Tuesday, July 31, 2018

HOME SWEET HOME

HOME SWEET HOME | Alhamdulilah setelah 3 hari lari tinggalkan rumah, akhirnya selamat sampai juga ke rumah sendiri. Bukan kemana pun, hanya ikut Suami ke Paka, Dungun sana. Suami kalau dah mengajak, jangan menolak, kita follow aje, sambil kita tengok-tengok tempat orang, dan makan durian hahahaha tak gitu. Kebetulan Suami ada kerja kat sana, jadi bila dia balik ke Johor, memang Suami akan ajak ikut bersama dia.
Yang bestnya, Sis paling suka ikut, sebab dapat jadi drivernya hehehe. Yee Sis suka drive, tak kisah kemana pun, memang suka sangat bawak kereta dari duduk sebelah drebar. Duduk sebelah tu penat tau badan, baiklah Sis bawak, lagi seronok. Sambil tu dapat juga Suami rehat dan tidur, bila dia tidur, bolehlah Sis drift hahaha syyhhhhh.

Kena pulak Sis ni jenis tahan mengantuk, sejauh mana pun, Sis boleh bawak, bukan cakap riak takbur, tapi ada juga menguap, cuma belum tahap terbabas ke tahap tertutup mata ke, setakat ni alhamdulilah. Minta juga di jauhkan.
Haa korang! nanti Sis ceritakan pengalaman Sis bawa kereta dari Paka ke Johor jam 3am dalam suasana sunyi gelap gulita hinggakan Sis terjumpaaaa..tettttttt..masa tu hantar Suami balik ke sana, emergency tertinggal flight. Nantilah Sis cerita ya, nak taip memalam ni pun seram oiii..

Okaylah, Sis nak masuk tidur dulu, esok sambung blog walking lagi dan komen, Sis nak baca buku kejap, lepas tu nak tidur. Esok nak masak menu ngidam anak tekak sendiri (ada Sis post kat FB menunya) heheheh. Dah telan-telan ayaq liur ni masa bacanya tau hahahaha. 
Okay jom tidur ya. Jangan lupa baca doa tidur, cuci kaki, amik wuduk dan minum segelas air suam ya.\


Moga mimpi yang indah semua..
Good night.
Assalamualaikum..






P/S: Sambil menaip dah terbayang asam pedas hahahaha dah macam orang balik dari oversea pulak hahaha. 


10 comments:

  1. Replies
    1. Tu laa Kak @Seri, lomah semangat den huhuhu

      Delete
  2. boleh la jadi driver saya lepas ni tpai takde gaji. sis ui cantiknya tu HOME SWEET HOME tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha engko nak kemana aje @Mar oii sampai nak pasang drebar hahahaha

      Delete
  3. sama la sis.. dilah pun suka sangat drive.. lagi2 jalan jauh.. pastu bawak laju.. haha.. tapi skrg ni agak terbatas nak drive jauh2 sbb ada baby kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Dilah, Sis plaing jauh drive, dari Jb - LUmut balik hari, tanpa tukar ganti Dilah hehehe bawa Suami gi meeting ..

      Delete
  4. ain dulu masa belajar kat kedah lah gila drive.sekarang dh full kat jb, suh abang je lah drive.hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ko ada abang @Farahain, kalau Sis pun, tp memang Sis dr dulu sampai skrg, memang giler drive and drift hahahaha

      Delete
  5. kat sana tak jual asam pedas ek...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adaaa @Rohaida hahaha yang banyak, nasi dagang, nasi kerabu hahahaha

      Delete

Penafian :
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita Saya, family Saya, kawan Saya dan juga resepi masakan Saya. Dan juga ada sesetengah entry tu Saya C&P dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Saya izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Saya disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988..
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com