PENDAFTARAN ANAK MASUK KE POLITEKNIK MERSING JOHOR

7/03/2018 08:31:00 AM

PENDAFTARAN ANAK MASUK KE POLITEKNIK MERSING JOHOR| Alhamdulilah syukur kepada Allah, anak bujang Sis yang bongsu terpilih dapat masuk ke Politeknik Mersing Johor (PMJ). Inilah rezeki dia dapat masuk tempat belajar yang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam jurusan yang dia sendiri minat. Selepas SPM tu, Sis memang dah tanya dengannya, nak mohon mana dan nak belajar jurusan apa, sebabnya kena fikir dan pilih yang betul, tak nak nanti dah dapat tapi dalam jurusan yang dia tak minat, jadi dah rugikan di situ. 
Jadinya kena fikir masak-masak dulu apa yang nak dan apa yang taknak. 
Berbanding dua orang lagi anak Sis, dua-dua sambung belajar di Universiti Swasta (IPTS). So ikut suka apalah nak mohon. Sedia duit aja hehehe. Sorang di Management Science Universiti (MSU), sekarang masih di sana, dah masuk degree sem akhir, dalam jurusan Lab (Saintis) dan sorang lagi di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) jurusan akauntan tapi hanya setakat habis diploma aja di situ, dan sekarang dah bekerja di Proton, siapa-siapa nak beli kereta bolehlah jumpa anak Sis, di Proton Taman Bukit Dahlia, Yana namanya hehehe. *Terpromot plak :p

Dua-dua anak perempuan Sis tu, memasing sendiri yang mohon dan pilih. Sis tak memaksa dan larang apa yang mereka minat dan tak minat. kalau dia boleh buat, kita sokong. Kita hanya boleh bagi nasihat dan pandangan sahaja sebagai Emak atau Ayahnya. Jangan nanti menyesal kemudian hari. Tapi alhamdulilah, dua-duanya pandai bawa diri. Berlainan dengan anak bujang sorang ni, masa mohon UPU tu, semua urusan dan segala permohonan Sis yang buat. Dia hanya bagitau apa yang dia nak dan jurusan apa yang dia nak belajar. Jadi Sis yang urus dan mohonkan.


Proses permulaan nak memohon tu semuanya korang kena mula dari permohonan UPU. Baca dan isi betul-betul (e-panduan) mengikut keputusan SPM, mana yang layak dan tidak layak untuk memohon. Bukan main isi yang kita suka aje. Dalam masa yang sama, selang beberapa bulan, keputusan untuk kemasukkan dalam Tingkatan 6 juga akan keluar, anak bujang Sis dapat Tingkatan 6 tu juga, dapat sambung di sekolah lamanya, Sekolah Aminuddin Baki. Tapi dalam jurusan Sains Sosial. Jadinya anak bujang Sis menolak tawaran tu, tunggu tawaran keputusan UPU keluar. 

Bila keputusan UPU dah keluar, pada mulanya sedih juga, check melaui SMS anak Sis tidak terpilih untuk tawaran ke mana-mana uitm, okay takpe takde rezki. Jadi Sis bukaklah laman web melalui komputer dan check kemasukkan Politeknik, alhamdulilah anak Sis terpilih dan dapat pula dalam jurusan yang dia minat. Dan bermulalah fokus kepada segala urusan dan syarat-syarat yang mesti Sis uruskan untuknya. Walaupun dalam mood nak beraya masa tu tapi tetap uruskan satu persatu hal si bujang tu. 
Setelah baca syarat, dan semua borang pendaftaran dah di muat naik dari laman webnya, maka satu persatu urusan yang mesti di selesaikan sebelum hari pendaftaran, termasuk pembayaran yuran/asrama (Kamsis), medical checkup kesihatan juga barang-barang keperluannya, 
Alhamdulilah Allah permudahkan semuanya. 


Pada 24/6/2018 hari bermulalah pendaftaran anak bujang Sis ke PMJ. Seawal jam 7am Sis, Suami dan anak bujang dah gerak ke Mersing. Hati seorang Emak sudah mula sayu hiba dan sedih, mananya tak, nak berpisah dengan anak huhuhu. Ayahnya rilek jer. Setibanya di PMJ, waaa besarnya Politekniknya. Kawasannya luas. Dan tak juah dari bandar Mersing. 
Pagi tu dah ramai juga yang sampai dan beratur. Sukarelawan PMJ pun ramai bertugas bagi arahan supaya Ibu Bapa senang nak tuju mana dan kemana nak daftar, jadi memudahkan ibu bapa semua. 

