FILEM DUKUN AKHIRNYA KITA BERTEMU

4/05/2018 08:00:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


Akhirnya setelah berbelas tahun (12tahun) di simpan perap, akhirnya telah di sahkan lulus oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPFN) dan akan di tayangkan di seluruh pawagan pada 5 April 2018 ini.
Bagi peminat filem tempatan dan penggemar genre thriller mistik pasti teruja untuk menyaksikannya (termasuk Hakak). Filem ini telah menjalani penggambaran sejak 2006, akhirnya bakal bertemu penonton di layar perak pada 5hb April 2018. 
Peneraju utama dalam filem ini seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein, Bront Palare dan Namron bakal akan menghantui di semua panggung (Ngeri plak Hakak nak tengok) hahahaha.




Dukun ialah filem seram Malaysia 2018. Filem ini berdasarkan secara longgar kisah sebenar pembunuhan seorang ahli politik Malaysia, Datuk Mazlan Idris, oleh Mona Fandey, seorang penyanyi Malaysia yang popular pada tahun 1993. Filem itu pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada Disember 2006 tetapi diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.tetapi pada tahun 2018, Lembaga Penapisan Filem Malaysia menarik balik pengharaman filem ini dan akan ditayangkan di pawagam diseluruh Malaysia pada 5 April 2018.


Latar belakang & Sinopsis.

Pada tahun 1993, Datuk Mazlan Idris, yang juga ahli dewan parlimen pada masa itu, nampaknya meminta perkhidmatan Mona Fandey, suaminya Affandi, dan seorang penolong lain, Juraimi, untuk membantu beliau meningkatkan kerjaya politiknya. Mona dan rakan-rakannya mendakwa memiliki kuasa ghaib sebagai bomoh. Adunnya telah membawa banyak wang untuk perkhidmatan dan ritual ini.
Semasa pelantikan mereka, Mazlan dibunuh. Tubuhnya yang dipenggal dan ditemui di kediaman Mona yang berhampiran. Dia dan rakannya telah ditangkap dan perbicaraan yang sensasi dan menarik perhatian umum untuk pembunuhan Mazlan berlaku pada tahun 1994. Mereka akhirnya akan disabitkan dengan pembunuhan dan dijatuhi hukuman mati. Mereka digantung pada 2001 di Penjara Kajang. Adalah dipercayai bahawa Mona Fandey telah mengucapkan kata-kata "aku takkan mati" dengan senyuman jahatnya sebelum penggantungannya, frasa itu juga menjadi moto untuk filem ini.

Plot filem adalah berdasarkan secara longgar peristiwa sebenar di atas.






P/S: Nak tengok kena bawak geng yang suka cerita seram, yang tak suka Hakak tak suka bawak, sebab nanti dia menjerit mengganggu ketenteraman dan fokus Hakak hahahahaa ..


You Might Also Like

18 Orang Komen

  1. ala...kita penakut..jadi tak boleh ikutlah ni kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah duduk je uma dendiam @SitiRohaida hahahaha

      Delete
  2. oiiii boleh jadi tak keluar bilik lepas tengok ni kang..kita pun tak boleh ikut akak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak bole ikut, nanti Hakak tak fokus @Hernee hahahahaha

      Delete
  3. Dilah boleh ikut ni.. ai jenis yg x menjerit2.. hahha... tp kang terkejut2 pulak baby dlm ni.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa kalau boleh ikut pun, Sis taknak bawak, takut kang beranak dalam panggung, naya je jd bidan terjun @IbuDilah hahaha

      Delete
  4. dah lama tak tengok cerita seram dekat panggung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm laa kita pakat gi tengok reramaii @Julia hehehe

      Delete
  5. bawa beg plastik jugak ... sebab part depan tu adegan potong kepala rasa nak muntah . hee dh tgk tp version lacked hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uii seriuskah ? Alamakk ngeri plak. Lagu sama tak macam Pengabdian Setan tu, mau tak tido malam @Lisa ...

      Delete
  6. assalamualaikum lin...best juga kalau dpt tengok cite ni...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kann Mama @Maszull, jom Maa kita pakat gi tengok hehehe

      Delete
  7. Kena tgk laa..katanya yang download ari tu xfull..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sis tengah cari kawan ni nak pergi tengok @Shalimar. Ramai semua taknak tengok hahahaha

      Delete
  8. best ke ?? heheh ada yg ckp best ada yg ckp tak confused pulak hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun tak tengok lagi, memang betul, ada kata best, ada kata tak best @Mellya. Tapi kutipan dah berjuta-juta ...

      Delete
  9. Replies
    1. Kann mesti tengok @LinLiena, baru boleh tau sendiri, best ke tidak ceritanya ..

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.