Saturday, May 12, 2018

RESEPI ASAM PEDAS TETEL MAT GEBU

Assalamualaikum wbt ..

Salam sejahtera buat semua. Dah masak ? Dah makan ? Mesti meriahkan, ye laa cuti dua hari ni, bersambung pulak Sabtu dan Ahad, mau tak meriah meja makan, santai-santai rehat bersama keluarga . Macam Sis pun gitulah, Suami pun cuti, jadi memacam laa dia nak makan, kita masakkan aje, bukan selalu pun kann. Lain masak hari-hari ni dengan masak permintaan menu dari Suami, lain dia ada lain macam sikit . he he he . Tengok Suami makan je dah suka sangat, lagi kalau bertambah, makinlah suka. 

Untuk harini Sis nak kongsikan masakan Asam Pedas Tetel untuk korang semua, kot mana tau tengah cari idea nak masak apa kan. Menu ni dah lama Sis buat, cuma kali ni je baru Sis dapat nak kongsi kat sini. Kalau tengok dan cari di google, memang ada macam-macam resepi asam pedas tetel ni, tapi Sis lebih suka cuba menu resepi dari Mat Gebu ni. Senang dan mudah. Rasanya pun hebat! . 
Nak tau tak, asalnya pun Sis pandai makan asam pedas tetel ni, Mat Gebu jugalah yang ajar, dia masak menu ni seeaktu Sis ke rumahnya. Pestime rasa asam pedas tetel, rupanya sedap!. 
Korang kena cuba ok. Jom tengok resepi .


Ini rupa tetel yang dah siap di rebus. Sis pakai periuk #Noxxa je, senang dan mudah. Sekejap aje dah empuk. Sekarang kalau beli tetel, memang kalau tengok, banyak daging dari lemaknya. Harga pun ermmm sekilo cecah rm16 juga wuii, ada yang sampai sekilo rm18. Dua kali ganda dah harganya sekarang. Nak makan beli aja, jangan berkira okay .


Resepi ni Sis copy and paste aje ye dari Mat Gebu. nanti korang bole ke sana untuk lihat versi Mat Gebu punya yer ..

Resepi asal Mat Gebu di SINI 


BAHAN-BAHANNYA :

1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.

Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!..









P/S: Sekali dah cuba mesti korang suka, jadi gian ko, Suami Sis kemain suka,.


8 comments:

  1. Assalamualaikum lin....baru masak asam pedas tetel ni lin..request dr anak nak mkn asam pedas tetel versi melaka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      Eh sama pulak ye Maa, kebetulan post asam pedas tetel ye Mama @Maszull ..

      Delete
  2. uih sedapnya asam pedas tetel. pernah makan kuah kacang letak tetel. sedap jugok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Mar, yang letak kacang tu Suami Sis tak berapa suka Mar, kalau tak dah letak dah hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Dah tengok kena buat nanti tau @Shafyqah he he he ntni ngences plak..

      Delete
  4. Serius weh..makan gitu pun sedap kan..tambah lempeng or roti pun ok gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok nak buat lempeng @SitiRohaida..dia punya menu lagi sedap, laksa penang ha ha ha

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com