Masa pendaftaran, semua pelajar di kehendaki memakai kemeja lengan panjang, bertali leher, berkasut (tutup) dan kemas. (Sebab tu le nampak encem je anak Mak tu,hehehe)
Oh ya tentang bayaran ye? Yer tidak semahal yang anak Sis berdua tu. Kita hanya bayar apa yang di minta dan tertulis dalam syarat dalam borang tawaran tu sahaja. 

Yuran Pelbagai - rm600
Yuran asrama/kamsis - rm360 (kalau tak duduk asrama, hanya perlu bayar rm200 sahaja)
Yuran Pengajian rm200 (setiap sem).

*Sis bayar guna cash machine di Bank Islam, sangat mudah.
*Semua ni korang kena settlekan sebelum hari pendaftran, dan sila print/potokopi semua resit-resit pembayaran untuk urusan pendaftran .
Ye itu aje yang perlu di bayar sebelum hari pendaftran. Murahkan, jadi tak perlulah rasanya Sis nak mohon PTPTN untuk si bujang ni. Lain-lain pembayaran nanti, akan di beritahu kemudian, macam pembelian buku ke, tu semua tungu dah naik dan masuk kelas, ikutlah jurusan masing-masing. 


Waktu pendaftaran tu pun, semua urusan anak-anak yang buat, ibu bapa hanya tunggu sahaja. Jadinya pastikan semua borang dan segala maklmumat yang diperlukan korang semak dan isi dengan lengkap, jadi tidaklah kelam kabut nanti. 
Lupa nak bagitau, anak bujang Sis belajar di sini dalam Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dalam program Diploma Teknologi Maklumat (DDT), ada yang sama ke? Untuk sem pertama ni, anak bujang duduklah di asrama, sini panggil (Kamsis). Yang bestnya masa nak masuk dalam asramanya, tak sangka pulak anak bujang Sis dapat tingkat yang paling bawah sekali, jadinya tak payah lah bersusah payah dia nak angkat barang atau berjalan naik tangga (3 tingkat). lokasi biliknya pun sangat okay, sebab berdepan dengan tempat jemuran kain (ampai), jadi senanglah nak menyidai kain baju. Toilet dan bilik mandi juga dekat, ruang gosok dan dapur juga dekat, jadi memang senanglah keadaannya dia di sana, 
Emak pun lega sikit hati. 


Masa Sis sampai biliknya, tiada lagi siapa masuk, kira kami orang pertama masuk. Katilnya pula sudah di berikan nombor ABCD, jadi kena ikut yang di beri. Bukan sesukahati. Anak Sis katil D dapat yang tepi tingkap, jadi okaylah juga. Dalam tu di sediakan 4 katil bujang (jadi 4 orang sebilik), almari baju (seperti dalam gambar tu) dan juga sebelah tngkap ada 4 meja tulis. Semua lengkap, plug charge 2. Boleh bawa extension tapi atas faktor keselamatan, tidak digalakkan, kalau bawa juga, kenalah bagitau dengan pihak Politeknik. 
Sis sarankan sila bawa kain buruk dan juga bawa penyapu, kalau bagus, bawa mop sekali, sebab yelah, bilik lama tinggal kosongkan, jadi agak berdebu, berhabuk, dan banyak le taik cicak, sendiri kena bersihkanlah hehehe. 

Selepas dah selesai urusan mengemas biliknya tu, dalam jam 10.30am, semua ibu bapa kena ke dewan, taklimat dari pangarah PMJ. Masa taklimat tu dengar betul-betul, fokus, di situ akan di terangkan semua syarat dan peraturan untuk ibu bapa. Termasuk waktu lawatan. waktu cuti, sakit, makan minum dan urusan bank nak hantar duit (tranfer) ke anak, korang kena dengar baik-baik, jangan nanti esok-esok, salahkan PMJ pulak, padahal mereka dah terangkan semuanya, fokus mendengar aje. 


