Thursday, June 07, 2018

SPAGETI CABONARA MEATBALL SEMUDAH 123

SPAGETI CABONARA MEATBALL SEMUDAH 123 | Salam semua. Dah sarapan? Eh! opss lupa puasa hehehe. Alaa saja je ngetest soalan, mana le tau ada plak yang menjawab, 'dah' hahahaha. Memang sesuatu laa kan. Tapi kalau orang perempuan ada excuse lagi, kalau lelaki ermm keuzuran juga barangkali hehehe. Apa-apa pun jangan lupa ganti puasa tu ya. Bayar fidiahnya sekali. 

Okay, jom tengok apa cerita Sis ko harini. Untuk yang suka makan western-western ni, harini Sis nak share resepi spageti cabonara meatball resepi versi style Sis sendiri. Senang cepat dan mudah nak buatnya. Tumis-tumis, tuang-tuang, siap! Bulan puasa ni kadang hari-hari makan nasi jemu jugakan, bukanlah tak bersyukur dengan apa yang ada, tapi sesekali tukar selera. Menu simple je, tapi kenyang sampai ke Sahur hehehe. Yang nak cuba, boleh la, tapi kalau tak sedap, tu air tangan korang tau, bukan salah resepi hehehe.


Sis lupa nak tangkap gambar botol cabonara dan juga pek meatball tu. 
Tapi korang mesti taulah kan, mesti dah biasa guna sos cabonara yang kimball tu. Haa beli yang perasa cendawan. 
Untuk tambahan, Sis guna Cendawan yang shitake tu ha, korang rendam dulu pastu hiris-hiris. Bawang putih, bawang besar semua hiris dan cincang. 
Meatball pun ikut suka koranglah nak berapa banyak. Sis beli paket kecik dan masuk semua. Sos pun Sis beli botol besar dan tuang semua. Maklum le makan bereempat tapi macam makan lapan orang punya tekak hahaha. Anak-anak suka. Makan bertambah-tambah.


Lepas dah tumis meatball, cendawan dan bawang-bawang semua. Korang letak laa garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan kacau sekejap. Lain-lain serbuk Sis tak letak, sebab anak-anak tak suka rasanya. Lepas tu, tuang sos cabonara tu, gaul-gaulkannya. Botol sos tadi tu korang letak air sikit, dan curah dalam sos tadi, kasi kuahnya jangan pekat sangat. Anak-anak Sis tak suka pekat sangat. 


Dah mendidih aje, tutup api angkat, hidang, siap!
Senang je kan. Makanlah dengan spageti atau pasta. Ikut suka koranglah nak makan dengan apa dan tambah apa. hehehe.
Semangkuk ni kami makan sekali jalan aje masa berbuka. Anak-anak makan memang bertambah. Sangat suka kalau jenis pasta macam ni. Kalau Sis dan Suami kurang sikit. Tapi tekak anak, kita layankan aje. Janji kenyang sudah. 

Harini korang masak apa? Share le sikit. 






P/S: Yehaaa, hari ini anak yang sulung balik bercuti sekali cut sem. Meriahlah rumah. Paling suka si Ayahnya, sebab seronok tak sabar nak bawa anak-anak makan sesama berbuka puasa. Alhamdulilah...


8 comments:

  1. Akak ngan Iman sama tekak ngan anak2 Lin, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, suka western kann Kak @SeriKandi..

      Delete
  2. Replies
    1. Iyee, senang cepat dan mudah aje Kak @Normi hehehe

      Delete
  3. assalamualaikum lin...kalau anak2 dah minta mmg kena juga buatkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull, betul Maa, kalau anak minta, nak taknak kena le buat..

      Delete
  4. paling suka dengan carbonara ni,tapi husband kita pulak tak minat...so tak boleh nak berbuka dengan spaghetti ni...huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe redha aje lee @SitiRohaida hehehe

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com