Wednesday, June 13, 2018

PEPES IKAN DAN PEPES AYAM

PEPES IKAN DAN PEPES AYAM | Salam pagi Rabu buat semua. Sihat ke? Lagi tinggal dua hari je lagi kita nak sambut Syawal ni, dah siap semua ke persiapan? Kalau Sis masih lagi dalam proses mengemas. Kena pulak, Suami dan anak-anak semua tak sihat, jadi hati ini tak sedap rasa melihat semuanya sakit. Bukan takde mood raya tapi jadi macam fikiran ni stress fikir kesihatan Suami dan anak-anak, takut jadi melarat. Harap-harap cepatlah sihat sepenuhnya semua. Demam raya pulakkan. huhuhu. 

Untuk harini Sis saje nak kongsikan kepada korang menu frozen yang Sis paling banyak beli masa bulan puasa iaitu Pepes. Korang tau ke apa tu pepes? Pepes atau pais ni datangnya dari makanan Jawa Barat. Orang Indonesia di sana memang inilah menu makanan mereka. Ada yang di buat dari ikan, ayam, dan ada juga kadang dari sayuran. Bahannya di bungkus dengan daun pisang dan di ikat dengan lidi. Kalau yang Sis beli ni, yang jenis pepes mini, comel-comel aje, senang sekali makan aje. Kalau biasa yang jual tu yang besar tu, itu botok-botok, yang tu lain ya tak sama, yang ini pepes. 


Kebetulan dalam kawasan taman rumah Sis ni, ada yang menjualnya. Jadi Sis memang rajinlah membeli. Simpan dalam peti ais, nak makan baru bakar. Memang sedap.Kalau yang frozen ni belum betul masak, korang masih kena bakarnya untuk masakkannya. Jangan main makan je, hahaha. 


Aishh terliur pulak nengoknya. Sis biasa beli pepes ayam dan ikan. Dua-duanya sedap. Sangat terasa dia punya bahan rempah dalam pepes tu. Sekotak tu ada 50, harga rm23. Sis pun tak tau la ye samaada dia memang jual atau memang open order khas dalam taman ni. Nanti Sis tanyakan dan Sis akan update balik kat sini ya. 


Inilah dia yang telah siap bakar. Sis bakar dia dalam Air Fryer hehehe. Senang, malas nak melayan bakar atas api tu. hehehe. Pun masak juga dan sedap! Kalau korang ada air fryer tu, haa masakkannya, suhu 180, bakar 15minit hehehe. Kompom masak hehehe. Aisssshh sedapnyaa lahaiii..
Bulan puasa je rasanya dah 2 kotak beli. Tiap malam tiap kali tengok tv memalam, Suami dan anak-anak minta pepes, Omak bako le kejap hehehe. Tak sia-sia beli air fryer kat GoShop hahahaha. 

Kalau warga Johor, korang boleh je bukak page group FB JB Food Delivery tu, ada juga Sis nampak orang jual pepes ni, siap delivery lagi depan rumah. Cubalah nengok. Simpan buat tetamu raya nanti pun boleh ek hehehe.  Meh datang rumah, Ss hidangkan korang pepes hehehe. 







P/S: Tengok rumah, tak tau nak kemas apanya, sebab tak raya pun rumah memang dah kemas macamtu ermmm..Kena beli bunga baru ni gamaknya..hahahah


7 comments:

  1. anak=anak kita hantu pepes n otak-otak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa dengan anak-anak dan Suami Sis @Hernee

      Delete
  2. Sbelum masuk air fryer tu nak kena defrost dulu atau bleh terus masuk Lin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah Kak @SeriKandi, dari sejuk beku masuk terus je dalam air fryer tu hehehe

      Delete
  3. tak pernah pula makan pepes ikan.biasa makan pepes ayam & otak-otak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah @Mar, sedap sangat! JB Fodd Delivery ada jual..

      Delete
  4. salam..
    hi sis lin..
    yaya singgh n follow sini.. (1539)

    salam ramadhan dan syawal ye ^_^

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi .
Komen Anda Amat Sis Hargai .

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Thank You again..