SAKTHI FITNESS CENTRE (GYM WANITA)

1/11/2017 09:13:00 AM

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua. apa kabar ? Sudah sarapan ?
Alhamdulilah moga harini semuanya sihat-sihat ceria dan bahagia selalu ye.
Pagi ni aku nak share salah satu aktiviti aku sekarang, kalau takde kelas aeronik aku akan ke Gym Sakthi Fitness Centre (SFC) di Masai, tak berapa jauh dengan area uma aku, dan menjawab soalan kawan-kawan yang bertanya bila aku up gambo di Gym tu 'Eh kosong je, takde orang ke', yee memang kosong sebab Gym yang aku pergi ni dia berasingan dengan lelaki, perempuan bawah (tingkat 2), lelaki di atas (tingkat 3), so hanya perempuan sahaja dan bila time hari bekerja atau malam, memang kosong.
Ye la kan, biasa perempuan ni surirumah, takut sibuk urus anak kecil ke so tak semua ke Gym, atau ada yang bekerja, so derang datang hari Sabtu Ahad, aku pulak Sabtu Ahad tak ke Gym, lebih kepada settlekan rumah dan juga layan Laki hehehehe. 

Sebelum ni memang aku susah nak ke Gym, di sebabkan Gym tu bercampur dengan Lelaki & Perempuan, so Laki kurang nak bagi keizinan nak bagi pergi, tapi bila tahu Gym SFC ni berasingan Lelaki & Perempuan, Laki terus bagi izin, alhamdulilah. Memang selesa nak buat apa pun kat situ, sebab semua perempuan, tu pun kadang bila aku datang, hanya aku dan kawan aku,Suraya aje kat situ, dah macam itu Gym kami yang punya hahaha.
Harga macam biasa la, sama macam Gym lain-lain juga, walk in rm8-10, kalau daftar ahli sebulan rm70 + kelas Zumba lagi. Tapi sebab aku ada kelas aerobik malam setiap Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat, so aku tak le daftar ahli, datang walk in aje. Biasa hari takde aerobik aku gan kawan aku pergi Gym. Sebab aku ke Gym waktu malam .



So lepas ni perempuan yang nak pergi Gym jangan risau ye, jom ke Sakthi Fitness Centre ni, ada Gym khas untuk wanita sahaja . Badan sihat kita dapat juga aurat terpelihara.

Sakthi Fitness Centre (Masai) - sebelah restoran habib/bank rakyat.
No. 41-03, Jalan Suria 3, Bandar Baru Seri Alam,
Masai, Johor, Malaysia
Waktu Operasi :- 8.30Pagi sampai 11.00malam setiap hari.
Hanya akan tutup pada cuti umum.
Tingkat 2 - Wanita
Tingkat 3 - Lelaki
Tngkat 1 (ada kedai spa & urutan tradisional)

Apa Kelebihan gym SFC?
1) Kami memiliki gym berasingan untuk lelaki dan wanita. Maka, kaum wanita boleh bersenam di tempat sungguh feminin lagi selesa dengan alat-alat khas untuk wanita. Ada setengah wanita bersemangat tapi rasa malu untuk bersenam depan lelaki. Tetapi sekarang segalanya mudah dengan Sakthi Fitness Centre, jadi anda boleh berpeluh tanpa sebarang gangguan dan kebimbangan.

2) Keluasan Gym yang besar dengan kelengkapan penuh dengan peralatan gym untuk kaum wanita dan lelaki. Maka, tidak perlu berebut - rebut dan tunggu giliran untuk bersenam.

3) Harga Walk-in dan member yang murah. Boleh bandingkan harga dengan gym lain.
Untuk info lebih sila layari facebook sakthi fitness centre atau kunjungi gym kami. Kita sedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.
Terima Kasih.

LIke Page Fb kami: Sakhti Fitness Centre 







P/S: Hidup gaya sihat, kalau kurus tu bonus la buat aku hehehe 'dongibab kipidab' hehehe


You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. Sis..bg no phone..sy nk join gym tp xde kwn..hu2

    ReplyDelete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.