Wednesday, May 02, 2018

BURGER NASI LEMAK KEBANGGAAN KITA

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua sahabat. Apa khabar? Masih mood bercuti ke? Seronoknyakan dapat bercuti panjang bersama keluarga tercinta. Tapi hari ini dah mula bekerja ya, jangan malas-malas okay. Nanti rezeki susah nak masuk, senyum dan tunaikan tanggungjawab dengan penuh ikhlas. Moga segala urusan kalian dipermudahkan hari ini.

Korang dah rasa Burger Nasi Lemak keluaran MacDonalds terbaru ni ? Sis macam biasalah kalau ada jer benda baru, mesti nak cuba. Sedap tak sedap belakang cerita, janji dah cuba, itu sejenis Sis ha ha ha.
Bunyi agak pelikkan, burger tapi nasi lemak, entah macam manalah rasanya kan. Kreatif betul orang sekarang mencipta makanan, daya tarikan pada nama dah buat orang nak mencubanya. Sis masa mula dengar jer, dah berkerut dahi dan tak sabar nak beli, sebab sebelum ni tak silap, dah keluar di McDonalds Singapura rasanya, ada nampak kawan beli dan makan. Review dia mengatakan boleh tahan aje, rasa nasi lemak tapi burger he he he. 


Takpe, kita jangan tanya orang, kita beli dan cuba sendiri. Harga mahal juga oii ha ha ha.
Yang best tu ayat pada kotak tu "Burger Nasi Lemak Kebanggaan Kita' ..ermm apa yang di banggakan dengan burger ni ? Tengah fikir ni ...


Ini ler rupanya. ada telur ada sambal ada timun, cuma nasinya tu di gantikan dengan roti burger tu. Bau ada nasi lemak, mungkin sebab sambal tumisnya. Lepas aje Sis beli, sementara menunggu Emak gunting rambut kelmarin, Sis terus bedal dalam kereta ha ha ha. Tak sabar nak rasa dan makan, kebetulan perut pun lapar.


Bagi Sis ok lah rasanya, sedap dan rotinya pun lembut. Kepingan ayamnya ada salut rempah, rasa macam rempah kari, lupa pulak nak baca kat kotak tu ramuan apa pada ayamnya. Tapi sambal dia agak pedas sedikit. Kalau bebudak makan mesti pedaslah. 
Tapi bagi Sis okaylah, bole masuk anak tekak Sis, sedap! .Tekak korang Sis tak taulah.
Sebab tu Sis kata, kena cuba, jangan lokek le beb oii. Beli je sekali, cuba dan rasa, kalau sedap, bole ulang, kalau taksedap, takyah beli lagi. Korang banyak komplen je lebih, belinya tak juga ha ha ha. 

So korang, beli dan cuba okay. Sis nak tengok plak, apa kata korang. 
Alhamdulilah kenyang juga makan seketul burger tu, lelemak menari-nari dalam badan ha ha ha.






P/S: Lepas ni khabarnya ada burger nasi kerabu pulak kuang kuang kuang...


17 comments:

  1. Dah beli untuk bini dia leh kata X sedap. Sabah je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tu mesti makan terbayang nasi lemak, lepas ni beli makan fikir burger je @Tarmizi he he he

      Delete
  2. kalau viral mesti cepat laku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Mar, cepat aje kita membelinya ha ha ha

      Delete
  3. sabo burger nasi kerabu..jgn kekuar dulu..nasi lemak pun belum try hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha engko lambat kena tinggal @Hernee ha ha ha

      Delete
  4. hehehe
    so far sedap juga lah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis, Sis suka pulak, kira anak tekak bole layan le, jangan tidak katanya @Hans ..

      Delete
  5. sedap.. especially tang sambal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita, Sis pun suka sambal dia @Cik Tenggiling, walaupun ramai komen sambal dia tak sedap he he he

      Delete
  6. Assalamualaikum lin...betul tu dah mkn sendiri barulah boleh ckp kn....kalau x rasa mana nak tahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Ye Maa dah try baru tau rasanya dan baru komen he he he

      Delete
  7. Tunggu mek review jugakkkk this weekend !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa..kena beli dan rasa @Ayunie, baru tau sedap ke idok he he he

      Delete
  8. Win ayat last tu.. belinya tidak, komplen je lebih ek..hihi.. unik n kreatif produk2 terbaru mcd kebelakangan ni. Terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mohaz kann, komplen lebih, belinya tak ha ha ha ..Tunggulah lepas ni apa pulak yang keluarkan.

      Delete
  9. ok..i dah rasa..sila baca...hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..