2017 : POSITIF + SYUKUR

1/03/2017 10:18:00 AM

Assalamualaikum wbt ..

Selamat Tahun Baru buat semua pengunjung blog aku walaupun sekarang agak lama tidak mengupdate blog di sini, duk asyik update facebook dan instagram aje hehehe . Apa-apa pun alhamdulilah masih lagi di pinjamkan nyawa untuk teruskan lagi perjalanan hidup ni yang masih panjang, syukur alhamdulilah, terima kasih Allah .
Harini kalau di Johor dah masuk hari ketiga persekolan, tapi bagi setengah negeri lain, harini barulah bermula persekolahannya, sebab tu le harini penuh timeline dengan gambo budak sekolah, gambo sekolah dan yang bestnya kali ni penuh plak gambo cikgu-cikgu manis dan tampan bergaya hehehehe .
Ank aku masih ada lagi saorang yang bongsu bersekolah tingkatan 5, so tahun ni SPM, rutin macam biasa, hantar pergi dan balik dari Pasir Gudang ke SMK Aminuddin Baki di area Hutan Bandar tiap-tiap pagi. memang jarak tu jauh tapi perngorbanan seorang ibu nak pastikan anaknya selesa dan selamat sampai sekolah, so aku tabahkan diri dan gagahkan memandu pepagi. 

Tahun Baru ni takde apa aku nak pasang azam baru ke, sebab azam lama masih ada baki lagi yang belum dapat di selesaikan, jadinya kita sambung aje azam tahun-tahun sudah punya aje hehehe.
Yang paling penting aku tetapkan teruskan misi aku TIDAK MINUM AIR MANIS tu. 
Alhamdulilah hampir 3 bulan lebih amalkannya, berat badan turun hampir 5kg dan badan rasa segar bertenaga juga kurang rasa sakit-sakit kepala dan sendi. Bukanlah tidak makan gula terus, aku masih makan eskrem, nasi dan juga desert semua, cuma air tu aku tidak minum air manis atau bergula.
Dan sekarang aku dah aktif plak ke kelas aerobic dan juga ke gym, semangat tu sentiasa ada, kalau sebelum ni, nak pegi kelas fikir 2-3 punya malasnya, berat punggung nak bangun hehehe, now semangat !!! Lagi pulak ada geng baru,Suraya namanya yang sama target & misi gan aku, lagi laa menjadi-jadi hehehe. 

Juga tahun ni aku dah set mindset aku , nak buang segala aura negetif yang lalu lalang sana sini dan aku nak serapkan lebih aura positif ke dalam otak, hati dan badan aku. Tiba masa aku lebihkan diri aku dari diri orang lain, dah malas nak melayan sangat karenah manusia yang bermacam-macam hal ni, kita buat hal kita sudahlah, janji aku tak kaco orang dan orang jangan kaco hidup aku, dengki-dengki ni tak mau okay! Hati kasi bersih baru semuanya bersih dan rezki tu sentiasa ada..ingat tu !! .



Sepatah kata dua kata dari aku untuk Tahun Baru 2017 ni..

Janganlah kamu mendengki seseorang,
dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya,
Kerana kamu tidak mengetahui,
apa yang telah Allah ambil darinya.
Dan janganlah kamu bersedih terhadap apa yang Allah ambil dari kamu,
Kerana kamu tidak mengetahui,
apa yang Allah akan gantikan daripadanya.
Selalulah ucapkan: *Alhamdulillah*






P/S: Tahun ni juga nak aktif menulis semula..doakan aku terus  istiqomah hahahaha 


2 Comments

  1. assalamualaikum sis...alhamdullilah semoga tahun baru ini akan lebih diberkati lagi hendaknya...aamiin...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulilah Maa...Sama-sama kita .

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com