TIADA LAGI MOTO 'MUAFAKAT JOHOR' .

5/15/2018 08:42:00 AM

Assalamualaikum wbt ..


Kini Harapan Johor, bukan lagi Muafakat Johor .
JOHOR BAHRU: Tiada lagi moto 'Muafakat Johor' digunakan di negeri itu (Johor) sebaliknya ditukar kepada 'Harapan Johor'.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, moto 'Muafakat Johor' yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini akan ditukar bagi mengikut acuan dan cara kepemimpinan baharu pentadbiran negeri.

"Muafakat Johor akan ditukar kepada Harapan Johor dan 'Team Johor' juga tidak diguna pakai sebaliknya pentadbiran baru ini dikenali Pakatan Harapan Johor," katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan.
Bagaimanapun, Osman berkata, kepemimpinannya masih menghormati istilah Bangsa Johor yang wujud sejak dulu lagi.

"Apa salahnya dengan istilah Bangsa Johor. Semua yang lahir di Johor, kita adalah Bangsa Johor. Lagu negeri ini juga bertajuk Lagu Bangsa Johor," katanya.

Sumber dari SINI .

MENTERI Besar, Datuk Osman Sapian  - Foto ihsan google

Rasa janggal pulak nak guna #HarapanJohor, sebabnya sudah lama bertahun-tahun sudah kita di Johor gunakan #MuafakatJohor, sama juga setujunya kata TMJ tentang hal ini di SINI .

Tak tahulah dan tak berani nak komen panjang, kami hanya rakyat hanya mengikut apa yang terbaik sahaja. Segala kepercayaan telah kami suarakan pada undian #PRU14 9hb Mei lepas. 
Kita doakan yang baik-baik, mudah-mudahan datangnya juga yang baik-baik aja. 
InsyaAllah aamiinn..





P/S: Hashtag yang selalu Sis guna update. #JDTblogger #AKUsislin #MuafakatJohor..sekarang nak kena tambah ek #HarapanJohor pulak, yang lama tetap ada.he he he..


You Might Also Like

10 Orang Komen

  1. tambah sis jangan tak tambah..tapi #muafakatJohor tetap di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @SitiRohaida, rasa janggal pulak nak letak nama lain selalin Muafakat tu huhuhu

      Delete
  2. kita pun sokong muafakat johor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muafakat membawa berkat, kann Kak @Normi kann

      Delete
  3. nasib baik tak pernah bubuh #muafakatjohor, jadi tak payah la saya tambah #harapanjohor kan? eh..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha engko tak payah letak le @Sunah, letak aje #BrowniesSunah hahahaha

      Delete
  4. bila sebut jek nak nyanyi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Harapannn hatiku, ingin memetik bungaaa..tak gitu @Hernee hahahaha

      Delete
  5. muafakat itu berkat, muafakat itu sepakat..otomatik menyanyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha @Julia, ko sama macam @Hernee jugaa hahahaha

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.