Tu laa bilik anak bujang tu, tingkat bawah aje, senangkan, depan bilik tempat sidai kain, matahari pun sedang elok le naik pagi dan tengah hari hehehe.
Di dalam PMJ ni tersedia dalam 5 buah cafe katanya, tapi atas masaalah teknikal, pada masa pendaftaran tu semua cafenya tutup (kalau tak boleh melihat keadaan cafenya), jadi pihak PMJ memberi kebenaran untuk bawa anak keluar makan di luar tapi kena pulang semuala ke PMJ sebelum jam 2pm, sebabnya dalam jam 2,30pm, anak-anak pula kena berkumpul di dewan untuk talimat pelajar baru oleh pengarah PMJ. 
Kalau cafe buka, tak payah makan kat luar, makan kat dalam PMJ aje.
Maka selepas makan, solat Zuhur di Pusat Islam dalam PMJ tu, di situlah saat perpisahan dengan si bujang Sis. Tahan juga airmata ni nak jatuh, sebab Sis tau anak bujang tu pun sedih nak tinggalkan Emaknya, hari-hari kami berdua, ke sana sini dengannya, mestilah terasa hati nak berpisah, jadi taknak tunjuk sangat, Sis bertahanlah tidak menangis.
Tapi bila Sis ucap 'selamat tinggal dan jaga diri' dan dengan ucapan balas 'terima kasih Mak' dari si anak bujang sewaktu salam, dia punya airmata tak boleh tahan dah, gugur juga akhirnya huhuhuhu.. 


Hati siapa yang tidak sedih bila berpisah dengan anak, baik si Emak, atau si Ayah, cuma Ayah ni biasa tak tunjuk, tapi dalam hati mesti banyak doakan untuk si anak. betul tak ? ..
18tahun kita yang urus dia, tak pernah duduk asrama, tiba masa kenalah berdikari, walaupun seorang lelaki. 
InsyaAllah Emak selalu mendoakan Amat. Dan ALLAH sentiasa ADA untuk menjaga anak Emak semua. 

Update terkini: Sabtu lepas pergi melawatnya di PMJ, alhamdulilah tak banyak merungut dan semuanya okay kata Amat. Alhamdulilah. Lega dan senang hati Emak. Hari-hari pun wahtsapp bagitau segala aktiviti dia. Makan pun okay, best cafe dia kata Amat hehehe. 
Mudah-mudahan bertambah serasilah di sana. Kawan pun dah ada tu. Pesan Emak satu je. Hati-hati memilih kawan ya..tu aja. sendiri mau ingat.. 








P/S: Peneman Emak tatkala bosan sekarang adalah BLOG ..huhuhuhu..



You Might Also Like

18 Orang Komen

  1. alahai amat dah sambung belajar ye..belajar rajin2 ye amat..btw, cantiknya gambar awan tuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Julia, awan yang membawa pulang hati seorang ibu yang sayu pilu huhuhu

      Delete
  2. poli mersing kira baru jugak...btw Del pun alumni poli jugakk..hahaha tahniah buat anak sis lin :)
    www.cakapsinilah.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Del..rezeki dia dapat masuk sana, dekat pun dekat, selagi dalam Johor hehehe

      Delete
  3. amat dah jauh dari mak dia...takdelah geng gaduh mak dia kan...by the way.untuk masa depan anak² kita kan sis,kenalah tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee @SitiRohaida, ku lepaskan juga demi masa depannya..huhuhu

      Delete
  4. teringat ibu ain masa mghantar ain ke matrik dgn u .dia punya nangis.hahhaha..dhla ain anak sorg ppuan. hari2 dia call ain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Farahain, Emaklah yang emo lebih sikit heheheh

      Delete
  5. Boleh bayang kesayuan tu. Demi untuk pelajaran, kena berjauhan. Semoga berjaya buat anakanda sis lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...Terima kasih @Siti .. :(

      Delete
  6. mak jangan sedih2 tau..rasa sedih je update blog hehehe..nanti blh selalu gi mersing.. short vacation every week hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyoolah ek, sambil selam minum ayaq kann @hernee hahahaa

      Delete
  7. Replies
    1. Ye Kak @Seri, realiti bukan drama huhuhu

      Delete
  8. Jatuh air mata sampai terlupa nak komen.. Suka entry ni sbb penjelasan yg sejelasnya dari Lin, kiranya lps ni dah tau dah urusannya di Politeknik mcm mn kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau tak faham tanya aje, sikit banyak Lin bole bagi tau apa yang Lin dah buat Kak @seri ..

      Delete

Penafian .
Blog ini adalah blog peribadi, hanya cerita/aktiviti harian Sis bersama family, kawan-kawan juga resepi masakan Sis sendiri. Dan juga ada sesetengah penulisan tu Sis Copy dan Paste dari carian Google juga blog kawan-kawan.
Semua penulisan di dalam blog ini, TIADA kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.

Sis izinkan jika ada yang ingin copy dan share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, Awas! TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Komen anda, tanggungjawab anda.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com
Terima kasih atas kerjasama anda.