanku,
Mereka membunuh orang di sekelilingku,
Mereka menghalang aku daripada makan,
Mereka menghalang aku daripada bermain.
Allahuakbar..






P/S: Tak terucap dengan kata kata penderitaan mereka.. Jom kita tambahkan saham akhrat kita. InsyaAllah


0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com