BUFFET RAMADHAN RM12 DI WARUNG BATU SAWAR KOTA TINGGI

6/02/2018 03:03:00 PM

BUFFET RAMADHAN RM12 DI WARUNG BATU SAWAR KOTA TINGGI | Salam 17 Ramadhan buat semua. Puasa ke tidak tu? kalau perempuan ada gak sebab, kalau lelaki, no komen hehehe. Tapi mungkin juga kesihatan tidak mengizinkan, berbaik sangka ajalah ye. Untuk harini korang nak masak apa tu? Hari Sabtu cuti macam ni, mesti memasing plan nak bawa keluarga makan di luar sambil membelah belah persiapan raya kan? Diam tak diam tinggal lagi 2 minggu macam tu aje nak raya. Sekejap masa kan.

Persiapan Sis untuk raya kali ni, memang belum ada % nya lagi. Memang belum beli dan buat apa-apa pun. Macam Sis kata sebelum ni, kebiasaannya semua Suami yang urus, sampai nak beli baju raya pun kena tunggu dia (Sis punya je, anak-anak, Ayahnya bagi duit, beli sendiri). Dah banyak kali Sis beli sendiri, tetap juga Suami tak berkenan, lagi kena bebel ada hahaha. Jadinya jangan banyak cakap, tunggu aje Suami. Terkadang ada masanya, tau-tau dia dah beli dan bawak balik aja. Nasib juga Sis jenis tak cerewet dan kebetulan, apa yang Suami belikan, Sis berkenan dan saiz ngam, so memang takde masaalah. Dah ada pakai ajelah. Tema pun ikutlah apa yang Suami beli .

Semalam kebetulan Suami cuti, dan semalam juga tinggal kami berdua aje berbuka puasa, jadi Suami kata kita berbuka di luar aja, sambil mencari-cari baju raya. Suami tanya nak kemana? Sis jawab nak gi Kota Tinggi. Suami mulanya taknak, katanya apa ajelah ada kat Kota, bukan ada apa, baju rayanya pun biasa-biasa aja. Nanti penat berjalan aja. Tapi Sis berkeras juga nak pergi hahaha, akhirnya Suami ikut aja kehendak Bini hehehe.



Pusing punya pusing, ermm memang satu pun takde yang berkenan, Sis suka, Suami tak suka, Suami berkenan, tapi warna sedondon dengannya takde plak, last-last Suami kata, tunggu je la kita pergi tempat lain pulak, Sis follow aje. Jalan punya jalan, dah nak masuk waktu berbuka. Pusing-pusing Sis dan Suami sepakat nak berbuka di area-area situ aje yang dekat , dah malas nk amik kereta dan pusing lagi. Keluar dari Plaza Kota, tu yang ternampak kedai makan Warung Batu Sawar.


Mulanya Sis dan Suami tak tau kedai makan ni menyediakan buffet masa bulan puasa, booking meja, terus masuk dalam kedai, Suami tengok-tengok dulu menunya. Nak tengok menu apa yang ada, dan kemudian Suami kata oklah makan sini, siap cakap ikan gulai tempoyak kesukaan Sis pun ada hehehe. Shedapnya!

Dalam jam 6.45pm orang mula ramai, taukei kedai tu pun siap kata, dah boleh amik lauk pauk, Jadi Suami pun bangun dan amiklah lauk. Sis tunggu aje di meja hehehe. Macam-macam lauk ada, tak tau nak amik mana kata Suami. Tapi kami bedua amik lauk yang biasa kami makan aje, dan amik untuk makan berdua. Kalau ikut nafsu memanglah semua nak di amiknya, tapi kang membazir aje kan..


Lauk yang Suami amikkan. Dia tau Sis suka urap dan lemak tempoyak, jadi dia dah amikkan sesiap. Yang sayur terung tu, memang kesukaan kami berdua. Pinggan kecil tu, dendeng daging. Menu untuk Suami. 


Yang ni sedap! Sambal cili petai dan juga botok-botok ikan kembong. Sedap sangat botok-botok tu, makan berdua dengan Suami tak cukup hahaha. Nak amik lagi segan laa pulak heheheh. 


