Friday, April 27, 2018

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI MELAKA

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi dan salam sejahtera. Salam Jumaat dan selamat menunaikan solat Jumaat bagi kaum adam. Doa banyak-banyak yer, mudah-mudahan termakbul segala doa.
Harini Sis nak berkongsi cerita sewaktu bercuti ke Melaka bersama anak-anak dan juga Suami. Kali ini percutian pendek tanpa di rancang. Semuanya bermula bila anak-anak buka mulut nak bercuti sebelum Sis masuk wad baru-baru ni untuk buat pembedahan Fibroid. Alhamdulilah Suami pun ok, jadi bercutilah kami satu family.

Plan asal hanya 2 hari 1 malam sahaja tapi di sebabkan Sis dan Suami ada undangan majlis di Kuala Lumpur sehari, jadi kami stay 3 hari 2 malam. Kebetulan ada dapat pelawaan menginap di Double Tree by Hilton,Melaka, jadi apalagi kami terima dengan hati yang terbuka. Bukan free yer, tapi dapat diskaun ajer he he he . Sangat sukalah anak-anak.

Jumaat petang kami semua dah bergerak ke Melaka. Alhamdulilah juga tidak jem, hanya kereta aje yang banyak masuk Melaka tapi jalan masih lagi lancar. Yelah Melaka ni sinonim dengan Jem, Bukan Melaka namanya kalau tidak jem ok. Jam 6pm lebih kurang macamtu baru kami dapat check in. 



Hotel yang kami duduk ni di tengah Bandar Melaka, area Melaka Raya. Berdekatan dengan Bandar Melaka. Senang nak keluar berjalan dan cari makan. Bila dah sampai Melaka, apalagi, misi mencari makan bermula. Anak Sis kalau ke Melaka, memang akan cari tempat makan yang orang viral sana sini. Yelah katanya, kena cuba baru tau kenapa orang viral.



Tempat pertama kami tuju, Chicken Rice Ball Ee Ji Ban. Tempat makan ni terkenal di sebabkan nasi ayamnya bulat-bulat macam nasi kepal tu. Rasa tetap nasi ayam, cuma keadaan nasi tu di kepal. Memang sedap, nasinya lembut, ayamnya di masak perapannya terasa, supnya pun sedap, juga menu asam pedasnya juga sedap. 

Klik untuk baca entri di sini Chicken Rice Ball Ee Ji Ban



Malamnya kami anak beranak stay kat dalam bilik aja berehat. Esoknya Sis dan Suami nak ke Kuala Lumpur penuhi jemputan kawan majlis aqiqah anaknya di Sungai Buloh. Anak-anak semua tinggal. Awal pagi Sis dah gerak. Perjalanan ke Sungai Boluh pun lancar, jadi tak makan masa lama nak sampai dari Melaka. 
Selesai majlis di sana, Sis dan Suami terus balik semula ke Melaka dan telefon anak-anak suruh bersiap nak keluar makan malam.



Kali ini anak cari port yang tepi laut. Perkampungan Portugis. Kesahnya tempatnya betul dekat dengan tempat hotel kami. Dari perkampungan tu dah Nampak hotelnya. Kat sini terkenal dengan masakan seafood mereka. Banyak kedai, kena pandai pilih nak duduk makan kat mana. 
Semua seafood segar-segar. Sis anak beranak duduk makan Restoran no9. Anak-anak pun orderlah mana yang dia nak makan. Sis dan Suami ikut aja.
Time makan tu, angin bertiup kemain kuat, macam nak hujan tapi tak hujan. Jadi sangat santai makan kat situ. Ada juga Jus Mangga yang viral orang share tu. Sis order gak, memang sedap, siapa suka masam-masam tu memang sesuailah sangat. Sedap tak terkata . Korang cuba nanti . 
Selepas makan, kami terus balik ke Hotel. Masing-masing dah kekenyangan. Esok dah nak gerak balik Johor. 



Hari terakhir kami, anak-anak ajak pergi mandi si kolam renang di Hotel. Yang beriye sangat si Yana dan Amat. Memang suka mandi kolam renang. Cuma tak puas aja. Takpe lepas ni kalau bercuti lagi kita try pulak check out bayou lagoon park resort in Melaka. Bole mandi puas-puas kat sana sebab ada taman tema. Korang kalau ke Melaka tak tau nak menginap di Melaka bole try kat Bayou Lagoon.
Dah puas melayan anak mandi, semua siap sedia berkemas dan check out Hotel. Macam biasa sebelum balik mesti nak singgah ke Coconut Shake Pantai Klebang tu. Kira dah macam makan tengah hari sekali. Kenyang sampai ke petang. 



Dari Melaka ke Johor pun perjalanan lancar. Anak-anak macam biasalah semua kalau dah masuk kereta tidur, termasuklah incik Suami. Memang kalau drive kemana-mana, Sis lebih suka Sis yang bawak, lebih cepat dan lebih puas dapat pegang stering. Suami lagi suka, dapat dia tidur, rehat dan layan telefon yang bunyi tak sudah-sudah pasal hal kerja. Hurmmm 

Apa-apa pun percutian kali ini bersama anak-anak sangat indah di kenang. Happy semua dan banyak yang kami kongsikan bila bersama. Bukan senang nak bercuti sama-sama. Kadang mesti ada je sorang yang takde. Syukur , terima kasih Allah. 
So next holiday..tungguu..





P/S: Alhamdulilah perkembangan terkini, Sis dah selamat jalani pembedahan Fibroid. TQ bt semua yang bertanyakan hal itu. 


14 comments:

  1. rindu melaka..kita 5 tahun hidup kat london, alor gajah.. ehhh lendu alor gajah..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengada=ngada le tu konon London eh ko @Hernee...ha ha ha

      Delete
    2. Kak @SeriKandi, dasar cencaluk belacan tak sedar diri tu ha ha ha ha

      Delete
  2. bila nak ajak kita g melaka :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm laa kita @Anakomak ha ha ha anytime !

      Delete
    2. nak ajak linda mmg daerah JB je la gamak nyaa..
      :D

      Delete
    3. Hahaha @Anakomak, Linda kalau dapat lepas, kita pergi jauh oii, takyah Melaka ha ha ha

      Delete
  3. KIta suka Melaka tapi tak suka jem di Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sama kita Kak @SeriKandi walau anak-anak dan Suami kurang suka, sebab sama laaa dengan Akak tu, jemmmmmmm

      Delete
  4. bestnyeee jalan2 melaka..dulu gi melaka jarang jalan2..duk rumah je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa Sis suka @Sunah jalan-jalan Melaka. Anak dan Suami je tak berapa suka, sebab jemmm!

      Delete
  5. Replies
    1. Ha ha ha kita tak main-main laa, kita pergi cuti ajaa @Mar ha ha ha

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..