RAINBOW KUMI JUARA SDS #LONGLOAFCHALLENGE 2018

7/04/2018 08:17:00 AM

RAINBOW KUMI JUARA SDS #LONGLOAFCHALLENGE 2018 | Agak korangkan, kalau korang lapar sangat, boleh tak korang makan roti ala-ala macam roti john gitu yang sepenjang 48inches dalam masa 48minit? Boleh? Mesti senak perutkan? Silap-silap termuntah terbahak kat situ. Tapi ini perempuan, Rainbow Kumi perghh kalau korang tengok dia punya makan, dasyat! Dia menjadi juara makan roti tu sepanjang 56inches selama 48minit. Ko bayangkan, hebat tak hebat. Orangnya kurus sekeping, tapi kalau makan, kus semangat, sampai dah habis masa makan pun, dia boleh duduk makan lagi. Dah macam bela saka hahahaha. 


Ahad lepas bertempat di Paradigm Mall Johor, telah berlangsung pertandingan makan roti anjuran SDS sepanjang 48inches dalam masa 48minit. Dan inilah dia barisan finalis yang telah berjaya masuk hingga ke pertandingan akhir. Kalau korang ikuti sepanjang pertandingan ni dari awal hingga akhir, korang dah dapat agak dah siapa yang boleh menang, tentunya Rainbow Kumi tu, satu-satunya peserta wanita dalam ni. Dan tekaan tepat sekali, memang dia yang menang hehehe.


Sekali tengok memang sedap, lagi-lagi kalau laparkan, tapi kalau dah sampai 48inches kena habiskan dalam masa 48minit, aje semput nyawa hahaha. Kalau Sis memang surrender laa tak boleh. Yang masuk akhir ni pun tengok muka, dah tau dah kuat makan hehehe. Roti ni memang ada jual di Cafe SDS tapi dalam saiz 8inches. Yang ini saiz 16inches, saiz dua kali ganda. Kalau dapat makan satu pun rasanya dah kenyang sampai ke esok, apatah lagi kalau dah 48inches hehehe.


Bermula saja acara, Rainbow Kumi dengan pantasnya makan tanpa toleh kiri dan kanan. Sis tengok pun tergaman, tau-tau dia dah makan banyak. Lupa nak tanya, dia kunyah ke telan, tapi dari reaksi muka, macam kunyah dan telan hahaha.Dialah seorang peserta wanita pada haritu, tapi dia makan sopan-sopan, tak nampak sangat gelojoh dan rakusnya, walaupun kalau ko nengok videonya mak aiii, macam tak makan setahun hahaha. Memang hebat! Kalaulah Sis yang makan macamtu, memang kena kuarantin le dalam Paradigm tu, tak boleh gerak oii, kena naik troli hahahaha.


Peserta lelaki pun boleh tahan juga. Tapi makan macam malu-malu, walaupun nampak terkulat-kulat masa makan. Tapi banyak juga masing-masing habiskan. Bila tengok main makan sumbat makan sumbat aje semua dalam molot. Kita yang tengok pun, bukan ternganga tapi terbeliak mata. Takut kalau ternganga ngences pulak nengok derang makan, sebab roti tu nampak sedap sangat. Perut Sis pula lapar hahahaha. Kecik besar kecik besar je mata Sis nengok roti tu hahaha.


Selesai saje acara makan tu, sementara juri mengira jumlah kiraan para peserta, sempat jugalah kami #JDTblogger bergambar dengan Alice, Ali SDS dan DD Fanpekka ni. Budak- budak sukalah, tapi Sis nengok Emak-emak budak pun tu pun kemain excited juga hahahaha. :p


Dan seperti yang di jangka, pemenangnya adalah Rainbow Kumi. Yang telah memakan roti sepanjang 56inches dalam masa 48minit. Pergh hebat-hebat! ..Tahniah.
Dan ini keputusan bagi semua pemenang:

Rainbow Kumi 56"
Mohd Afiq Faiz Nordin 24"
Ng Poh Lok 23"
Ahmad Naqib Mohd Zaid 20"
Loh Hon Sang 19"
Padam B K 12"


Tahniah buat Rainbow Kumi yang telah memenangi pertandingan #LongLoafChallenge berturut-turut sehingga ke final!. Memang hebat. Badan maintain kurus aje. Rainbow Kumi ni asal dar Melaka, dan dia dah sertai banyak pertandingan makan-makan di sana sini. Kebanyakkannya semua dia memang. Selepas ini pun dengarnya dia akan masuk bertanding acara makan mee mangkuk besen, perghh dasatt sungguh kann.
Good Luck Rainbow Kumi!


Selesai semuanya, kami semua di bawa ke Cafe SDS yang terletak di tingkat 3 untuk makan tengah hari. Alhamdulilah, perut memang lapar sangat, tak sangka rezeki kami pada haritu. Terima kasih SDS. Kalau cafe SDS ni memang tempat kegemaran Sis dan Suami, sangat suka makan di SDS, tapi selalu Sis pergi di SDS Johor Jaya. Baca review Sis di sini sewaktu Lunch di SDS .
Menu yang kitaorang order ni adalah menu set lunch. Dalam menu da tu ada macam-macam yang korang boleh plih. Bak kata Sis, kenyang mata dulu kalau bukak dan baca menu, semua nampak sedap tapi memang sedap sangat!


Dari menu masakan melayu hingga ke western pun ada. Harga pun berbaloi dengan hidangan yang di sajikan. Kenyang sangat kalau makan kat sini. Kalau jenis tak kuat makan, boleh share makan berdua. Serius banyak.Dan kalau korang pergi bermula Isnin lepas, SDS sudah ada menu lunch terbaru. Korang boleh check nanti di page atau IGnya yer. 

Facebook : SDS Bakery & Cafe
Instagram : @sdsgroups





P/S: Pelik ek kalau orang yang makan banyak tapi kurus dan leper je perut dia, mana pergi benda makan tu ek? Ermmmm ...ada cacing ke ek? ermmmm


10 Comments

  1. boleh tahan.. kalau ejulz x larat kot. hehe

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita-kita ni, mau tervahak muntah @Ejulz hehehe

      Delete
  2. cuba kita yg mkn byk gitu..ape jadi hahaha

    ReplyDelete
  3. ain tak duduk depan dia..sebab mual tengok dia makann lajuu sangat.hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa duduk depan Afiq ok lagi @Farahain, sekali duduk depan Kumi, tgk air dia tu, makk aii kembang tekak loyaa Sis hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. Sebab cacing kuat makan hahahaa @SitiRohaida hahaha

      Delete
  5. bela saka ahh Rainbow nih hoi! Acane dia boleh makan byk camtu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com