DR HAMID ARSHAT - PETUA SIHAT KAWAL STRESS

4/14/2018 09:15:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi semua. Harini Sis nak berkongsi sedikit amalam petua kawal stress kekal sihat bersama Dr Hamid Arshat. Sebelum ni Sis ada kongsi artikel ni di laman facebook Sis. Jadi untuk kali ini, Sis kongsikan di sini untuk semua pembaca. Tak salahkan kita kongsikan sesuatu yang boleh kita jadikan manfaat untuk kita bersama, walaupun hanya Copy & Paste. Benda yang elok kita sebarkan, mudah-mudahan menjadi panduan kepada kita dan mereka yang memerlukan ketika ini .InsyaAllah .





Artikel asal : Dr Hamid Arshat 

Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizikal) merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit-penyakit yang menyebabkam kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ). 
Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress


1. TAWAKKAL. 
Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh badan.
Saya tawakkal kepada Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.


2. REDHA. 
Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya.
Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya.
Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.


3. SABAR. 
Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. 
Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.


4. TAHAN MARAH. 
Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.
Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja.
Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.


5.MEMAAF. 
Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengungkit-ungkit.


6. TIDAK DENDAM. 
Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.


7. RAWAT SAKIT
Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang.
Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.
Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.


8. RIADAH
Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayur, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.

9. BERZIKIR
Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.


10. DEEP BREATHING.
Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.


11. SIMPLE LIFE TANPA BERLOMBA-LOMBA
Amalkan caragaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.

Segala fungsi-fungsi tubuh dikawal oleh otak dan Allah kurniakan kita akal fikiran untuk mengawal segala-galanya. Jangan terlalu ikuti nafsu , amalkan tabiat baik dari segi pemakanan dan exercise disamping menjauhkkan amalan merokok, dadah dan arak.
Kuatkan azam dan teguhkan disiplin diri demi untuk menikmati kesihatan.
Orang-orang yang tenang dan dapat kawal stress, ceria dan lapang dada sering lebih sihat tubuh badan dan insha'Allah akan lanjut usia.
Stress merupakan satu penyebab utama bagi berbagai-bagai penyakit, ketidak suburan dan keguguran dikalangan wanita. Dikalangan lelaki, stress jadi faktor pencetus serangan jantung dan angin akhmar.

Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha'Allah, kita boleh kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan boleh terus berkhidmat kepada ugama dan bangsa. 
Aamin.





P/S: Pesan Sis, hargai waktu sihat sebelum sakit datang menerpa . *pengalaman Sis  'di tegur' oleh Allah ketika sihat :(


You Might Also Like

2 Orang Komen

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.