ANTARA 7 MENU WAJIB DI BELI DI BAZAR RAMADHAN

5/18/2018 03:33:00 PM

Assalamualaikum wbt.


ANTARA 7 MENU WAJIB DI BELI DI BAZAR RAMADHAN | Baru dua hari berpuasa, tapi Sis perhatikan dah meriah sana sini Bazar Ramadhan, betul tak? Terdapat banyak tempat yang ada bazar Ramadhan ni, termasuk tempat Sis juga. Korang dah pergi ke bazar ramadhan tu? Beli apa? Mesti ada menu utama yang mesti korang belikan? Ingat je bazar, terus dah ada list menu nak di beli, betul tak?

Kalau Sis sendiri, belum lagi dapat pergi bazar ramadhan, yelah baru dua hari puasa kan, dan kalau boleh memang nak elakkan dari pergi. Bukan sebab apa, satu hal, nanti ikut nafsu, semua nak di beli, lagi satu hal, takut tak kena selera, makan makanan tu jadi sakit perut, yang tu Sis paling takut, sebab dah terkena, jadi fobia sangat. Maaflah kata, lauknya hampir basi masa makan dan satu lagi, mungkin termakan telur lalat, jadikan Sis buang air besar seharian, sampai ponteng puasa, badan jadi lembik. Tu yang fobia sangat-sangat!.

Tapi tulah Sis kata, ikutlah nasib memasing, kalau kena rezki, makan sedap sangat, sampai tak cukup, esok-esok sampai pergi beli lagi. Kalau kena tak elok, terus blacklist le kedai tu, huhuhu. Jadi para peniaga tu, utamakan kebersihan dan utamakan persekitaran. Bersih dan kualiti, tu yang penting, sikit ke banyak ke dalam satu bungkus, tu tak penting, janji sedap dan harga berbaloi, kompom esok-esok pelanggan datang lagi.

Apakah senarai menu wajib yang korang beli di bazar ramadhan? Jom kita tengok, silap-silap harini dah masuk list salah satunya, ataupun dua tiga menu hahahaha. Ingat! Jangan membazir okay.
Gambar-gambar semua ihsan dari Google. 



1. Roti John.
Roti John paling mendapat sambutan bila kat bazar Ramadan. Paling klasik letak telur sahaja tetapi ada yang kreatif letak daging ayam, kambing, lembu mahupun rusa. Dicampur dengan pilihan sayur-sayuran, sos dan mayonis juga trend baru sekarang letak cheese, semestinya mengenyangkan. 
Pilihan harga dari RM3.50 hingga RM8.


2. Air Tebu 
Kalau hari biasa, air tebu taklah terlalu dinantikan tapi bila masuk sahaja bulan puasa, air tebu ni la yang paling menjadi kegilaan. Tambahan pula dapat air tebu yang baru lepas segar diproses dan tidak dicampur air batu. Bila azan sahaja, sensasi air tebu dicampur dingin ais memang menusuk kalbu!



3. Ayam Percik 
Ayam percik ada pelbagai jenis Cuma peliknya, memang bila puasa aje memang akan mencari ayam percik ni, Ayam yang dipanggang , di makan di salut bersama kuah, meresap ke dalam ayam. Menarik sungguh!


4. Tepung Pelita 
Kuih ini kalau hari biasa jarang nak jumpa tapi bila tiba bulan Ramadan, merata-rata ada. Kebiasaanya dijual lima ketul untuk RM2. Dalamnya terasa air gula manis dan sangat sesuai untuk menu berbuka puasa. Ada juga kuih yang seakan-akan tepung pelita yang dipanggil kuih tako yang didalamnya diisikan dengan buah sengkuang.


5. Ayam Golek 
Ayam golek memang paling champion kalau di bazar Ramadan. Orang beratur tak payah cakap. Berapa ekor ayam boleh habis dalam sehari, tauke ayam golek pasti tersenyum lebar. Dapat pula kuah pencicah ayam golek yang manis pedas, memang terbaik!


6. Murtabak
Samada murtabak ayam atau daging, menu ini sentiasa menjadi pilihan ketika di bazar Ramadan. Keunikan murtabak terletak di ramuan isinya dan itulah yang menentukan sedap atau tidak sesebuah murtabak itu. Dipadankan dengan jeruk bawang atau kari, murtabak memang wajib ada ketika menu berbuka puasa.


7. Air Katira Abu Bakar
Kalau di Johor memang bulan puasalah yang di tunggu-tunggu untuk membeli air katira Abu Bakar ni. Kalau orang tanya apa rasanya, susah nak cakap, kena rasa sendiri baru tau. 


Gambar-gambar ehsan carian google.
Tu antara menu paling wajib di beli kalau ke bazar ramadhan, Sis sendiri pun akan beli antara menu tersebut.hehehe. Kalau korang menu apa plak? Cuba komen sikit, kot ada yang menarik, bolelah pergi cari. 
Okay, dah jom masak. Harini Sis nak masak asam pedas ikan pari bersama bendi, kobis goreng bertelur, dan kerabu mangga. Jomm kita! .







P/S: Bab kuih-kuih Sis dah stanby karipap dan samosa frozen, jadi memang ke bazar le mebeli kuih he he he. Malas pun ye nak pergi.


You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. Assalamualaikum lin..mmg malas lin kalau nak ke bazar ramadan ni...hubby pun tak suka mknan yg dibeli jd mmg jarang la ke bazar ramadan ni...menu kerabu kita samalah hari ini lin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Mama @Maszull..ada angin dan mood je kalau nak ke bazar ni..hehehe

      Delete
  2. Gi bazaar cr air asam boi je hahaha tp thn ni mcm x moh pegi... #kuatkeiman hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam Abang aku belikan murtabak dan air katira @Retna, nikmat tak terkata hehehe

      Delete
  3. memang betul la memang menu2 ni la yg dicari kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kann @Hernee hehe lagi-lagi tepung pelita tu dan air katira heheh juga roti john..eh semualahhhh!

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.