BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 5 (LAST DAY)

8/02/2018 05:07:00 PM

BANDUNG TRIP 5D 4N - DAY 5 (LAST DAY) | Hari terakhir kami, Subuh-subuh dah bangun, terus bersiap dan supir dah sedia menunggu di lobi hotel. Keluar dari bilik kami berdua, masing-masing dah pandang dia, dia pandang dia, sebabnya tengok bag sendiri hahahaha. Masa pergi bag single, sekali balik bag kahwin beranak pinak. kikikiki. Alaa biasalah kan, dah namanya holiday, mestilah macam-macam nak dibelinya untuk di bawa pulang, ye dakk. 

Bandung ni memang orang kata tempat membeli belah. Harga jauh beza dengan di Malaysia. Kadang memang ada benda tu, ada di jual kat Malaysia, tapi bila korang tengok harga, jauh murah kat sini lagi. Lagi satu makanan, jajan-jajan, dan juga benda cokelat, kat sini pelik-pelik, jadi sudah tentulah kalau nak buat sourvenior, orang pun suka, sebab takde jual kat Malaysia. Kalau sama je kat Malaysia, mesti orang jawab 'eleh kat sini pun ada, tak payah gi Bandung' haaaa betul tak? 
Faham-faham je la molot makcik onions tu hahahaha..


Tu diaaa, amekkawwww, bag yang sudah berkahwin dan beranak pinak selama 5 hari hahahaha.
Masing-masing dah pening kepala. Lepas ke tak lepas ni. Macam biasalah kami memang kena beli lebih luggage bag hahahaha. 
Pak supir tengok pun dia gelakkan kami hahaha. Siap cakap, cukup ka ibu? kekekekeh ..


Sebelum apa-apa hal jadi, kami kasi balut dulu. Sebabnya memang selalunya akan jadi hal hahaha. Paling tidak, habis pecah bag kami kang di campaknya. Aishhh sesedap derang je kan, kot ye pun nak campak, agak-agaklah, jangan main campak somborono je, macamtu, bag besi pun bole hancur oiii hahahaha.


Inilah supir kami sepanjang kami 5 hari di Bandung.
Muda, bujang dan ganteng gitu hahahaha. Namanya memang tak ingat dah. Dari travel agensi Diati TRavel & Tours. 
Korang pi le skodeng-skodeng yer hehehehe. 
*Masa ni tembamnyaa Sis ko hahaha. 


Dan pulanglah kami berdua ke tanahair. Perjalanan pun mudah dan lancar. 
Sampai di KLIA, aku bergegas pulang ke Johor. Aku drive bawak kereta sengsorang. 
Dah rindu Suami dan anak-anak. Juga rindu mau masak asam pedas hehehehe. 

Buat Suamiku, terima kasih untuk percutian ini dan juga terima kasih buat teman travel Sis,Retna. Dialah yang selalu jadi peneman bawa Sis berjalan ke luar negara. 
Dah tak sabar untuk percutian kami seterusnya. Moga Allah permudahkan semuanya. 

Yang nak baca kisah kami ke Bandung. Boleh baca di sini ya.


Apa? Dah baca? Haaa tepukkkkk..
Terima kasih sudi membaca. Love u <3







P/S: Lepas ni Sis cuba update cerita percutian ke Korea yer. Tunggu. Doakan Sis ko rajin nak menaip hahahaha. 


11 Comments

  1. Seronok nampaknya akak shopping..beranak pinak bag tu ha..hehehe..SA terkena gak masa pi Vietnam...sabar jer la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe @Amanda, soping tak ingat donia hahaha..Kalau gi Vietnam agaknya acaner laaa hahahaha

      Delete
  2. Ada rezeki, holiday lagi..yabedabedoooo!!!

    ReplyDelete
  3. Betul sis. Segala,mak nenek kat Bandung tu teringin nak beli bawak balik. Saya hari tu buah salan pun beli bawak balik utk pak mentua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Puan @Hazel, segala nenek moyang pun di bawak balik hahahaha. Yang buah-buah fresh tu Sis tak beli, ikut hati nak je beli, tapi fikir nak membawanya hahahaha

      Delete
  4. Shopping apa la agaknya tu yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam ado @Zumal hahahaha sampai geleng kepala di buatnya hahahaha

      Delete
  5. macehhh untuk semua entrinya...boleh la nanti intai2 Diati Travel & Tours tu kalo nak ke bandung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup @Sunah, sangat rekemended, nanti kalau nak bgtau, Sis bg detailnya yer..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com