KERABU KERANG ALA THAI PEDAS MASAM

4/25/2018 08:12:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


Selamat pagi semua sahabat-sahabat Sis yang datang singgah membaca di sini, moga semuanya sihat dan dipermudahkan urusannya hari ini. Yang tak datang singgah pun kita doakan mereka ya, moga dalam lindungan yang Maha Esa .
Sahabat semua dah masak ke ? Sis hari ini cadang nak masak Sotong masak itam, goreng kacang buncis, telur dadar dan juga buat sikit asam rebus ikan kembong he he he. Teringin pulak tekak nak makan asam rebus nanas. Moga tercapai lee hajat anak tekak tu.

Okay untuk entri pagi ni, Sis nak share resepi mudah simple dan ringkas yang kalau buat tu boleh pejam mata aje ha ha ha. Jangan percaya ye, ada kang pisau hiris jari kalau masak tutup mata ke ke ke.
Ringkas tu bermaksud bahan yang mudah, tak susah nak cari, dan tak payah masak kacau-kacau dalam kuali, cuma rebus, hiris dan gaul aje. Senangkan ? Kalau itupun korang kata susah, baik telungkup kepala tu dengan periuk yer ha ha ha .



Nampak sangat menyelerakan kan? Iye betul sangat sedap. Cubalah sendiri kalau mau tau sedap ke tidak.
Ini Sis share resepinya. Kalau korang gugel memang akan keluar macam-macam resepi, semua sama je, tapi untuk yang ni, Sis ambil dan ikut resepi Shiela Rusly punya. Ada tu pun edit sikit-sikt je bahannya.
Ikut citarasa masing-masing okay. Jangan susah-susahkan diri, ikut aje apa yang ada dalam bahan tu pun dah sedap ok.
Jom tengok resepinya ..



Bahan- Bahan

1 kilo kerang
5 biji cili api - ditumbuk atau dihiris (nak pedas tambahlagi)
2 biji cili merah- ditumbuk atau dihiris (ikut pedas masing-masing)
3 biji limau kasturi
1 biji tomato dipotong dadu
3 sudu besar sos ikan (nak letak boleh,tak letak pun boleh) .
1 cawan jus asam jawa (ikut kemasaman sendiri)
Garam dan gula secukupnya
1 ulas bawang merah (dihiris)
daun ketumbar


Cara -cara Membuatnya

1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga terbuka/masak.
2. Kemudian di tapis dan di buang sebelah cengkerangnya dan cepat-cepat letak sekejap ke dalam peti sejuk untuk elakkan kerang jadi kecut . 
3. Satukan air asam jawa, cili api, cili merah, sos ikan, cili api, tomato, garam dan gula dalam bekas yang sesuai.
4. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
5. Akhir sekali perahkan limau kasturi, bawang merah yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati. 
Siap di hidangkan .

Kalau Sis lagi masam lagi sedap. lagi pedas lagi terasa masamnya he he he ..
Selamat mencuba .






P/S: Lepas ni nak cuba kerabu sotong ala Thai plak, nampak macam sedap sangat! ..


20 Comments

  1. Iman peminat air asam tapi tak suka kerang. mungkinkah bila masak menu ni dia akan suka makan kerang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke Kak @Seri, haa boleh cuba, kot mana tau dia terus jatuh cinta he he he

      Delete
  2. perghhh...pagi-pagi ni dia bagi kerabu kerang pulak. mana nak cari ni sis lin???? kena serbu rumah sis lin ke cemane ni? hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha pepagi le orang lapar @Julia, nanti tengah hari dah kenyang orang taknak komen ha ha ha

      Delete
  3. huwaaaa kekejaman melanda hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak la kejam sangat, cuma zalim sikit je @Hernee ha ha ha

      Delete
  4. Assalamualaikum.lin...peghhhh buat terliur jee pg2 ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Nanti boleh cuba ya Maa

      Delete
  5. Waalaikumussalam... sedaaaapppnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii orang di sana, waaa sudah oandai blog walking ya Kak @shuhaibah he he he

      Delete
  6. tgk macam sedap..haru itu ada terperasan org viralkan dalam fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap @Permatabiru, sana sini memang viral orang buat, tu yang nak cuba buat juga tu ...

      Delete
  7. saya ingatkan kerabu semalam..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha kerabu semalam tu takde kerang okay @Sunah ha ha ha

      Delete
  8. Sis Linnnn... kita datang ziarah niiii ❤️😍🌷😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii @azie, waaa tiba-tiba ni blog walking, semangat Zie, jomm kita menulis balik he he he

      Delete
  9. sedapnya , teringat chumnan yang org thai tu makan kerang hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Qaseh, dia kalau makan, terliur tengok bibir dia je ha ha ha

      Delete
  10. kenapa menawan hati sangat kerabu kerang ni..tolong pos kat jiran...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha apa yang menawan ko tu @SitiRohaida..kerangnya ke? Gambarnya aje ha ha ha..Nest buat bole bg jiran ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com