Tuesday, August 21, 2018

JOM BAWA ANAK-ANAK BERCUTI KE BUKIT GAMBANG SAFARI PARK (BGSP)

JOM BAWA ANAK-ANAK BERCUTI KE BUKIT GAMBANG SAFARI PARK (BGSP) | Cuti sekolah ni kemana aje tu? Bersambung pula dengan cuti rayakan, jadi masa untuk bersama keluarga mestilah di isi dengan aktiviti yang indah-indah. Bagi yang takde idea nak kemana, dan kebetulan ada di area Kuantan,Pahang sana, bolehlah ke Bukit Gambang Safari Park (BGSP). Ada pakej istimewa yang di sediakan beserta sekali dengan penginapan dan juga dua lagi pakej iaitu Bukit Gambang Waterpark dan juga Active Academy Gambang, 

Kalau bawa anak-anak mesti jadi seronokkan. Rasai pengalaman masuk ke Wild Savannah dan lihat sendiri depan mata semua binatang buas yang ada di sana. Tapi jangan takut, keselamatan di utamakan, jadi korang jangan risau kalau nak bawa anak-anak kecil ya. 
Jom baca kisah Sis ke Bukit Gambang Safari Park bersama team Jdt Blogger baru-baru ini.


Dari tempat korang menginap, korang ke Wild Savannah tu naik tram ya. Memang tak boleh bawa kereta sendiri, melainkan kalau dah sampai sana pun, korang kena berjalan sendiri atau nak adventure sikit, ko naik ATV masuk ke dalam Wild Savannah , tapi ada trainer yang akan ikut sama.
Tram pula bila-bila masa aja ada, korang tunggu aje depan lobi Arabian Coffee House tu. Dan jika korang amik pakej, guide tour akan bawa korang masuk ke dalam Wild Savannah


Wild Savannah
Dari luar nak masuk ke dalam tu bukan dekat-dekat oi, jauh gak, pengalaman Sis pergi dulu sendiri tak amik pakej, memang semput nak berjalan masuk ke dalam. Jadi kali ini dapat yang pakej punya, waaa senang dan jmat tenaga. Okay dah nama pun Wild Savannah kan, jadi korang layankan je la gambar-gambar haiwan yang akan Sis upload ya. Sis upload mana yang di katakan 'raja' segala haiwan yang korang boleh tengok secara dekat tapi korang duk dalam tram la. Kang kalau turun keluar, ada keluar dari sini tinggal tulang aje hahahaha. 


Wild Savannah
'Auummm manyak sedap itu orang kalau aku dapat makan'...agaknya tu kata si harimau ni bila nampak kitaorang ek hahaha aauummm ..


Wild Savannah
Dalam Bukit Gambang Safari Park ni pun, ada juga lembu susu New Zealand tu, eh betul ke ek. Yela lembu dia yang jenis color hitam dan putih tu. Kalau kat Malaysia, boleh nengok hanya di Kundasang aje. Jauh bebeno, Jadi datang sini, Kat sini pun ado hehehe. moooooo..
Okay dah cukup tu je gambo haiwan yang Sis nak tunjuk, meh kita tengok lain-lain apa yang menarik ya. 


Setelah selesai pusing dalam Wild Savannah tengok haiwan secara dekat tu, tram akan turunkan korang kat sini. Dari Sini juga bagi sesiapa yang nak naik ATV masuk ke Wild Savannah tu, pun turun sini. Nampak tak Pakcik baju pink tu, tu guide tours kita, dia bawak dan ceritakan semua apa yang ada dan nampak sepanjang perjalanan dalam Wild Savannah. Dah hilang penat, moh le kita jalan pulak tengok show .


ATV Safari ADventure
Haa ni tempat kalau korang nak nak ATV tu masuk ke dalam Safari. 'Safari Adventure' katanya. Tapi hanya masuk di kawasan haiwan yang terkawal aje, macam tempat harimau singa tu tak le, kang ada yang keluarnya motor aja, orangnya tengah berpelukan dengan singa hahahahahaa. Jangan buat kerja yer.


Safari Park Show Schedule
Lepas dah jalan-jalan naik tram masuk ke dalam Wild Savannah tu, haa korang save ini jadual semua show yang akan berlangsung sepanjang har di sini. Jadi nanti korang boleh adjust waktu nak masuk ke dalam tu supaya tak ketinggalan satu show pun. Ingat tu.


Predator Show
Yang ini korang saksikan sendiri bagaiman si haiwan pemakan daging beraksi dengan buasnya memakan mangsa. Pandai-pandai harimau ni ya, dah masuk kelas berapa ntah agaknya. hahahaha . 


