SAMBAL TUMIS SOTONG RENCAH BILIS

6/09/2018 01:32:00 PM

SAMBAL TUMIS SOTONG RENCAH BILIS | Kenapa Sis kata rencah bilis? Sebabnya masa Sis blender lada kering tu, Sis masukkan segenggam ikan bilis. Jadikan sebagai bahan perasa dalam sambal tu. Memang rasa dia lain dari sambal tumis biasa, tapi lebih sedap dan kering sedikit sambalnya. Rencah macam ni biasanya Sis masak time masak menu hari raya, bila masak sambal udang, sotong atau ayam, Sis akan letak ikan bilis dalam bahannya, biar ada lain sedikit kelainan rasa sambalnya dari hari biasa. Cuma haritu Suami beli sotong dari Kuantan kemain besar, jadi Sis masakkan sambalnya macam Sis masak hari raya. 
Suami dan anak-anak kemain sukalah, sebab memang sedap rasanya, jadi puas makan. 

Tapi tak tahulah kalau memang korang ada buat macam ni kalau masak sambal tumis. Sebab setahu Sis kalau masak sambal tumis biasa tu memang Sis tak letak apa-apa, cuma blender lada kering dan bawang putih juga belacan aja. Bawang pun tak letak, bawang besar saja di hiris dan tumis dahulu sebelum tumis bahan lada yang dah blender tu. Tu memang cara Sis masak sambal. Yelah lain orang lain caranyakan, air tangan memasing hehehe. 


Cara Sis, korang gunting lada kering kemudian di rendam/direbus sehingga kembang, kemudian tapis dan keringkan. Setelah itu blender lada kering, bawang putih dan juga belacan. Masukkan segenggam ikan blis, masukkan air dan blender hingga lumat. Sediakan bawang besar yang telah di hiris. Panaskan kuali, dan tumis bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan belnder tadi dan tumis hingga garing. 


Bila dah garing pecah minyak, korang masukkan air, dan tumis lagi, bila dah kering, masukkan air lagi dan tumis lagi, buatlah berapa kali pun korang nak, lagi lama lagi sedap. Setelah itu, barulah masukkan segala bahan perasa, garam, dan juga gula, dan masukkan air asam sedikit, jangan banyak sangat, nanti sotong akan keluarkan airnya. Agak-agak buat rasa aje. Kemudian masukkan sotong, gaul-gaul dan biarkan masak. Ingat, sotong jangan masak lama sangat, nanti jadi liat. 


Bila sotong dah masak dan mengecut, tutup api dan bolehlah di hidangkan. Aroma dia bikin hidung kembang kempis jadinya hehehe. Tapi rasanya tetap ada kelainan, sebab ada ikan bilis dalamnya. Korang cubalah kalau tak caya, kalau kat rumah ni, kata nak masak sambal aje, memasing dah cakaplah nak yang sambal macamni. Kalau masak time raya, lagi laris masakannya hehehe. Bahan-bahan tu semua, korang agak-agaklah untuk korang masak ye, cuma korang letak ikan bilis, tu je. 
Okay, selamat mencuba. Nak taip lelama nengok sambal, jadi kecur hahahaha. 







P/S: Harini masak apa? Harini dapur Sis OFF hehehe..


You Might Also Like

10 Orang Komen

  1. Menyelerakan sungguh sambal sotong sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cubalah buat, blender gan ikan bilis @SitiRohaida hehehe sedap sangat..

      Delete
  2. sedapnyaaaa. as long as sotong segar, ray bleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ye ke @Raydah? Ada alergik ke macam mana?

      Delete
  3. aboi sambal sotong dia kan.meriah. saya pun letak bilis sikit bila buat sambal tumis.tip ni saya dah guna 5 tahun lepas dapat dari kawan saya yang pernah kerja di kedai makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis memang tau dan selalu buat, tapi biasa masak mcm ni time menu raya aje, jadi kelainan sikit rasa, cuma baru ni je nak share kat Blog @Mar..rupa ramai yang biasa buat ye..

      Delete
  4. amboi..menggoda sungghuh sotong dalam mangkuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sotong segar dari Kuantan katanya @Julia hehehe

      Delete
  5. Astagfirullah. Berdosa kakk! hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii dah basi dah jadi uk uk dah oiii @Uyul hahahaha

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.