Tuesday, June 12, 2018

PAKEJ PHOTOSHOOT RAYA MURAH DI THE EMPIRE STUDIO JOHOR

PAKEJ PHOTOSHOOT RAYA MURAH DI THE EMPIRE STUDIO JOHOR | Salam pagi Selasa buat semua. Apa khabar? Moga semuanya baik-baik aja ya. Harini baru sempat Sis nak menulis dan update di sini. Semalam hari yang bizi sokmo. Dari pagi sampai ke malam, dah macam menteri pasola hahahaha.Pagi ni ada kelapangan sikit sebelum mula nak mengemas, jadi Sis nak kongsikan sikit pengalaman Sis pergi photoshoot di Studio Empire bersama Geng #JDTblogger. Seronok rupanya ye kalau bergambar di studio ni, tak sama dengan kita bergambar sendiri, ianya adalah satu kepuasan bila kau nampak hasilnya. 

Kalau biasa kau orang amik gambar sendiri tu, mesti ada je tak betulnya kan, mesti nak kena edit bagai, tapi kalau korang amik kat studio ni, tak payah dah buat apa-apa, gambar cantik terus. Berbaloi hasil kerjanya. Memanglah berbayar, tapi kan ada pilihan, pakej kan ada, nak yang mahal ke nak yang murah ke, terpulang. Ikut kemampuan dan ikut berapa lama jam yang kau orang sanggup duduk posing depan kamera tu hehehe. Macam Sis kelmarin pun rasa dah letih beno, letih nak senyum hahaha. Pastu kaku pulak tu, ye lah tak biasa bergambar depan kamera ko, bukannya retis. Kalau retis tu, lain le, berejam-rejam hahaha. 

Studio yang Sis amik photoshoot ni lebih kepada untuk orang Johor dan luar Johor yang berdekatan sewaktu dengannya.. Sebabnya terletak di Bandar Baru Uda,Johor. (Nak senang tuju, ianya di kawasan area Mydin sana). Dan pakej yang di tawarkan paling murah pun baru rm130. Ok la kan, raya pertama lagi, ada ke yang nak berkerja hari raya? Haa tapi Empire Studio ni di buka khas pada hari raya pertama hingga raya keempat untuk korang bergambar dengan family untuk di jadikan kenangan hari raya. 


Tengoklah aksi kami semua beraksi. Meriah riuh dan happening betul. Itu pun baru berapa ketul je, kalau cukup semua ada, ntah macam manalah gamaknya. Kalau jenis korang badan kaku ke, jangan risau, jurukamera profeisonal tu pandai mengajar korang cara gaya macam mana nak posing, jadi korang taklah berapa kekok. Sis pun awalnya pun kekok, lagi pulak sengsorang, mau tak kaku. Sepatutnya Sis datang satu family, tapi Suami kena kerja luar, anak pulak sorang kena kerja, jadi dari tak cukup semua, baik tak payah, biar omaknya aje yang posing hahahaha. 


Cantik tak? Cantikkan, hehehe . Gambarnya perfect! Puashati. Korang tak payah nak edit-edit bagai, upload terus. Lagi kalau dapat bergambar bersama family, adik beradik, atuk nenek, mestilah cantik gambarnya. Terus dah boleh print kasi frame.  Sis puashati sangat! .


Datang sorang, takde sapa nak jadikan partner, jadi pinjamlah si anak angkat ni sekejap hahaha. Omaknya tengah hijau kat belakang, jadi kita culik anaknya kasi gambar dengan aunty cantik ni kejap hahahaha. *muntah ijo si Uyul kalau baca hahaha. 
Baju Sis pakai ni baju raya kedua, konon nak pakai baju raya pertama, sekali macam over je ko hahaha, ala-ala Ziana Zing kang .. hahaha. :p


Paling suka view backdrop yang ni, rasa macam kat negeri omputih. Kan kann. Gambo tuan tanah tu jangan le komen, nampak kaku je, macam batang kayu hahaha. Sis orangnya is segan okay hahaha. Pestime amik gambar studio, tapi seronok dan best! Sis duk bayangkan kalau anak-anak ada sekali, kompom laa meriah hahaha.


Jadi korang apalagi, cepat-cepat booking lock untuk hari apa dan bila korang nak buat photoshoot. Apalah salahnya kan setahun sekali, abadikan gambar bersama keluarga untuk koleksi peribadi. Sis sendiri rasa teruja dan dah pun booking untuk hari raya nanti bersama family hehehe. 
Jomm le kita sesama ya., Haa meh kita iklan sikit ya ..


BERITA BAIK BUAT WARGA JOHOR BAHRU .
.

JOM meriahkan lagi suasana RAYA tahun ini dengan gambar WHITE STUDIO RAYA di @theempirestudio .
.

Pastikan RAYA kali ini korang ada gambar yang CANTIK & GOJES untuk di upload di FB/Instagram .
Studio di buka khas pada Hari Raya pertama hingga Raya keempat . 
Tersedia dalam pakej harga yang menarik . 
Berminat? Lock booking korang sekarang ! .
Whatsapp no dibawah utk details .

Beralamat di :
58-02, Jln Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
Di buka dari jam 8am hingga 10pm . 

whatsapps
http://www.wasap.my/+60137008889

Follow IG @theempirestudio .
Facebook Pages /theempirestudio


Terima kasih Empire Studio :)






P/S Kalau Sis dan family memang payah nak bergambar bersama, mesti ada je tak cukup, insyaAllah tahun ni pastikan bergambar keluarga bersama hehehe ..


4 comments:

  1. hamboiiii fefeeling negeri omputih kata dia..hahaha btw gambo cun lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnzzz...Kakak ko syok sendiri ko @Hernee hahahaha

      Delete
  2. cantik-cantik gambo dari the empire studio ni kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @IbuDilah kann, semua cantik-cantik, tak payah dah nak edit bagai dah ..

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com