Friday, May 18, 2018

#DONEBERBUKA 1 RAMADHAN

Assalamualaikum wbt..

#DoneSahur #DoneBerbuka #DoneTerawih #DoneTadarus tu antara hashtag-hashtag yang biasa di guna pakai ketika bulan Ramadhan. Ada yang tak suka ke? Meluat? Menunjuk? 
Dah kenapa? Mengganggu korang ke? Bagi Sis tidak ada salah dalam ayat-ayat tu semua. Tapi lebih menunjukkan ayat positif dan pesanan juga peringatan. Contoh: Kawan kau update status, '#DoneTerawih, korang sudah?' Peringatan dan pertanyaan kan? Sedangkan korang masih lagi pegang handphone dari berbuka tadi dan scroll tak sudah-sudah. Tapi bila kawan update macamtu korang rasa menyampah. Apa masaalahnya korang?.

Yee itulah yang sering terjadi bila kita ni update sesuatu status berunsur agama sikit, ada aje yang akan kata kita ni nak menunjuk baik, nak menunjuk yang kita ni buat, orang lain tak buat. Padahal takde terlintas niat orang nak update berfikiran macamtu. Walau update secara suka-suka pun tetap dapat pahalanya, sebab mengajak ke arah kebaikkan. Dari kita update share aib orang sana sini di wall. Kita dapat apa? Tambah dosa adalah. Setuju tak ?

Sis kadang kalau buka facebook, kadang sebelum bukak, niat, apa saja yang kita baca, tak kira status orang meroyan ke, status orang marah ke, apa-apa jelah status, niat fikir positif aje, jangan fikir macam-macam atau cepat terasa pada status orang. Kadang ada status kawan-kawan ni, bila kita baca, ada masa kita sendiri terasa, sampai fikir 'eh dia ngata aku ke?'. Pernah tak rasa macamtu? Ada kan? Jadi nak kasi tidak ada rasa perasaan macamtu, baca dan fikir positif aje. Jangan cepat melatah. InsyaAllah ianya tak akan mengganggu hidup kita. Percayalah! .

Harini dah masuk 2 Ramadhan, masa cepat berlalu, tau-tau esok dah seminggu puasa, kemudian, lagi seminggu nak raya, aishhh masa mengejar betulkan.Harap-harap dapatlah Khatam Quran sekali lagi di bulan puasa ni. InsyaAllah. Tak susah mana pun, jika ada kemahuan di situ ada jalan. Samaada baca sendiri ataupun tadarus beramai-ramai. Yang penting niat.
Semalam korang berbuka apa? Masak atau berbuka di luar? Sis sekeluarga macam biasa juga, tiap kali berpuasa, hari pertama akan berbuka di luar. Dan semalam pilihan anak-anak, nak makan di SDS Johor Jaya. Asalnya nak ke Restoran Todak, tapi memandangkan Suami Sis tak berapa gemar dan berpantang sikit makan seafood ni, jadi kata sepakat kita ke SDS. Sis lagi suka, sebab dapat makan kek peberet Sis 'Red Velvet Cake' sangat sedap okay!.


Red Velvet Cake adalah pilihan Sis kalau makan di mana-mana kedai kek. Suami pun dah tau, mesti tanya 'Nak RV tak?' , terus order aje. Rasa tak kisahlah, tak semua kedai kek rasa semua sama, kedai yang ni rasa lain, kedai yang ini lain, kann, tapi Sis tak kisah, janji dapat makan Red Velvet Cake he he he. Banyak pilihan juga kek kat kedai dia. Setakat ni baru makan dua jenis, RV Cake ni dan juga Chocolate Mashmellow Cake. Nanti bole try yang lain pulak. 


Yang ini pilihan menu berbuka Sis semalam. Namanya dah lupalah. Sedap dan portion dia semangkuk tu banyak betul. Terkulat-kulat nak perabiskan. Anak-anak dan Suami semua makan nasi, Sis aje makan spageti hehehe. Bukan diet tapi ikut selera tekak semalam. 
Tak kisahlah makan apa kan, janji kenyang. Yang penting masa bersama keluarga tu yang amat di hargai. Makan anak beranak, banyak cerita kita nak cerita. Semalam pun lebih banyak cerita pasal persiapan raya. InsyaAllah moga Allah permudahkan semua urusan di bulan Ramadhan dan menjelang Syawal. Aamiinn.

Harini nak masak apa ya? Ok jom, masa untuk memulakan kerja! 
Jumpa lagi di bebelan Sis seterusnya..heheheh







P/S: Semalam kat Pasar Borong Pandan, dah penuh dengan bazar baju raya wooo..hehehehe ..


8 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha ko tak lain asyk kecur je @Hernee hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Hahaha sengal ko berdua ni kann @Uyul..#DoneMembawang hahaha

      Delete
  3. #donekomen

    gitu je boleh? Hahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sabar je lah makcik sorang ni @Sunah hahahaha

      Delete
  4. Meriah nya makan...
    Selamat berbuka sis lin utk hari kedua 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, rezki jangan di tolak @Retna hehehe

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com