BUFFET RAMADHAN 2018 BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR BAHRU

4/29/2018 08:00:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi dan selamat berhujung minggu buat semua. Masak apa tu? Mesti masak sedap-sedap kan untuk family tercinta. Sis harini belum ada plan memana, Suami ke laut memancing, jadi takdelah nak kemana. Lagipun banyak kerja rumah dan juga entri berdraft nak kena siapkan. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Sis dan juga kalian semua. Aamiinn..

Jumaat kelmarin Sis memenuhi jemputan review Ramadhan sekali lagi, kali ini dari Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru, yang bertemakan 'Warisan Sajian Ibunda' . Bermaksud menu makanan yang di sediakan semuanya dari resepi dan airtangan yang Emak-emak kita biasa masak tu. Dengar menarikkan. Rupanya bukan menarik aja, dah masuk dah makan dah rasa, rupanya luar biasa. 

Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru 
88, Jalan Ibrahim Sultan, 
Kampung Stulang Laut, 
80300 Johor Bahru, Johor


Pra-Ramadhan Buffet 2018 @Berjaya Waterfront Hotel Johor .
Grand Ballroom Level 6 
Bertemakan Warisan Sajian Ibunda.
Jumaat 27/4/2018 
Hanya Sis, Hernee & Mar Mansor aje wakil dari Team @Jdtblogger yang datang. (Ahli lainnya memenuhi jemputan ke upacara perasmian Kedai Kereta di Pontian) .


Sebelum majlis bermula, tetamu semua di jamu dengan 'welcome drink' , kacang dan juga biskut raya. Dah macam suasana hari raya. Tapi sedaplah biskut raya dia ha ha ha. Dua ketul gak Sis makan. 
Air tu sedap, Tapi Sis dah lupa apa namanya air tu. tak silap satu tu nama Lebaran, dan satu lagi Syawal, macamtu le ha ha ha.


Chef yang bertanggungjawab menyajikan menu untuk tahun ini, di ketuai oleh Chef Jamal.
Untuk tahun ini, special menu utama dia ialah Sup Gearbox & juga Kambing Golek
Menu lain ada hampir 200 menu kesemuanya yang akan di hidangkan, termasuklah pencuci mulut, kuih muih, kerabu, ulam kampung, otak-otak, sate, daging bakar, ikan sumbat, gulai ayam kampung, lemang ketupat palas, rendang daging dan pelbagai lagi. 


Selamat Hari Raya..kita dah raya dah ha ha ha
Ya Allah menu yang pertama mata nampak dulu. Ketupat, lemang, palas, serunding dan juga rendang, semua ada ko . Dah macam raya katanya.


Ini dia Kambing Golek Berempah.Sebelahnya ada Kambing yang di golek-golek bakar, Sis amik hanya yang dah di potong. Lembut dan rempahnya serap masuk dalam kambing. Tidak hanyir atau tidak berbau. Pengemar kambing mesti suka. 
Di sebelah kambing ada warung sate, sate daging dan juga sate ayam. 
Semua menu yang di atas berada di luar dewan makan. Korang akan makan di dalam. Nak bangun duduk 20x pun amiklah, takde orang marah, janji ko bayar ha ha ha.


Selain Nasi Putih dan Nasi Minyak , korang bole juga pilih nak makan Mee Hoon Singapore ni. 
Ye la mana tau kot diet nasi ke kan he he he.


Kupang Rebus tapi ada rempah macamtu, Nak sebut pun tak tau ler, tapi serius sedap. Banyak Sis maik makan.  Segar sangat kupangnya.


Lodeh Mak Lodeh.
Sayur masak lemak le senang kata. Kalau makan dengan nasi himpit letak kuah kacang alahaiii sedapnyaaa dik nun uiiiii


Daging Masak Hitam Manis.
Yang ini sedap sangat-sangat. Serius cakap. Korang kena cuba ni. Lembut sangat dagingnya. Sis suka rempah dia tu.


Roasted Honey Chicken.
Ayam panggang madu, betul tak? Hahahaha tapi yang ni Sis tak rasa pulak, ye laa dah nampak daging tadi tu, terlupa plak nak amik huhuhu. Memang dia suruh datang lagi kann.


Sayur Kailan Ikan Masin. 
Yang ni mesti wajib amik, Sis kan pengemar sayur. takut weii kalau mkan banyak, tak makan sayur, kang sembelit, nayaaaa ha ha ha.


Sepanjang makan berbuka di sini, korang akan dapat nikmati persembahan kuda kepang, ghazal, zapin dan juga ada angklung. Jadi sambil makan sambil berhibur. Pakcik yang nyanyi malam semalam tu, suara dia sedaplah. Chaiyakkk!


Dah makan nasi mesti nak ulam dan sambal-sambal kan ? Haaa kat sini ada bermacam-macam ulam ulam, sambal-sambal juga kerabu . Ikan kering pun ada juga .


Tidak ketinggalan juga salah-salad dan mayonis. Rojak buah dan gado-gado pun ada. Ke rojak asma ye, lupa pulak nama menu dia . 