Taraaa penuh satu meja hahaha, makannya berdua. Tapi habis okay! Sebab kami berdua amik menu yang kami suka makan aje. Lain-lain menu memang banyak. Ada yang tak pernah makan pun, tapi sebab taknak membazir, kami berdua amik apa yang nak di makan aja. 
Minuman pulak ada sirap limau dan juga kuih muih dan tembikai. Sis dan Suami order air panas, so air panas bayarnya lain ye. Yang dalam harga buffet rm12 tu siap sekali air yang disediakan aje. 

Ini antara menu yang di sajikan semalam (Sis copy dari Facebook)
ikan sagai asam pedas melaka
pari pasir asam pedas berempah
botok2 
caru bakar lada hidup
pari air asam
keli berlado
patin.tempoyak
ayam.masak.tomato
ayam.madu
ayam.gepuk
ayam goreng
tauhu.jepun.sos.tiram
pakchoy
bayam goreng
kerabu daun selom
opor nangka
labu dan daun peria laut msk lemak
pecel 
soup kentang soon
ayam gulai daun kesom
ikan masin gulai nenas
telur pizza
sausage sweet sour
daging salai masak lemak
paru berlado
sambal petai bilis
tauge goreng 
minuman sirap limau 
buah tembikai sebagai pencuci mulut

Memang banyak pilihan menu. Kebanyakkannya menu masakan kampung. Sambil menunggu waktu berbuka, Sis pun buka laman facebook dia. Rupanya baru kami tau makan style buffet di situ. Patut Sis tengok memasing amik lauk, kuss semangat hehehe. Rupanya makan buffet. 

Jadi kalau korang nak cuba, silalah, harga pun murah, dan dekat bersebelahan dengan Plaza Kota. Lepas makan, Sis dan Suami solat Maghrib di dalam Plaza Kota aja, ada surau di sediakan, Surau lelaki di tnglat 3, Surau perempuan di tingkat 2. kalau awal ke surau, kaum lelaki sempatlah solat berjemaah di situ. 

Ni alamat tempatnya ye. 

No. 3, Jalan Niaga 3, 81900, Kota Tinggi, Johor, 81900
Phone: 013-700128 (untuk booking) .
Buffet seorang : rm12 

Boleh lihat dan baca update terkini menu mereka di Facebook mereka : Warung Batu Sawar 
Jadi harini kalau korang ada ke Kota, haa bolehlah singgah. Col dulu booking, kalau tak penuh meja. 




P/S: Harini Sis nak masak Limpa berempah (permintaan Suami), asam pedas ikan duri (Menu Sis), sayur kobis goreng telur dan juga ada ulam jering & petai. 


16 Comments

  1. assalamualaikum lin...meriahnya menu dia...mesti sedapkan...hari ni mama cuti masak sbb bakal besan ajak berbuka di rumah dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Maa. Ye Mama @Maszull, menu dia semua masakan kampung, puashati dengan bayaran. Hrni rehatlah ye Maa..

      Delete
  2. Saya yang keje kat kota ni pun belum pernah makan dekat batu sawar tu sis..tapi kalau nasi ayam basir tu selalu.nasi beriyani dia shedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe lepas ni bolehlah singgah @Julia, kalau Sis dengan Suami suka cuba tempat baru ..

      Delete
  3. Replies
    1. Kannn @Hernee, jomm kita berbuka di sini yokk..

      Delete
  4. Batu Sawar memang sedap. Hari biasa, nasi ayam dia memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ko selalu makan sini ya Kak Abby @Suhaibah? Lin selalu gak ke sini tapi tak pernah makan time puasa hehehe

      Delete
  5. Wah.. Bestnya.. Kita dah lama tak ke kota tinggi sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, sampai dah tiga kali ke sana @SitiROhaida oii hahahaha hunting baju raya hahaha

      Delete
  6. banyak beno menunya.tapi yelah kan amik mana yang kita suka ajelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @MarMansor, kang amik ikut sedap tekak, bila makan semua tak habis...

      Delete
  7. belum tergerak hati nak jalan sampai ke Kota, dulu2 rajin jugak ke sana skrg mcm takde apa nak dicari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita termasuk semalam, dah 3x Kak @SeriKandi ke sana, selagi tak jumpa apa yang di cari si Cik Abe, selagi tu lee pusing..

      Delete
  8. sama mcm suami ciktom...tema ry semua dia decide..hihi
    murahnya Rm12 buffet..lauk byk pilihan plk tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @CikTom tiap-tiap tahun semua Suami yang uruskan.
      Memang murah, sampai dah ke sana dua kali dah kita hehehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com