MALAYSIA BARU | TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

5/10/2018 04:25:00 PM

Assalamualaikum wbt ..


PUTRAJAYA: Pakatan Harapan meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan keputusan kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, pakatan itu yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara meraih 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi.
Mohd Hashim berkata, PAS pula menang 18 kerusi Parlimen, diikuti Parti Warisan Sabah (8); Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).
Pengumuman penuh bagi kerusi Parlimen itu adalah siri akhir sidang media keputusan rasmi PRU-14 di Bilik Sidang Media, Menara SPR, Presint 2, pada kira-kira jam 4.40 pagi tadi.



Pengerusi Pakatan Harapan yang berusia 92 tahun itu mengulangi sejarah apabila kembali dipilih sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober, 2003.

Dalam 100 hari itu juga Pakatan Harapan mahu mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk menyiasat dan menangani isu-isu yang menimbulkan kontroversi, termasuk 1MDB dan Perjanjian Malaysia 1963.
Menghapuskan GST dan mengurang kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.


Pakatan Harapan juga akan melaksanakan 4 perkara lain menyasarkan hutang yang ditanggung peneroka dan lepasan universiti dan perlindungan untuk suri rumah dan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40):

- Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
- Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah.
- Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
- Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.


Dalam 100 hari itu juga, Pakatan Harapan akan mewujudkan suruhanjaya dan jawatankuasa untuk mengkaji dan menangani isu-isu kontroversi:

- Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, dan merombak semula struktur kepimpinan mereka.
- Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963.
- Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Kisah semalam 9/5/2018 untuk di simpan buat kenangan. Sis mengundi di Sekolah Agama Dato Abdullah Esa Kampung Melayu Saluran 4, sekali bersama Suami .Tertunai sudah tanggungjawab sebagai rakyar Malaysia.


Tahniah Pakatan Harapan!
Tun M Perdana Menteri kita yang baru 10/5/2018 .
Moga negara kita dipimpin dengan adil dan saksama inshaaAllah.
Malaysia baru.
#PRU14 .
#MalaysiaBaru
#PakatanRakyat

Aameenn ..





P/S: Skim caruman kwsp untuk surirumah paling menarik! 2% dari gaji Suami akan masuk ke dalam kwsp Isteri hehehehe..


You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. moga pemerintahan baru lebih baik dari yang lama.

    ReplyDelete
  2. Moga Tun M diberikan kesihatan yang baik dan kuat dalam meledani permasalahan yang ada dan permudahkanlah rutin harian beliau dan kita semua hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn..mudah-mudahan hendaknyaa @Aizamia..aamiinn

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.