Thursday, June 14, 2018

CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI


CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI | Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu terbitnya matahari sehingga sebelum tergelincir matahari (waktu solat sunat). Solat ini juga disyariatkan agar didirikan secara berjemaah (lebih afdal) di surau, masjid ataupun di kawasan yang lapang dan terbuka, namun ianya boleh dilakukan secara bersendirian.


Adab Mendirikan Solat Sunat Aidilfitri

1. Menjamah sedikit makanan terutama kurma sebelum keluar bersolat sunat hari raya.
2. Sebaiknya berjalan kaki ke masjid jika jaraknya tidak terlalu jauh.
3. Pergi ke masjid dan pulang menggunakan jalan yang berbeza.
4. Mendirikan solat dengan khusyuk dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
5. Bertahlil secara berjemaah selepas solat sunat Aidilfitri.
6. Banyak memuji kebesaran Allah SWT.
7. Bersalam-salaman dan memohon kemaafan sesama insan selepas mendirikan solat.



Khutbah Aidilfitri

Dalam Khutbah Aidilfitri, khatib sunat memulakan dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.


Cara Menunaikannya


Lafaz Niat
“Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat tunai (sebagai Imam/ makmum) kerana Allah Taala.”




Rakaat Pertama

1. Di mulai dengan lafaz takbiratulihram dan disertakan dengan niat dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Lafaz takbir tujuh kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Quran (disunatkan membaca surah al-A’laa).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.


Rakaat Kedua

1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Lafaz takbir lima kali diselang-selikan dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Quran (disunatkan membaca surah al- Ghaasyiyah).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.


Dalam solat sunat Aidilfitri ini, segala rukun dan cara solatnya adalah sama seperti solat fardu, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih antara tiap-tiap takbir itu.



Sebenarnya, tujuan mendirikan solat sunat pada Hari Raya Aidilfitri ini ialah untuk menunjukkan cara mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas peluang berpuasa selama di bulan Ramadan selain berkesempatan berkumpul dan memuji Allah SWT. Bahkan pada waktu inilah masa yang terbaik utnuk mengeratkan silturahim dan bermaafan sesama Muslim.







P/S: Yang balik kampung tu, hati-hati ya. Pandu dengan cermat. Sis so busy...huhuhu


4 comments:

  1. tq share sis lin =)
    esok dah..

    ReplyDelete
  2. haritu tak solat sunat raya sebab tak boleh. so, duduk dalma kereta jaga anak buah haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kadang seronok Solat ramai-ramai gitu kan @Sayidah, setahun sekali..

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com