SELAMAT HARI WESAK

5/29/2018 10:09:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


SELAMAT HARI WESAK | Seperti yang kita semua maklum, Hari Wesak merupakan salah satu acara kebesaran agama yang penting disambut oleh penduduk Malaysia beragama Buddha.
Di Malaysia, sambutan secara besar-besaran acara keagamaan adalah sesuatu yang lumrah. Ia merupakan manifestasi dasar kebebasan agama yang diamalkan di negara kita bersesuaian dengan hakikat bahawa masyarakat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.
Sebab itu, walaupun Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan dan umat Islam adalah majoriti di negara ini, namun ia sama sekali tidak menidakkan kebebasan kaum lain untuk menganut dan mengamal agama kepercayaan mereka.

Begitu juga dalam soal bahasa, budaya dan adat resam. Setiap kaum bebas mengamalkan bahasa, budaya dan adat resam masing-masing tanpa sebarang sekatan.
Walaupun ini sudah menjadi kebiasaan, nikmat dan keistimewaan ini harus dihargai oleh kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum di bumi yang bertuah ini.

Hari Wesak disambut untuk memperingati beberapa acara penting di dalam kehidupan pengasas agama Buddha,Gautama Buddha. Namun yang lebih utama ialah gesaan terhadap melakukan kebaikan sesama insan dan menjalankan kerja-kerja amal. Ini telah dilakukan dengan baik oleh penganut-penganut agama Buddha di Malaysia.



Sis ambil kesempatan ini, mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua rakyat Malaysia, khususnya penganut agama Buddha.






P/S: Harini mesti soping mall sesak kan? Semua cuti, dan mesti semua keluar berjalan soping raya hehehe *termasuk juga Sis nanti hehe.


2 Comments

  1. seronok tau cuti semalam.tapi hari ni dah kerja.huhu..
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @MarMansor, cuti memang le best, bila masuk kerja, jadi lemau hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com