RESEPI BINGKA UBI MUDAH

1/06/2017 10:04:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


Alhamdulilah ketemu lagi kita pagi ni, pagi Jumaat yang barakoh. 
Korang sarapan apa tu haa? Waaa sedapnyaaa, minta cikit ! hehehe . Pagi ni aku sarapan Bingka Ubi, hehehe ngajin tak ? Ngajin kan , hehehe .
Bingka ubi  ni kali kedua aku cuba, cuma yang sebelum ni agak tak berapa nak menjadi sebabnya gelojoh, tak sabar menunggu sejuk betul, aku dah potong, so tak la nampak berapa cantik bingkanya, jadinya kali ni aku buat betul-betul punya, lepas aje siap bingka tu, aku biarkan sejuk betul, sementara aku ke gym. Balik aje dari gym aku potong waaa teruja ko, cantik, lembut dan sedap bingka aku hahahahaha.

Resepi asalnya aku minta dari sahabat aku, Suraya, yang pertama buat tu aku ikut sepenuhnya resepinya, memang sedap sangat-sangat, cuma yang kali ni aku cuba pulak resepi Kak Azlita Masam Manis, yang tak letak telur dalam resepi bingka ni, pun sedap dan lembut bingkanya.
Nak letak telur bole, taknak letak pun takpe, ikut suka laa. 
Jom tengok step by step aku tunjuk Bingka Ubi versi air tangan aku hehehe..



Bahan-bahan:

- Ubi yang sudah diparut sebanyak 4 cawan .
*Beli ubi tu korang agak-agak aje la ye, bila dah habis parut baru korang sukat sukat 4 cawan tu. 
- Santan pekat .
*Aku guna aje sekotak santan kara tu, sonang lagi mudah hehehe. Tak payah tambah air lagi.
- 1 cawan gula pasir .
*Kalau korang nak lebih manis, lebihkan aje gulanya, aku guna secawan tu dah ok sangat dah rasanya.
- Pewarna kuning .
*Aku pakai pewarna kuning telur ..
- Garam.
*Secubit je, jangan lebih kang masin plak hehehe..



*Sebelum tu korang panaskan oven dulu, 200'c
Masukkan kesemua bahan-bahan dan gaul hingga rata (macam dalam gambo tu ha)
Setelah itu masukan ke dalam loyang. Loyang tu ikut suka korang la nak beso mana, aku pakai loyang panjang dan sedehana besar, sebab nak nampakkan tinggi bingka tu nanti, kalau guna loyang besar sangat, kang jadi rendah bingka tu, tapi ikut suka koranglah.
Dah siap tu, oven pun dah panas, masukkan ke dalam oven dan bakar suhu 200'c dalam masa 1 jam 1/2 atau hingga bingka masak. Guna api atas bawah, nanti agak dah masak korang pasang api atas sekejap, bagi garing atas tu .



Taraaa dah siap bingka kita. Tu loyang aku pakai camtu la, penjang dan sederhana besar, jadinya bingka ubi tu nampak le tinggi nanti bila potong hehehe. ngam-ngam je penuh satu loyang tu.
Wangi binga tu satu rumah bau. Kena sabar ye, biar dia sejuk betul-betul 3-4jam barulah bole potong ok. 
Jangan gelojoh macam aku dulu hahahaha.



Sedapnyaa, cantik, molek dan lembut aje bingkanya, sesedap rasa gitu. hehehehe
Sendiri masak sendiri pujilah kan ...
Hati manyak suka tau, kali ni buat menjadi dengan jayanya hahahaha. Puashati !!
So kalau korang nak cuba, silaalah, jangan lupe pesanan aku ni 'Tunggu sejuk baru potong' hahaha
Jemput makan semua :)

Resepi sepenuhnya dari Kak Azlita Masam Manis di SINI 




P?S: Kita kalau dapat buat sesuatu yang kita suka, rasa puas! senyum sampai ke pagi hehehe


You Might Also Like

2 Orang Komen

  1. assalamualaikum sis...wah !! sedapnya...puas hati berjaya membuatnya yer...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama, memang puashati Maaa bila dapat buat sendiri hehehe.

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.