Tidak ketinggalan juga, makanan laut yang berkonsepkan 'Seafood in the Ice' gitu. Segar-segar semuanya .Yang ni Sis pun makan banyak .


Sangat segarkan itu kupang. Pergh Sis makan cecah dengan sambal hijau dan sambal belacan semalam, tempoyak pun Sis belasah juga bagi cecah. Mabeless..


Pencuci mulut ? Jangan risau, ada lebih dari 50 jenis pencuci mulut rasanya. Macam-macam ada, puding, kek, karemal, kuih muih, biskut, aiskrim ..semua pun ada. 


 Tengok je dah mengiurkan , apalagi bila nikmatinya..Lupa sekejap kalau sapa yang ada kencing manis tu ha ha ha.  Makan tu ingat-ingat yer .


Kuih muih tradisonal sedia di sajikan. Nampak apa yang Sis nampak ha ha ha. Yer itu rempeyek. Hohohoh walaupun alah dengan kacang tanah, tapi kalau dah ada depan mata, ku bedal ajer ha ha ha.


Dah kata suasana puasa nak ke raya, semestinyalah ada biskut raya . Sedap semua biskutnya, agaknya siapalah yang buat ye. Macam nak order. 


Inilah dia Chef Jamal, yang mengetuai semua Chef yang bertugas. Bukan senang nak oikul tanggungjawab untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Moga dipermudahkan Chef! Wakil kami #JDTblogger,Hernee sempat menemuramah beliau . 


Abadikan kenangan bersama orang-orang kuat yang memastikan semuanya berjalan lancar. GM (berbaju melayu biru), Zulaikha (Sebelah GM) dan juga Pamela (Berdiri belakang sebelah kanan) . 
Terima kasih sudi menjemput kami semua .


Dan juga pertama kalinya dapat berjumpa dengan Mak Suzlin dan juga Noraini Zubir.  
Salam perkenalan dari Sis .


Dan akhir sekali, sewaktu kami pulang, terjumpa Mak Rose Kilauan Emas 2017. Kemain Mak Rose, glamer gitu he he he. Nasib baik dia tak naik pentas, kalau tak , mau taknak turun ha ha ha.

Selain dari yang Sis kongsikan, korang boleh juga lihat masakan secara dapur live, yang di masak panas-panas. Di kiri kanan sudut terdapat warung-warung yang menyajikan pelbagai juga hidangan. Pilih dan makan sepuasnya. Korang pasti akan datang lagi .


Ramadhan is just around the corner! 
Soup Gearbox are amongst the most popular dishes not to be missed at our “Warisan Sajian Ibunda” dinner buffet. 
Grab this Early Bird Special from RM50nett per adult only from 17th-23rd May 2018 
and RM66nett per adult from 24th May-13th June 2018. 
Children rate at RM44.00nett per child (4-11 years). 
Delightful authentic local dishes lined up for you to try. 
For more enquiries or reservations please call 60(7) 221 9999 ext 6316.

*Harga tempahan awal tu paling murah in bandar Jb tu, rm50 okay! Mana nak dapat. Menu sedap, siap ada persembahan. Surau dan tandas berdekatan dengan dewan makan .






P/S: Alhamdulilah..pagi ni tengok cermin, ngeri plak tengok badan ha ha ha. Paha berlanggar sudah adeiii . Apapun semuanya rezeki dari Allah. Syukur ..


You Might Also Like

18 Orang Komen

  1. hah..memandangkan ramai geng JDTBlogger yang tak dapat hadir event ni, marilah kita beramai2 buka puasa dekat sini. hemmmhemmmmhemmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju @JUlia..kan kannn...memang berbaloi makan kat sini..siap ada Zapin...

      Delete
  2. agak berbaloi ke sini dengan harganya.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar..murah setakat ini dlm kawasan bandar...dan menu semua tip top!

      Delete
  3. cheapest in town yawwww.. aduhaiii rasa nak repeat hoi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa @Hernee...Sis nak booking he he he

      Delete
  4. murah sini...jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm laaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajommm @Sunah...kemain panjang jomm ko yer..ha ha ha

      Delete
  5. kambing golekkkk. ayam perap pun sedap jugak. semuanya tempting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Ayunie..bkn dalam gambar je, tapi memang betul-betul sedap!

      Delete
  6. assalamualaikum lin...meriahnya makanan...tengok jer dah tahu sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull ...Meriah Maa, kalau hrtu semua ada, lagi laaa meriah agaknya...

      Delete
  7. Macam-macam menu ada...lodeh mak lodeh tu menarik la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerp @Wan...tu sayur lomak, rasa betul lomak sayur air tangan emak kita, sama!!!

      Delete
  8. mak oi lebih 200 menu..dasyatnya.hahhaa. boleh tersadai dekat tepi stulang laut pas makan nanti.hahahhaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe @Farahain, banyak sungguh menu dia, tu dah kira separuh Sis amik, ada lagi yang warung-warung tu tak amik gambar..meriah!

      Delete
  9. tahun ni tak dapat banyak offer.

    kalau dapat pun, rasanya belum tentu dapat pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah rezki Kami Team #JDTblogger dapat jemputan review @EncikX..takpe ada rezki nanti boleh join..

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.