KARI IKAN MERAH MUDAH TANPA SANTAN

5/07/2018 03:06:00 PM

Assalamualaikum wbt ..

Kari Ikan Merah Mudah Tanpa Santan .
Alhamdulilah, sekejap sudah hari Isnin kan, masa pantas betul berlalu. Pejam celik dah nak Ramadhan. Tapi yang paling hampir sekarang ni, tanggungjawan nak memilih calun parti. Hurmm Sis memang tak pandai nak menulis bab politik, lagi kan nak komen apa-apa, cuma harapnya masa mengundi nanti Sis di berikan minda yang waras dan tanpa hasutan juga tanpa sebarang desakan untuk memilih siapa yang berhak. Takut juga kang, ikut sana ikut sini, akhirnya menyesal sendiri. Jadi ikut kata hati. 
Sis dan Suami akan mengundi di Kampung Melayu, Sekolah Agama Dato Abdullah Esa ..insyAllah..

Okay hari ni Sis nak berkongsi masakan Sis yang paling mudah, Kari Ikan tanpa guna santan. Sis masak kari ini hari Jumaat lepas, permintaan Suami nak kari ikan merah masak kari. Kebetulan memang ada ikan merah hasil Suami memancing. Ikan baru, fresh rasa isinya.
Sis guna resepi yang simple aja, bahan mudah, dan sekejap aje siap. Meh tengok bahan dan cara memasak .


Amekkaww dengan kuali sekali di tayangkan he he he. Ini baru dikatakan memasak ha ha ha.
Bahan tumis ni senang je. Bawang merah, bawang putih, halia, dan reampah tumis 4 sekawan dan rempah kari ikan.. Tahu kan apa tu 4 sekawan ? Bahan-bahan bawang, halia tu semua, korang blender halus. Lepas tu tumis 4 sekawan, sampai wangi, kemudian masukkan bahan blender, tumis dan juga masukkan rempah kari . Tumis sehingga naik dan pecah minyak macam tu. 


Dah pecah minyak tu, masukkan air secukupnya, agak-agak ajalah korang nak guna banyak mana ya. Sama juga bahan blender dan juga rempah kari tu, ikut banyak mana ikan korang. Sis kalau masak memang main agak-agak aja, Ikut mana yang perlu di letak aja. Selepas tu, biarkan sekejap, masukkan garan dan serbuk perasa segala dan biarkan sekejap hingga mendidih. Bila dah mendidih, masa ni korang masuklah apa yang korang nak, macam Sis, Sis letak kobis, jadi masukkan kobis tu, biarkan sekejap.


Bila dah mendidih, rasalah kari tu apa yang tak cukup, kemudian tutuplah api dan boleh di hidangkan. Mudah je kan, Daun kari ? Yer masa masak ni takde daun kari, terlupa nak membeli, nak petik kat luar tapi pokoknya baru nak hidup ha ha ha. 
Nampak macam cair je tu, tapi nanti bila dah sejuk, kuahnya jadi pekat, macam kari mamak tu haa. Sis takde letak asam keping ke asam jawa ke, sebab Suami tak suka, nanti rasa masam he he he.


Kuali tu lawa kan ? Macam batu gitu. Tak melekat dan senang nak cuci. Beli kat DIY je. Murah-murah aje .he he he . Besar macam Sis tu, rm52,90, kalau saiz satu lagu macam kuali, ada telinga tepi, harganya rm53.90. Pun Sis ada. Yang pan pun Sis ada he he he. 
Senang memasak, tak melekat, lagi-lagi kalau bikin roti jala guna pan dia, tak lekat langsung, laju aje bekilo-kilo boleh buat..Pergilah serbu DIY sana. Sis ok je pakai DIY punya, janji rajin memasak oi..ha ha ha. Kang beli kuali mahal-mahal, kata Suami, gantung dalam lemari je ke ke ke..

Ok jumpa nanti, jom bikin lempeng! ..






P/S: Jujur Sis kata, tak pernah beli brand Tefal. Sendiri rasa nak beli macam mahal benar. :(


You Might Also Like

12 Orang Komen

  1. mahal kuali dia ni. saya suka kari ikan tau.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuali kita yang DIY tu kira juga lagi @Mar kalau nak banding gan kuali Tefal..lagi lee mahaii hehehe ..
      Suami Sis suka kari takde santan camni ..

      Delete
  2. assalamualaikum lin....mama pun kalau masak kari mmg x letak santan sbb hubby x suka...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..
      Kann Maaa, makin berusia ni, lemak santan dah kena jaga dan control..

      Delete
  3. Huh nampak sedap.. Buat kari selalu x jd.. haha.. lain kali leh try buat cmni lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lea nampak sedap, rasa pun sedap..nanti bolelah cuba ya ..

      Delete
  4. SA memang suka kari tanpa santan..nak- nak sekarang mak dah sakit jantung kan..so memang kurang masak bersantan..sedapnya..kalau dapat kepala ikan pun sodap ni kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @SA, Sis Suami yang suka, kalau Sis ni kurang sikit, tetap nak ada santan he he he..Tapi kalau dah masak pekat-pekat tu, sedap juga..

      Delete
  5. wahhhh... nak tangkap satulah kuali ni. nak acri yang kecikkkkk sekali ada tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Kak SeriKandi, yang paling kecik takde, memang saiz dia ada 2 je Kak, tapi puashati pakai. Ala-ala macam Tefal gitu he he he

      Delete
  6. sedapnya kari ikan...cecah lempeng pun da sedap sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee @SitiRohaida, esoknya buat lempeng juga ha ha ha

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.