KUEY TEOW GORENG UDANG BANJIR

7/24/2018 06:03:00 PM

KUEY TEOW GORENG UDANG BANJIR | Korang kalau sebetulnya panggil apa? Mee tiaw ke kuey teow ke? Kalau Sis lebih kepada panggil mee tiaw, jarang panggil kuey teow, korang pulak? Rata-rata Sis dengar memang ramai panggil kuey teow dari mee tiaw, kan? Ntah laa tak kisahlah apa, kanji ada tiaw tiaw tu sudahlah hahaha.

Sebenarnya menu ni macam menu bidan terjun je, singgah ke kedai nampak udang besar, sekilo rm40, Sis beli 10 ekor je cukuplah untuk Sis dan anak Sis,Yana tu. Makan pun berdua je, kadang tak masak pun, makan apa ada je, selalunya kawan belanja hahahaha. Sekali ngeteh dan perhati 'orang' hahaha. 

Jadi petang tu terjadilah menu Sis kuey teow goreng udang banjir. Masak campak-campak je, senang dan mudah, jangan buatkan dia susah, janji masak kenyang dah. Betul tak. Kalau rajin kenyang, kalau malas, lapar le ko. hehehe


Mengancam tak? Sorilah Sis ni kalau masuk gambar makan ke menu masak kat rumah, memang suka masuk amik gambar dalam kuali, kalau nak posng dalam pinggan ke mangkuk ke, macam tak reti nak amik gambar, kalau dalam kuali ke periuk ke, elok je gambar tu, hahaha takpe, janji korang tau, memang Sis masak ye, bukan beli kat kedai hahaha. 

Tengok udang tu, penuh sekuali, kan dah kata, udang banjir, jadi memang udang nampak lebih dari kuey teownya hehehe. Penuh sekuali, puas makan. Udangnya memang besar-besar. Anak Sis,Yana tu memang suka makan udang, jadi bila siap aje masak, terus hantar ke tempat kerjanya, kesian lak nak tunggu dia balik malam baru nak makan, jadi Sis hantar, boleh dia makan panas-panas. 

Okay meh Sis kongsikan resepi yang senang mudah je ni ye. Boleh cuba kalau nak. 

Bahan:
1 kg kuey teow - lerai dan kiraikannya
10 ekor udang harimau - bersihkan
12 biji fishball - di belah dua
2 batang sayur sawi - potong - pisahkan batang dengan daun
Taugeh semangkuk
Lada kering kisar - ikut kepedasan masing-masing
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap lemak manis 
3 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Bahan blender:
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Caranya: 
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blender hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering dan tumis garing.
3. Masukkan sotong dan fishball dan tumis kesemua bahan di atas hingga masak.
4. Tambahkan batang sawi dan Kacau seketika.
5. Masukkan kuey teow bersama daun sawi dan taugeh.
6. Perasakan dengan sos tiram, kicap lemak manis, sos tomato, sos cili, garam dan serbuk perasa
7. Kacau rata dan hidangkan .

Senangkan..Selamat mencuba.,






P/S: Teringin nak masak asam pedas ayam ni, sedapnya letak bendi banyak-banyak..ermmm


12 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulilah Allah bagi sedap Kak @Normi..

      Delete
  2. Kita tunggulah kemunculan asam pedas ayamnya tu pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tungguu, sebab harini tak masak Kak @Seri hahaha, tunggu mood sampai, tapi dah teringin beno dah ni...

      Delete
  3. sedap gila nampak udang banyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, masak sendiri puashati kan @Raydah.

      Delete
  4. saya suka kuew tiaw goreng. kalau ada kerang pun sedap.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kerang @Mar, ini kali tukar kepada udang pulak hehehehe

      Delete
  5. Sedapnya sis.. dah lama x makan kueh teow goreng cam ni..

    ReplyDelete
  6. gerammm betull nengok udang diaaa tuuu..uikksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti mai rumah, Sis masakkan untuk @Farahain ya...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com