Wonderful Birds.
Tengok tu ada flamingo ko. Pestime tengok flamingo. Dan juga persembahan burung-burung lain juga. Ko jangan tak tau, burung pun pergi sekolah. Tak caya datang dan tengok sendiri hehehe. 


Simba Hill Gourmet Hall
Pada hari kami pergi tu, takde rezeki nak tengok Multi Animal Show. Ada kesilapan teknikal sedikit masa tu, jadi habis je selesai tengok Wonderful Birds Show, kami terus ke Simba Hill Gourmet Hall untuk nikmati makan malam sementara menunggu show malam. Bayangkan, makan sambil tengok Singa. Lepastu Singa tengok kita, ko rasa? Hahahahaha. Anak-anak memang suka. 


Jungle Walk
Lepas makan, masa pun ada lagi, kami semua di bawa berjalan ke Jungle Walk (tengok pada gambo tu ye). Macam-macam ada sepanjang kami berjalan. Haiwan yang pelik pun ada termasuk Babi Hutan. Tengok muka dia seramlah, takyah laa Sis tunjuk, korang datang dan tengok sendiri. 


African Yabarra Fire
'Abang api' kata budak-budak semua hahaha. Pergh yang ini memang power. Orang makan api. aishhh nasib baik harimau tak kata 'dari kau makan api, baik aku makan ko' hahahaha. Apa pun memang show dia hebat ar. Berani 'terbakar' kata orang. Kita tengok pun dah rasa panas, apalagi dia yang makan apinya fuyooo..haaa tepukkkkk...


Tarsan Adventure
Dan show terakhir, adalah tarsan show. Memang best show dia, tarsan tu macam real tarsan gaya lentok dia, kingkong pun sama, pandai dia pilih orang yang 'sado' hahahaha. Ada cerita di sebalik show tu, korang kena fokus, tapi memang lucu sekali ..hahahaha.
Sis terhibur gitu hehehehe. 


Simba Hill Gift Shop
Dan sebelum korang melepasi pintu keluar dari Safari Park ni, akan korang tempuh kedai cenderamata ni. Macam-macam ada terjual, kalau korang nak beli untuk kawan-kawan ke, siapa-siapa je lah, korang boleh beli di sini. Tapi kena cepat, kadang habis show aje dah lewat, kelam kabut sikit, semua dah nak tutup . 

Ada juga tempat-tempat lain yang korang boleh pergi lagi dalam Safari Park, Sis memang tak cerita semua. Jadi korang kalau nak bawa anak-anak ke sini, boleh laa baca dan check di website Bukit Gambang Resort City (BGRC) untuk lebih lanjut. 
Yang Sis update ni hanya sebahagian pengalaman Sis aja. Kang cerita bebanyak, dah tak suprise pulak korang nak pergi kan. hehehe .


Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Hotline: +6016-9884769
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook: BGRC

Taman Safari Bukit Gambang

Website:

Waktu Operasi:
Selasa - Khamis 12.00 pm - 9.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 9.00 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 10.00 am - 9.00 pm
Isnin - Tutup

Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 63.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 43.00

Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA.

Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 58.00

Untuk Disewa:
Baby Stroller (RM15 + RM15 deposit)

*Wheelchair disediakan atas permintaan






P/S: Tiba-tiba terus terbayang wajah Babi Hutan tu ..adoiii errrrrrr...menyeramkannn..


6 comments:

  1. Seram babi hutan tu tapi knp kita lama2 kat situ eh? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kak @Seri..Lin tak tengok lama, serammm betul muka dia...

      Delete
  2. kalau ilham n syamil ada ni konfem tak nak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sama dengan Mia laa @Hernee, lagi pulak dah ada geng..
      Siap cakap, Mia sayang kawan-kawan Mia laa..

      Delete
  3. hahahahhahahhahahaaa....gelak-gelak ain bacaaa..terbayang babi hutann.hahahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Kannn @Farahain, terbayang-bayang ko muka dia, serammm sungguh ..

      Delete

Makluman .
Blog ini hanya blog personal, hanya cerita harian Sis, Family, Kawan-kawan dan juga resepi masakan. Dan juga ada sesetengah entry tu Sis Copy dan Paste dari blog kawan-kawan juga dari carian google.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah tiada.
Sis izinkan jika anda ingin share untuk kebaikkan bersama, AKAN TETAPI jika terdapat gambar atau text Sis disalah gunakan, AWAS !.

TINDAKAN BOLEH DIAMBIL MENGIKUT AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1988 .
Sekian terima kasih.

Segala pertanyaan, email: linmdnoor@gmail.com